♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Friday, October 28, 2011

♥ Bahasa ROJAK ok kerrr??? ♥

AsSalam di hari Jumaat yang mulia. Tertiba rasa nak discuss isu bahasa rojak ni. If rajin baca yang ni...kat bawah nanti ai kasi pendapat:: Panjang yer n3 kali ni dan agak serius...sapa rajin baca sapa tak rajin skip jer ngeee....







Menangani isu bahasa rojak

ISTILAH bahasa rojak bukan  istilah ilmu.  Istilah ini dicipta   mereka yang prihatin akan situasi dan nasib bahasa Melayu.   Boleh dikatakan isu ini diperkatakan saban tahun di negara kita memandangkan apa yang disaran dan dicadangkan tentang isu ini tidak pernah membawa apa-apa hasil yang diharap-harapkan.
Terbaru, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyarankan agar diwujudkan semula Jawatankuasa Penyelaras dan Penyeragaman Bahasa agar memastikan semua stesen media di negara kita menggunakan bahasa yang sama untuk penonton.
Penyeragaman ini sangat penting memandangkan siaran radio dan televisyen mendapat sambutan ramai di kalangan penonton dan pendengar serta sudah semestinya bahasa memainkan peranan sangat besar untuk menyampai maklumat dan pelbagai lagi.   Beberapa kertas kerja mengenai bahasa dibentangkan dalam Seminar Bahasa dalam Penyiaran anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) baru-baru ini yang dihadiri   wakil stesen penyiaran tempatan.
Nasib bahasa kebangsaan dianggap membimbangkan ekoran   sikap kita yang tidak begitu peka tentang peranan dan masa depan bahasa sendiri.

Stesen penyiaran juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini kerana  ada rancangan membabitkan penyertaan penonton yang kebanyakannya tidak ambil kisah tentang penggunaan bahasa mereka. Penggunaan bahasa rojak yang semakin meluas terutama kiriman ucapan tahniah, selamat pagi dan sebagainya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh penonton menjadikan kita keliru dengan identiti bahasa  kita  sendiri.
Maka ramai yang merumuskan bahawa identiti bahasa kita semakin terkikis.  Lama-kelamaan bahasa rojak dianggap akan menguasai pertuturan, penulisan dan lebih malang  dalam penulisan karangan di sekolah sudah dikatakan ada penggunaan bahasa rojak di kalangan pelajar sehingga menjejaskan markah.

Menurut definisi, bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur iaitu antara bahasa ibunda dengan bahasa asing. Bagaimanapun, ramai yang mendefinisikan ia sebagai percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.
Apa pun, definisi bahasa rojak dalam konteks perbualan dan penulisan harian di negara kita boleh diperluaskan kepada pelbagai tafsiran.  Kita juga boleh menganggap percampuran antara bahasa baku dengan istilah serta penggunaan kata dalam penulisan serta pengucapan lain daripada bahasa baku adalah bahasa rojak.
Contohnya, jika kita menggunakan kata singkatan seperti ‘tak’, ‘nak’, ‘mau’,  ‘tau’, dan beberapa lagi juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak yang sebenarnya tidak boleh diucapkan dan ditulis dalam majlis dan  urusan rasmi.   Jika kita menggunakan bahasa remaja dalam pertuturan harian seperti ‘awek’, ‘cun’, ‘kantoi’, ‘cilok’, ‘otai’ dan sebagainya juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak jika disalah guna dalam urusan rasmi.  Adalah dikesalkan jika ada akhbar harian yang meletakkan kata-kata ini sebagai tajuk sesuatu berita meskipun hakikatnya penggunaan istilah tersebut sudah sebati di kalangan remaja negara kita. 

