♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆
Showing posts with label ♥Other ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥Other ♥. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

♥ WW (13) :: kurus or bamok?? ♥

49.5kg  (@ p @)








Monday, May 21, 2012

♥ Second Hand ♥

Salam di hari Isnin yang special, apa yang special??? sebab pagi tadi ada gerhana matahari, gerhana penuh pukul 7.34am kanto area. Subhanallah sangat indah yang cerah tetiba gelap dan cerah balik, sangat bertuah...katanya akan jadi lagi 300 tahun di 日本 *ntah ada ntah tak dunia ni*


Last weekend memang busy ngan PTA event, sayang sangat tak sempat nak jumpa k.ita waktu theyols jejalan Tochigi last weekend sadis betul la. Then weols start kemaskan barang² mana yang hendak di jual dan buang. Kat sini banyak second hand shop untuk beli dan jual barang², selalu gak weols jual barang walaupun tak banyak mana pun asal ada space untuk simpan barang lain. Contoh baju,  nihonjin punya budaya pakai 3-4 kali then tyeols jual sebab space tak der nak simpan banyak² that why fashion kat sini senang berkembang sebab nihonjin suka try & beli. Kiter plak suka pakai sampai terkoyak baru buang ngeeeee *yang terkoyak tue yang sedap pakai katanyer*.


antara barang yang weols jual.


Weols gi 2 kedai second hand....satu OFF HOUSE untuk jual baju & kasut...2 pasang kasut adidas darl ngan adam...yang darl baru 2 kali pakai yang adidas putih ada tue plak tak pernah adam pakai lagi sebab saiz kecil 19 cm now dia pakai 20 cm. Untuk kasut adidas darl dapat ¥1500 (RM54) then adidas adam plak ¥500 (RM20) nangessss bila tengok rega tue...beli mahai tapi jual dapat banyak tue jer, nasib la....ituew tak masuk baju yang sehelai theyols ambil 30yen jer uwaaaa hentak kaki nangesss lagik. Ituew yang sakit hati nak jual selalu weols buang jer hahahaha DUSH!


Lepas tue singgah ke BOOK OFF ni kedai second hand jual buku, barangan electrik etc...darl gi jual lappy tohiba, hp softbank ngan barang computer yang lain....lupa nak tanya dapat berapa yang tue sebab ai tunggu dalam keta jer waktu tue. Selalu second hand shop ni theyols beli ngan rega murah then jual mahal contoh kasut darl tue weols gi tengok theyols jual ngan rega ¥3100 (RM122) taw untung half kat situ jer....hentak kaki (。-_-。). Rumah kat sini amat chomell nak letak barang banyak² macam tak mesia mimpi siang hari jer la ngeee (@ p @)








Monday, April 23, 2012

♥ Dialog & Scene Tak Sesuwei Dalam CUN ♥

Sapa kat sini yang dah tengok filem CUN ??? Movie ni last year dah tayang but ai bab² ni always LATE ngeee. Malam sabtu lepas sempat tengok kejap sambil tengok f1 kat Bahrain tue, movie ni bagi ai memang lawak dan stereotaip. As anak jati Kedah rasa bangga sebab movie ni di buat kat kedah yang penuh ngan bendang aka sawah padi. Terbentang gunung keriang bagai oh rindunyer kampung ai...even tak duduk kampung tapi suasana tue ai tetap rindu. Plus loghat kedah yang pekat giler tue...credit kat faezah elai (penang) ngan kartina aziz (kedah) sebab both orang utara so mudah jer thyeols cakap kedah.




Cuma satu yang ai tak berkenan sangat ada part yang mana remy (atan) ngan faezah (tom) bercakap kuaq teruih bahasa yang bagi ai sangat kasaq! Memang ai tahu loghat utara ni bunyi macam kasaq tapi rasa dalam movie tapis la sket sebab movie ni untuk tontonan UMUM so budak² sure akan tengok juga. Bayangkan words macam BENGONG, PUNGKOQ, BODOH, BERUK, BETINA, CELAKA etc teramatlah tak sesuwei budak² dengaq sigh. Sebab apa yang terasa sangat sebab si Adam tengok jugak than dia tanya CELAKA tue apa mama??? *glup* every words yang weols tak pernah guna banyak dalam movie ni...last ai suruh dia main game jer dari kasi dia terus tengok movie ni. 