 Sasaran utama perbincangan orang ramai tentang kekuatan pengaruh bahasa rojak jika dikaitkan dengan media massa adalah penglibatan orang ramai dalam khidmat SMS yang terpapar di skrin televisyen.  Di sinilah kita dapat melihat pelbagai istilah baru diketengahkan kepada khalayak sehingga ada yang membawa masuk istilah  ini ke dalam urusan rasmi.  Datuk Seri Dr Rais Yatim pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai sikap orang kita yang gemar bercakap separuh belut separuh ular. Pencinta bahasa lain turut menyatakan rasa tidak puas hati kerana kualiti bahasa kebangsaan semakin merosot penggunaannya dan mereka membayangkan apa yang bakal terjadi sepuluh atau dua puluh tahun akan datang jika usaha menanganinya tidak dilakukan dari sekarang.   Punca utama berlakunya penggunaan bahasa rojak adalah sikap kita sendiri yang mementingkan bahasa asing daripada bahasa sendiri.  Kemasukan istilah asing yang dianggap lebih sesuai dan dapat mengangkat imej penuturnya terutama bagi masyarakat bandar memburukkan lagi keadaan.

Perubahan zaman selalunya menempiaskan istilah baru yang diguna pakai dalam pelbagai bidang.  Ada yang menganggap sesiapa yang tidak pandai menyesuaikan diri atau tidak boleh menggunakan dan   memahami istilah baru terutama dari luar adalah mereka yang  ketinggalan zaman.
Kita sebenarnya bukan tidak boleh menggunakan bahasa sendiri.  Contohnya, jika kita mengadakan kempen tentang bahasa, Minggu Bahasa atau Bulan Bahasa, sesiapa pun akan berusaha dan bercakap dengan bahasa yang betul dan berusaha menggunakan bahasa sendiri sepenuhnya.
Apabila selesai kempen, bahasa rojak muncul semula dan apa yang dilaung-laungkan atau dipraktikkan semasa kempen lenyap begitu saja.
Bagaimanapun, adalah merugikan masa dan wang jika kita berkempen tentang sesuatu yang sebenarnya menjadi milik kita zaman berzaman dan sesuatu yang dilaung-laungkan itu sebenarnya boleh kita lakukan sendiri tanpa didesak dan dipandu arah oleh sesiapa.
Ironinya, jika kita tahu sampah itu tidak elok, kita tidak akan menyimpan sampah dan membuangnya di merata-rata tempat.  Dalam bahasa pun, jika kita tahu ada ‘sampah’, kita tidak boleh menyimpannya tetapi hendaklah dibuang.

Pihak yang memperlekeh atau memandang rendah kepada bahasa Melayu semestinya melihat keupayaan bahasa Melayu bukan hanya di negara kita saja kerana  bahasa Melayu dituturkan lebih kurang 300 juta penduduk  di dunia.    Bagi bangsa Melayu, jika mereka lebih gemar menggunakan bahasa rojak, jelaslah   mereka memperlekeh bahasa sendiri.  Bagi orang India dan Cina misalnya, apabila mereka lebih gemar berbahasa Inggeris dalam pertuturan, bermakna mereka tidak yakin akan keupayaan bahasa Melayu meskipun di sekolah, mereka mesti belajar dan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu.
Orang Indonesia pula memandang kita sebagai masyarakat yang tidak mempunyai pendirian teguh dalam bahasa sendiri.  Kerana itulah ada antara mereka yang belajar bercakap Inggeris terlebih dulu sebelum datang ke negara kita kerana  bagi mereka, orang kita lebih banyak bercakap Inggeris daripada menggunakan bahasa sendiri.
Media sangat penting membentuk masyarakat tidak kira golongan untuk menangani bahasa rojak.  Meskipun tidak boleh dibendung seratus-peratus, tetapi usaha mengawal bagi sesetengah rancangan yang nyata menggunakan bahasa rojak sangat perlu.

Media boleh mensyaratkan hanya SMS yang menggunakan bahasa  betul saja  dipaparkan untuk khalayak.  Media juga mesti mempunyai kata sepakat dalam usaha membanteras penggunaan bahasa rojak supaya tidak timbul kekeliruan masyarakat.  Orang ramai, tidak kira sama ada golongan elit, masyarakat pertengahan atau  bawahan yang terlibat dalam rancangan televisyen terutama ketika diwawancara untuk siaran televisyen mesti  berusaha menggunakan bahasa yang betul.
Media juga perlu merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menentukan penggunaan bahasa yang betul sebelum diketengahkan kepada umum.  Dengan cara ini keseragaman dapat diwujudkan, imej bahasa dapat dipertingkat dan kekeliruan dapat dielakkan. 