Macam kiter tahu budak² ni cepat jer belajar benda² tak elok...mengucap ai masa balik mesia dulu dengaq budak umoq 4 tahun mencarut bagai....si Adam tanya mama dia cakap apa adam tak paham la.....sebab dia tak biasa dengaq even dia cakap ngan kawan dia guna nama adam bukan hang aku! Perlu ingat drama or movie mempunyai pengaruh yang kuat ngan persekitaran kiter. Dialog dalam drama/movie selalu orang ikut but biarlah dialog yang elok. 




Dan ada 2 scene yang ai rasa kurang manis di tonjolkan kat dalam movie ni....macam kiter tahu budaya hidup kat kampung kat sama ngan bandar. Dulu masa arwah nenek ai hidup if balik kampung jangan harap boleh pakai seluar pendek sure kena tegur sebab tak manis orang tengok. Part TOM nyanyi ngan atan and the geng dia pakai seluar pendek sambil duduk terkangkang sampai nampak paha sangat tak molek. Walaupun watak tom tue macam tomboi sket tapi kena suaikan ngan keadaan kampung. Bukankah pakai jeans lagi elok dari seluar pendek gituew??? Then last scene atan & luna tue....ada ker patut perempuan lamar lelaki???? moden nyer zaman sekarang sampai perempuan jadi tak malu lamar lelaki then atan sebagai lelaki kampung tanpa segan silu peluk perempuan tanpa ikatan yang sah depan tok chah??? Ai letakkan diri ai sebagai orang kampung dan melihat movie ni sebagai orang kampung juga.....ai hanyalah ingin menegur bukan menghentam yer.....


Banyak gak manusia dalam movie ni yang pakai & makeup macam badut sarkas... makeup ntah apa² baju plak colorful bagai..seriously sangat annoying....tak tahan tengok salah satu scene vulu mata pelesu ning yang ala² ostrich tue...gelak guling² sampai nak muntah ngeeee! 


Ai tengok ramai yang review pasal movie ni but sorang pun tak tegur bab² ni *ker ai terlebih alert???*....semoden mana kiter hidup budaya & pergaulan kena la jaga. Ai tak kisah if ada yang cakap "alah kecoh la kau minah...kolot sangat" but ni adalah benda yang ai rasa perlu di tegur....semoga anak² kiter membesar ngan persekitaran yang elok inshallah. This is my personal opinion sorry if ada yang terasa *ai tak de feeling setazah yerrr*....peace no war ngeeee!














Friday, April 20, 2012

♥ No Sexy² ♥

AsSalam / hola / konichiwa minna san,


2 hari tak update blog tak sempat nak BW kat blog² uols just sempat approve comment ituew pun guna iPhone jer...lately busy la mana ngan meeting ngan PTA (parents-teacher association) plak. Ingatkan bila si Adam masuk shogakko PTA tak la active macam kat youchien rupanyer tak same jer. Macam² activity yang theyols plan nak buat siap kena bayar 2sen untuk insurance untuk cover if join nanti jadi apa². If kat Mesia jarang parents involved kecuali PIBG meeting rite. Sini tak... banyak benda theyols invite parents join so perkembangan anak² sama² tahu la. So sebab darl keja terpaksa la ai yang join....feeling macam nihongo cekap tahap dewa dewi ni tapi actually setakat cukup makan jer ngeeee! PITAM.


Kat sini weather makin hari makin panas...mean suhu makin naik la...pagi pun dah 14deg so dah tak sejuk sangat. Baju or jacket tebai² semua kena simpan dah. Kena kuar baju nipis² dah lepaih ni. Citer pasal baju ni teringat bila 夏/summer, kat sini 夏 tersangat² panas bukan rasa macam panas kat Mesia tue yer sini lagi panas. If ader angin pun sure angin panas...if sidai baju sejam dah kering taw...asyik rasa nak mandi jer. Selalu outfit yang pakai masa 夏 , hot pants ngan tube or spaghetti strap top yang ituew memang ai suka pakai dalam umah la *giler nak pakai kat luar macam ni*. But since anak teruna ai makin besar rasa tak elok dah nak pakai macam ni. Last year pun si Adam dah start cakap "mama nyapa pakai sexy sangat ni??? Adam kena tutup mata la macam ni" Sebab ai ajar dia tutup mata if tengok gegurlz pakai sexy²...ai cakap jaga mata jangan tengok benda sexy²  berdosa Allah marah ngeee easy nak ajaq budak kecik macam ni. 



example outfit yang selalu ai pakai masa 夏 *dalam umah yer* hot pants ni selalu group Kpop selalu pakai rite...nampak kaki panjang & montok kuruih gituew!!


If berdua ngan darl jer memang tak kisah nak pakai apa pun but since ada anak penting dia membesar ngan persekitaran yang elok. Even dok obesea tapi hal agama jangan pandang ringan....tak kisah orang lain yang penting diri sendiri !!! Lepas ni maybe kena pakai denim legging yang half kat lutut tue ngan tshirt jer la...if pakai sexy²  risau gak tetiba jishin /earthquake kuat kena kuar umah ngan pakaian separuh vogel tue tak ker naya gituew????  


Owh semalam ai tengok ramai share video ni kat fb...menarik sangat... actually almost video yang JinnyboyTV ni upload kat utube ai suka bangat ... lawak!! dan fakta yang betul tentang mesian ngeee.


 dah 666K orang view...sugoiii


yang ai suka part mat saleh order food tue...sekali kuar menu dari mulut dia speechless theyols dengar...our food rocks ok ngeee then free gift. this video sangat awesome oke!













Thursday, April 5, 2012

♥ Collections ♥

Dulu masa memula kawin then beli umah baru hobi ai selain FM ai suka collect soap, shampoo etc yang hotel kasi dalam small bottle yang cute tue. Ai atur kat bathroom umah weols kebetulan umah weols kat mesia tue ada 3 bathroom so memang best sangat.


Now banyak hotel dah tak kasi bottle macam tue ekkk...plus kat sini tak der tingkap macam kat mesia...nak atur pun tak boleh. Dulu my neighbor terkejut tengok my collection sebab agak pelik bagi dia... plus sebab banyak giler, kebetulan waktu tue darl selalu kena outstation kat obesea dok wajib la dia rembat semua kat ai ngeee. 


ini antara collection ai...banyak dari Sea Lion Hotel Spore sebab darl selalu ke sana every month... paling sayang from San Francisco. 


Waktu ni 2004 baru nak start collect FM so tak banyak sangat but now memang belambak kat mesia...ader dalam 1 bag besar ai simpan taw. Tq ketat2 kat tomodachi yang sudi kat FM kat ai contah Hajar German, K.Nieza Finland, K.As & Cik Peah *dia ni selalu travel merata negara* . Nanti ai balik mesia ai tunjuk collections FM ai plak.  Dulu if ada kawan tanya nak pesan apa dia gi obesea sure yang request 2 benda ni FM or shampoo hotel tue....FM oke la yang shampoo or soap memang orang akan tanya balik really??? oh my gucci pelik sangat ker??? ngeeee ♥♥









Wednesday, March 21, 2012

♥ WW (8)::- ありがとう♥






TQVM uols hugs ketat-ketat









Tuesday, June 21, 2011

♥ Service Untuk Orang Mabuk ♥



Kat Japan ada satu kaisha or company yang sediakan service untuk pemandu yang mabuk.
Mean call kaisha tue bagitahu tempat nak suruh pickup sang pemabuk tue then akan ada dua orang pemandu akan datang jemput. Sorang staff akan drive keta orang yang mabuk sorang lagi follow belakang hantar sampai umah orang itew.


gambaq blur plak sebab snap guna iPhone jer masa tengah drive last week hikhik...nie keta yang dia orang guna...(WARNING jangan drive sambey berphone macam ai na :D)



Sebab rule kat sini sangat strict untuk driver yang memandu dalam keadaan mabuk. Kat kaisha darl pun if di tangkap drive dalam diri masih mabuk akan di buang keja tanpa notice.Ai rasa ini antara cara nak cegah accident di sebabkan mabuk, dan ai perasan ramai yang follow rule ni walaupun minum tak banyak.


nak tengok keta nie selalunya sebelah malam jer.


Caj untuk service ni tak tahu plak sebab tak pernah tanya nihonjin yang pernah guna hikhikhik. Bagus kan ada service yang berguna buat yang suka mabuk untuk tak menyusahkan orang lain...another country ai tak sure ada ker tak service gini yang pasti kat Mesia tak der *_____^!




Tuesday, June 7, 2011

♥ Alahai JPA ♥


N3 pasai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) la plak...alkisahnya ai baca paper 3 hari lepas if tak salah citer pasai JPA nak suruh ex student (kat obesea) yang tak nak balik berkhidmat kat Mesia kena bayar penuh scholarship (tajaan JPA) termasuk faedah JIKA kabinet bersetuju nanti.