Bagi pendapat ai la bahasa rojak ni zaman ai ada guna tapi tak seteruk zaman sekarang lepas ada hp dan SMS ni. Kesan yang paling ketara buat karangan bahasa melayu la habis tunggang terbalik ayat. Then wujud nyer blog ai noticed berapa yang sangat yang buat ayat menggunakan ayat yang betul (termasuk la ai jugak suka hati ubah ayat khen) kecuali yang bergelar cikgu. Dalam ai BW cuma Kak Ita dan Kak Amie selalu buat ayat yang betul sebab theyols cikgu ngeeee. Merujuk istilah rojak termasuk campurkan bahasa melayu dan english dalam satu ayat.






Dekat Japan pun tak kecuali sebab theyols suka nyanyi lagu nihongo mix ngan english juga.....ai rasa benda yang utama ialah sikap diri sendiri yang malu nak bercakap menggunakan bahasa yang betul (apa curlastt cakap BM khen eng baru WORLD)....yang kecian bila cakap BM ngan betul kena pula kutuk ngan kengkawan....Bila guna tatabahasa yang salah dalam BM orang tak gelak tapi if grammar eng tak betul orang gelak berjemaah uols ngeeee.




So maybe lepas ai akan buat n3 yang guna tatabahasa yang betul sekali dalam seminggu (boleh kerrr???). Maksudnya macam karangan BM masa SPM agaknya. Maybe agak buhsan but kena try juga nak tengok skill tatabahasa BM ai masih ok atau tak. Sebab anak ai pun cakap bahasa melayu guna ayat yang salah contoh :: mama tolong bagi buku 2 ketul tue....fengsan dengar jenuh nak perbetul if not makin teruk balik Mesia nanti. Kalau orang Japan, Korea, France etc boleh bangga ngan bahasa mereka kenapa tidak kite bukan???




kagum ai ngan mamat ni...exam dapat A1 gituew....from China.





28 comments:

azam said...

:) rojak simple....bak kata orang rojak ni sedap, sebab tu sedap guna bahasa rojak ni...hehehe

bahasa baku lebih kepada yg formal je

yatie chomeyl said...

i pun suka rojakkan bahasa dlm entry ngeee terasa

Anum said...

anum selalu gak rojakkan bahasa..

mizzkechique said...

tp klu skema sgt org boring.. cemanatu??

sephia said...

cakap Klate org kata ao rusakkan bahasa, cakap english org kata tak cinta bahasa melayu, cakap skema org kata guna bahasa buku teks. so?

ai pon xpaham..bukan kita x mertabatkan bahasa ke ape..tp ntahlaa..time formal,kita formal la kan hehe

aanie said...

setuju dgn komen kat atas...kalau ayat skema peperiksaan, agak boring kot...hehe...
hakhak, mmg fengsan dapat buku 2 ketul....

NM02 said...

bahasa n3 saya mmg rojak campo

hahahaha

ieda said...

paling malu bila org cina boleh kuasai bahasa kita kan huhuh
sedangkan kita x boleh nak kuasai bahasa mereka .. huhuh

adakalanya akak selalu guna ayat2 slang dari pahang .. campur2 dlm bhasa inggeris x lah koot huhuh

Asmara said...

paling tak suka bahasa ewww2 tu, lagi dahsyat budak2 skrg. kdg langsung x faham ntah apa yg ditulis. short form katanya tp lg panjang kot!

Papa Mifz said...

masih byk non Malay lemah dalam bahasa Melayu...sedih ngan situasi nih padahal tu bahasa kebangsaan....

ajumohit said...

Org Putih pon fasih berbahasa melayu kan Ayu, siap bleh debate lagik, moga2 anak2 Kita takkan lupa nahu bahasa kita

Teratak Hami said...

Bahasa Rojak barulah dinamakan WORLD !! hahaha ...

Cukup mencabar tugas sebagai seorang guru Bahasa Malaysia skrang ni ..

hazila said...