."Sewajarnya golongan berkenaan patut mengenang budi kerajaan yang memberi biasiswa dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional tertentu di luar negara,"


Gulp gitew la plak ek...adeh if JPA nak buat gini sepatutnya dari mula sign agreement scholarship dah letak term and conditions buat student2 nie agar tak menyusahkan semua orang. Ai study kat local jer but my darl dapat scholarship dari JPA...dulu sepatutnya darl dapat scholarship dari SHELL but tahun 98 negara kat krisis ekonomi yang teruk kan so SHELL terpaksa cancel, 2nd optional adalah JPA. Darl pilih nak study kat Japan so 2 year kena spend kat UM belajaq nihongo dulu lepas past exam baru dia fly ke Japan tahun 2000 dan konvo tahun 2004. Dia plak pilih subjek yang jarang budak melayu ambil iaitu chemical Engineering but dia citer tahun dia konvo tak sampai 20 orang yang tamat pada date yang sepatutnya. Then lepas tue JPA letak term sapa yang failed kena bayar balik dan if repeat tahun JPA stop bagi scholarship. Itew citer dulu la...now JPA nak suruh semua student balik keja kat Mesia if not kena bayar semua really unfair.


Macam kos sorang student kat Japan JPA bayar RM 275,000 but if kat America dan Europe sorang student di beri RM 400,000 hingga ke RM 1.5 juta (gulppp mahai giler nie mesti kos untuk student medic). If JPA nak ex student balik keja kat Mesia sepatutnya kena ada kekosongan buat mereka nie, if balik gitu jer terjamin ke dapat keja?If nak minta keja kena interview bagai..kos lagi nak pergi dan balik. Macam my darl lepas konvo dia memang balik Mesia dan keja selama 5 tahun sebelum dapat offer keja di Japan. Lagi satu soal gaji adalah benda penting yang ai rasa semua orang fikir 2 kali bila nak balik keja di Mesia. Bagi gaji ciput tapi barang, keta, minyak, umah etc semua mahal ...macam kawan ai cakap hutang dia lagi banyak dari gaji so macam mana tue? kat sini baru merasa gaji 5 angka (nie bukan ai nak riak cuma nak tunjuk perbezaan) walaupun orang cakap u x per la keja kat negara maju so tak hairan la gaji 5 angka ..urmm tue maybe betul sebab salary di negara maju but macam ngan harga barang...? sebab tak balance antara gaji dan harga barang.


Walaupun my darl tak termasuk dalam student yang kena bayar balik scholarship sebab dia balik keja juga kat Mesia tapi rasa simpati kat kawan-kawan yang lain. Sebeb once dah balik everything kena start from zero. Tak balik keja kat Mesia bukan bermakna tidak mengenang budi tapi atas faktor yang lain menyebabkan ex student ni buat keputusan gini. Actually tak best pun dok obesea ni dah jauh dari sedara mara sakit demam sendiri tanggung ibarat indah khabar dari rupa jer, tapi setiap benda kena ada pengorbanan. Sedangkan tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat tumpah darah sendiri. Ai harap apa pun keputusannya nanti biarlah fair buat ex student dan JPA.


Last year staff dari JPA ada datang ke embassy Mesia kat Tokyo explain atau lebih tepat kasi offer untuk kembali ke Mesia but dengan syarat keja kena lebih 6 tahun boleh bawa 2 buah keta, tax dapat half if tak salah dan etc la...ai pun tak ingat dah. But macam ai cakap la semuanya fikir pasal gaji. Satu hari pasti kembali for good ke Mesia juga bukan selamanya di bumi asing. Ini hanya pendapat ai jer...jangan salah paham if uolls tak setuju ngan n3 nie. PEACE *____*




sekadar gambar hiasan darl waktu konvo April 2004...kat sini tak der jubah macam kat mesia...yang sebelah kanan darl tue sempai dia JD (yang masuk Raja Lawak dulu..lain muka dia waktu nie) uolls kenal tak?


Thursday, June 2, 2011

♥ Lately ♥


Tiga empat hari nie mood nak berblog ngan masak kurang sebab susah hati my lil hero demam tak kebah-kebah. Masuk ni dah 4 hari since last monday. High fever kejap 39 turun ke 38 then naik balik and ai noticed dia selalu demam kuat lewat petang. Plan today nak gi buat blood test sebab risau kan but alhamdulliah check suhu badan dah turun jadi 36.9...lega sangat sebab lately dah fikir macam-macam taw.



Lately juga dapat berita duka banyak dari gumbira example semalam dapat news my neighbor kat TRM arwah lily meninggal dunia setelah almost sebulan kat ward then masuk ICU 2 hari sebab kegagalan 3 organ dalaman berfungsi. Nak kata weolls rapat tak juga buat masa remaja dulu selalu gak lepaking together and seriously ai terkejut sangat bila tahu dia meninggal. Arwah actually muda setahun dari ai buat ajal adalah rahsia Allah tiada sapa tahu melainkanNYA. Sekarang nak mati tak tunggu tua dah sometime benda yang kita tak duga terjadi so ai selalu cakap kat diri tak payah dok urban sangat dah la ni...takut andai ini adalah hari terakhir buat kita. Kira semalam ada 2 berita kematian satu lagi teman kat FB meninggal sebab lelah. Sedih sangat but kiter doakan mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan semua amalan di terima olehNYA. Alhamdulliah mereka dah menuju ke alam abadi kita pula pasti menyusul cuma waktu tak pasti bila.



Waaa sedey nya n3 kali ni...oke kita lupakan kejap kisah sedey itew ..meh nak share ngan uolls 1 benda. Semalam ai try buat macarons, sebelum nak citer nak hentak kaki dulu (bambambam) hikhik sebab tak jadi seperti dia harapkan. Ai buat 14 ketul jer bila bakar yang jadi just 6 ketul serius frust giler nasib baik tak buat aduan banyak. Excited tengok kak anie buat nampak nice bila call citer potpet potpet baru tahu 1st adunan kak anie buat pun tak jadi so sebab kak anie bersemangat kental dia buat 2nd round so tue yang jadi cantek molek. Ai tak de semangat tue sebab ngan anak tak sihat plus lepas rasa macarons tue teramat manis macam lori gula tumpah dalam tue terus angkat benda putih tak sanggup nak makan...boleh kencing manis gini...orang France sanggup ek makan benda manis nie...so dah ada pengalaman buat macarons sebelum nie dengar jer citer yang susah nak buat kena try 3 4 kali buat baru jadi so lepas try baru tahu hikhikhik...sampai si Saba sanggup ke class masak nak buat macarons nie....bravoooo! So uolls jangan tanya mana pic macarons ai yer sebab ai x snap *_____~!


pic nie yang copy from uncle gugel jer uolls...harap maklum @___@


Sapa yang buat jadi tue memang ai tabik spring la kat uolls sebab terror. Just renyah tang part nak letak color tue...if nak buat banyak color banyak keja kena plus jawabnya hikhik...Nampaknya lepas ni ai nak order jer la but janji tolong kurangkan gula dah tue. :D..This weekend maybe busy sket sebab engineer baru from kaisha mesia nak datang training kat kaisha mr husband kat Oyama selama sebulan so kena prepare apa yang patut. So uolls have a nice day!




Wednesday, May 25, 2011

♥ Bila Chenta Di Uji Di Saat-Saat Tak Terduga ♥


Chenta membuat hidup indah chenta juga membuat hidup menjadi derita,suram dan kusut. Dugaan dalam perchentaan atau alam rumahtangga adalah resam kehidupan. Siapa tak ingin hidup bahagia dan penuh gelak ketawa namun sebab hampaNYA kita tidak terlepas dari dugaan. Sedih bila chenta di dusta dan pedih bila orang kiter sayang curang dan menipu kita. What should we doing? tue soklan yang kawan ai D tanyakan kat ai semalam waktu kami online chat kat fb. Actually ai kenal D ni kawan dalam PUTERI tahun 2002 nak kata rapat tak juga tapi kami selalu jumpa bila ada krusus cyber puteri or BTN. Ai wakilkan negeri kedah dan dia Wilayah, but kami pernah duduk satu group. D nie sorang yang pendiam ai plak terlebih friendly hahaha. Nak di jadikan cherita 2 hari lepas ai dapat friend request dari D puas fikir ai kenal dia ke sebab kat fb ai jarang accept friend yang ai tak kenal, nasib baik dia PM ai citer hikhikhik harapkan ai memang tak ingat sebab rupa dia dah lain but she remember me as well (terharuuuuu). Sebab dulu ai free hair macam D ni juga sebab ramai tak perasan if kengkawan lama tengok my pic, but ai terkejut bila dia ingat ai hikhikhik.