Bahasa Rojak biasanya merujuk kepada campuran Bahasa Malaysia dan English. Hakikatnya memang digunakan tak kira tua dan muda tapi bila masuk bab bahasa sms memang tak faham langsung. Memang merosakkan bahasa terus.

Nadzirah K. said...

selalu jugak guna bahasa rojak ni,tp dlm exam je x guna bahasa rojak ni..hehe

WuMing said...

Tapi kadang-kadang orang yang buat kempen pun bukan pandai sangat...

Contoh perkataan "Mereka"

Ada orang yang selali keluar TV pun kata "Mereka-mereka"


Betul ker?

tiefazatie said...

aiyak..n3 ifa lagi..jd pasembor kot..ngeehhh

aleen aiden said...

hee,alin pon prasan macam tu.kat blog pon ramai je yg guna bahasa rojak.tu takpe lagi.yang pakai shortform2 nih.adesssss

@tune® said...

erk...

xjiwang la bahasa rojak!

Hanie_Dew said...

sokong yang pasal grammar & tatabahasa tu. hahaha..sangat sangat betul.

ok nnt tolg hugs jue ketat2. err takut dia xleh benafas pulak. hihihii

mamaNoriz said...

dulu kite semua ckp bahasa skema sbb terikut tv yg cuma ada rtm je...

klu tak silap sejak ada tv swasta cam tv3 lah jadi bahasa rojak ni...

heheheh


bahasa sms budak skang lagi la hancur...

YONG JIAO XIU said...

hm rasanya metro yg gemar pki bahasa rojak ni. biasa la, kononnya dekat gan masyarakat.
rmi yg kata bahasa melayu mudah n vocabulary(lupa la dlm bm apa hehehe) tak banyak sangat.
ha betul tu bila dah biasa pakai bahasa pasar/rojak ni sampai ejaan pun keliru dah. cuba tengok novel(sebab yong kan suka baca n kumpul novel) ejaan fasal/pasal, klo tanya budak or memana pelajar ipta sains diorang pun dah tak tau yg mana satu betul. hehehe. kita dah biasa guna perkataan pasal.

Juwita Jamaludin said...

Ayu baru sempat datang.. Tak la juga bahasa melayu 100% dalam entry pun.. hik hik hanya kadang akak control juga bahasa kadang tak leh juga sebab taip nak laju ada je yang salah eja dan sebagainya.. malas plak betulkan lepas tu.. hik hik.. anyway memang akak sebolehnya guna bahasa yang betul tujuan akak untuk pastikan akak tak lupa nanti balik nak mengajar sebenarnya..:)

alexa yussida said...

pernah nak guna bahasa melayu je tapi rasa kekok..mesti jadi macam cara cakap biasa jugak..rojak2 habes..huhu..

tuhla org ckp,kebiasaan akan buat kita x sedar..tp bila dalam event yg formal,kena formal la kan..mne bole rojak2 :)

Run Away said...

ok lah juga nak rojak kan bahasa kan...walaupun bahasa melayu bahasa utama..elok juga kita tahu sikit2 bahasa lain...;d

anie,Nagoya said...

assalammuallaikum.

dah lama makcik tak kesini.byk perubhan dari segi blog n tuan punya blog.komen sekali arung le.

1.bersggh betul ayu berdiet.yg muka tembam pun masih ayu.keep do it.

2.nape kalo kita yg makeup tak de secntik pro?malah bertmbh buruk gupe.hehehe...suka makeup tp ikut mood n masa.

3.n3 akan dtg akan berusaha guna bhs yg betul.bhs baku.hehehe....moga kita semua terus menyintai bhs ibunda kita ni.

ainnoraini said...

kadang-kadang secara tak sengaja gune jugak bahasa rojak ni...

Ijah EmoTemo said...

ehhe. ai tak sure la noks dlm entry ai ada rojak ke tidak muehehe. sbb main ikut sedap hati je nk tulis! adess.

PinKy MoMMa said...

alamak uols..eh rojak disitu huhu..

ai dah biasa jenis happening2 skit bila nak suruh guna tatabahasa yang betul..jadi kompius dengan diri sendiri ;p

nak nak kawan kawan pun sama kepala..adehh rojak pasemboq smua kuaq ni uols hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...