Ok back to topic cherita bila chenta di dusta ni, petang semalam lama juga ai chat ngan D sebab dengar luahan hati dia. Sedih dan perit rasa walaupun bukan terjadi kat ai. D citer dia tengah ada crisis yang sangat teruk ngan husband dia nama H. D bagitahu pada 1st wedding anniversary bulan lepas dia dapat 2 big news dua-dua merubah totally perjalanan hidup dia. 1st news she pregnant dia cakap macam tak percaya ada janin dalam tummy dia dah berusia 2 bulan. Maybe sebab she really busy as stewardess so asyik travel jer and second news D dapat tahu H ada affair ngan ngan secretary sendiri kat office. D cakap dia noticed perubahan H since 4 bulan lepas. H selalu busy dan if nak keluar mana-mana mesti pakai smart macam nak dating siap perfume semerbak selalu dia dressing gitew waktu both dating dulu jer. Bila dah kawen si H nie dah jarang pakai gini dan si H ni ada 2 handphone bila tanya kenapa perlu sampai 2 hp si H jawab satu untuk personal satu lagi for company if ada hal pening senang nak cari dia (macam tak logik jer jawapan kan). Si D leh tahan lagi walaupun instinct seorang isteri dah syak bukan-bukan tapi dia tak ada bukti. Si H ni tergolong dalam anak orang berada ada company sendiri dan parents dia orang berpangkat juga la di Mesia.


Nak jadi hal satu hari bil hp sampai dan D ada di rumah belek punya belek dia hairan kenapa si H asyik call same number dan bergayung berjam-jam so D call number tue lepas tu baru dia tahu that women adalah J secretary kepada H. Si D call J tanya buat apa call H lelama then si J bagitahu discuss pasal keja jer J cakap jangan la jealous sangat sebab tak ada apa-apa pun between H & J. Hati D tak sedap sebab dia rasa something wrong tak kena then dia buat investigation sendiri dengan call kawan dia yang keja kat company H tanya about both H & J. Terkejut bukan kepalang dia bila kawan di cakap dia orang dah tahu pasal affair tue just diamkan sebab rasa tak nak masuk campur dalam hal orang lain. Walaupun ramai nasihat kat J jangan kacau si H sebab H tu somi orang tapi si J ni gedik dan tak dengar cakap. H tue good looking plus kaya mesti anak dara tergedik nak ngorat dia even tahu H dah kawen.


D boleh sabar lagi tapi bila tanya kat si H ni asyik menyakal cakap D suka dengar cakap orang dan cemburu buta. Since tu both asyik gaduh dan si D makan hati berulam jantung siang malam. Asal buka mulut mesti berperang dan layanan si H kat D pun dah berubah mula dingin walaupun zahirnya orang nampak dia orang bahagia. Last yang terbongkar scandal si H ni bila dia bagitahu kat D yang dia kena outstation kat oversea 5 hari siap tunjuk ticket flight lagi. Maybe Allah nak tunjukkan jalan kepada D bila officemate H call D tanya si D ni nak attend ke tak kenduri kawan dia orang tak sebab call H tak dapat, but bila D cakap H outstation officemate tue terkejut sebab dia cakap dia orang tak ada business trip untuk bulan tu. Masa tue baru D tahu dia kena tipu hidup-hidup hancur hati dia bila tahu somi sendiri dustai dia selama ni. D sabar tunggu sampai H balik dari oversea yang di reka-reka tue. Perang besar jadi lepas tue H salahkan D sebab busy dengan keja suka tuduh dia bukan-bukan,queen control etc la. Yalah bila hati dah tak ada perasaan chenta macam-macam boleh kata dulu masa berchenta lembut gigi dari lidah.


Sampai satu tahap bila D dapat tahu yang H bawa balik J jumpa FIL dia kesabaran dia di puncak dah dan berita tue MIL D yang bagitahu sendiri sebab dia tanya D & H ada problem ker. D cakap sepatutnya anniversary tue akan jadi yang terindah dalam hidup dia tapi jadi sebaliknya. SI J pun tak rasa bersalah cakap dia ikut kata H jer siap yang H akan pilih sebab J tuduh D tak pandai jaga laki sendiri sebab tue H boleh curang ngannya. Mendidih juga hati ai dengar part tue bukan apa if tepuk tangan sebelah tak akan berbunyi la. D cakap now dah dalam proses nak failkan percerian kat mahkamah syariah wilayah dan dia tak cakap kat H yang dia preggy lagi. Now she in NZ nak tenangkan hati dah 2 weeks D kat sana dan H ada email dan PM kat fb dia minta maaf bagai lepas tahu D preggy(terbongkar lepas mommy D bagitahu kat H). Bagi D tak ada beza anaknya berayah atau tidak sebab dia benci lelaki tak setia dah mula menipu berkali-kali akan buat benda yang sama dan D dah serik nak lalui benda tu lagi. Nampaknya D macam dah tekad but ai ada kasi advise supaya tenangkan hati dan fikiran dulu fikir semasak-masak sebelum buat keputusan sebab bila hati tengah marah otak tak berfungsi dengan baik, takut nanti menyesal tak sudah.


Ai tahu yang melaluinya jer merasa sakit dan pedih tapi mengalah tidak bererti kalah setiap manusia kena diberi peluang kedua. If peluang kedua juga di sia-siakan barulah nyahkan hidup mereka dari kiter. Perit dan luka mungkin sembuh tapi parut tetap kekal selamanya. D bagi ai seorang wanita yang tabah yalah ada criss dalam saat berbadan dua satu dugaan yang hebat hanya yang cekal mampu lalui dan ai percaya D mampu buat keputusan yang tepat. Ai pun tak sangka D sanggup luahan semuanya kat ai tanpa rasa malu maybe she need someone to talk and sometime kiter perlukan orang luar yang tidak berapa rapat untuk meluah rasa. Susah nak cari lelaki yang jujur zaman sekarang dan ai tak paham dengan perempuan (bukan semua) yang single yang suka cari somi orang sebagai kekasih tanpa rasa malu atau bersalah. Cukuplah bayangan jika ayah dan mak kiter bercerai sebab ayah nak kawen ngan perempuan lain mahukah kiter??? tidak bukan ...tapi orang sekarang lagi suka yang TERLARANG ITU GODAAN kononnya.


Ai harap sangat kesudahan yang baik buat D dan ai rasa ai mungkin akan bertambah rapat dengannya lepas ni. My advise buat somi-somi di luar sana jangan memandang luaran semata-mata sebab fizikal tidak akan kekal selamanya, jangan salah isteri anda sahaja cuba renungkan adakah anda cukup sempurna? Madu manis jika pandai menggunakan tapi akan pahit bila tersalah guna. Renung-renungkan la...Kiter juga tak tahu nasib kiter bersama pasangan masing-masing harapkan kekal hingga ke syurga tapi jika badai yang mendatang siapa tahu kan...sedangkan pasir boleh berubah inikan pula hati manusia.


Moral of da story kena alert perubahan pasangan masing-masing supaya boleh bersedia jika berlaku apa-apa kemudian hari. Tapi sebolehnya moga di hindari kiter semua melalui semua nie.....cuma ai doakan kebahagian buat D insyaAllah dan bersujud padanya memohon kekuatan.






Wednesday, February 23, 2011

♥PRIVATE BLOG ♥

ai noticed lately ramai juga dah start private blog walaupow follower dah beribu² lemon....ai sempat tanya sorang blogger tue nyapa dia private blog sedangkan blog dia tengah howt gitew..dia cakap bila dah fofuler nih ramai tak puas haty. Ingatkan artis jer yang dia orang gossip now blogger pow dah kena tempis gara² terlebih fofuler :-p dan ada gambar yang di upload blog di copy dan di salahgunakan...bab itew serious ai gerun dengar sebab dah pernah kena dulu.


Urmmm ai rasa ada betul kata
² dia tue sebab ai juga ada baca another blog yang dia kena kutuk teruk² dengan anon. So kiranya ada pro dan kontra dunia blogger ni. Nasib baik ai belum kena tahap nak private blog for safety. So sebagai langkah berjaga² ai dah start low profile hukhukhuk. Satu lagi yang ai noticed if blog yang howt ni ramai giler orang comment but tuan punya blog tue x reply pow comment yang di post yalah comment sampai 50-100 (banyak kan)...sometimes kecian tengok soklan yang di tanya tanpa jawapan...ni bukan ai dengki atau jelezz oke but reality.


Pada yang nak private blog itew jangan lupa invite ai oke....peace XoXo @_____^.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...