♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Sunday, March 13, 2011

♥ TRAGEDI 11 MARCH ♥



11 March 2011 tak akan luput dalam ingatan ai sampai bila² bila kami di kejutkan dengan earthquake magnitude 7.4 kat tempat ai...subahanallah masa jadi gempa kuat tu ai hanya ingat mati sambil mengucap dan adam menangis tak berhenti sebab takut. Lama rumah ai bergoyang lebih dari seminit masa tue ai tengok semua benda jatuh dan pecah....ai pasrah andai waktu tu ai di takdirkan pergi selamanya. Aftershock adam sempat cakap mama jom lari kuar dari umah nanti umah jatuh....

YES he remember when earthquake u must leave ur house coz that time ai still terkaku dan otak jadi blur kejap, tak tahu nak buat apa.
Sebelum keluar sempat pakai kain batik dan towel letak atas kepala then lari keluar....masa tu dah ramai orang kat luar.....then bomba datang cakap suruh pergi ke padang sekolah dan tak kasi duduk di rumah buat waktu tue....ai try call my husband tapi tak dapat...then try call another frenz still tak boleh haty jadi takut tertiba apa dah jadi ni?

Lepas 3 minit ai cakap jom adam kiter masuk umah kejap
sebab nak tukar baju but he was so scared then ai terpaksa leave dia kat tangga. Cepat ai masuk tukar seluar ambil winter jacket dan wallet masa tue still gegar dan ai dengar dia jerit `mama cepat gempa lagi adam takut rumah jatuh`...kalut ai lari kuar masa tue...siap terpijak kaca....sakit tak rasa sebab terlalu takut. Ai try call out tapi still tak boleh tapi masuk fb boleh so dari situ ai update status sebab semua kawan² dah start risaukan ai. Ai tak pergi padang sekolah dulu sebab risau husband yang call tak dapat dalam haty dok fikir macam² dah. Start keta then kuar...baru perasan semua tempat blackout masa tue...sampai kat traffic light junction kat umah tue ada second earthquake yang kuat...keta ai bergoyang teruk masa tue...adam start nangess balik ai dah cuak...ai stop keta tengah² junction tue then lari kuar....ai tak fikir apa yang penting kena kuar dulu....everyone stop and run...sungguh menakutkan masa tue bila tengok semua benda bergoyang macam dalam filem. Adam menangis tak berhenti ai plak dah tak tahu nak buat apa nasib baik sorang onesan tue cross jalan datang pujuk adam sekali ngan anak dia....dia cakap dalam nihongo yang ai paham `takut yer...jangan nangess tak ada apa²` siap usap kelapa adam tapi dia still non stop nangess ...lepas reda sikit ai cakap kat adam tak boleh gi kaisha/company papa naik keta sebab bahaya.....then ai drive balik kat umah dalam keadaan terketar² takut then lari pergi kat padang sekolah.

suasana kat padang sekolah yang di penuhi ramai orang.


Berkumpul masa tue pow gegaran susulan still ada....dan macam biasa adam nangis lagi....bertambah sejuk bila angin kuat masa tue...sebab risau mr husband so ai decide pergi kaisha dia ngan jalan kaki sejauh 4.5 KM. Adam cakap `tak apa adam larat jalan sebab adam takut nak jumpa papa`. Macam nak nanges ai masa tue....tapi tahan sebab if ai nangess adam lagi takut nanti. Dekat sejam juga kami jalan then kat jalan dah start jamm sebab semua traffic light tak berfungsi..... jumpa 7E nak singgah beli air sebab adam dahaga then masuk kat dalam kedai pow gelap gelita sambil rak makanan kat citu dah clear....dalam dok tengok nak beli air apa gempa datang lagi adam jerit jom kuar adam takut....tak apa adam tak dahaga jom jalan sebab kalo kiter stop gempa mai lagi.....tersentuh haty ai sebab dia takut sangat tak jadi beli air...then bila sampai kat kaisha my husband tengok alhamdulliah semua ok tak der yang runtuh....ai tunggu kat gate luar lama juga almost half hour...bila tengok husband naik basikal haty ai bersyukur sangat² sebab dia safe dan bila dia sampai kat kami air mata tak mampu nak tahan lagi...menangis mengalahkan adam plak....tak malu dah even ramai yang dok tengok kami masa tue.... Bila balik still semua orang kat luar uamh lagi masing² tak berani nak masuk sebab 5 minit sekali ada gempa susulan.

So kami decide tinggal dalam keta sebab si adam macam fobia nak masuk dalam umah...
my neighbors pun gitu juga...kami berkampuang dalam keta dari petang hingga ke malam dalam suasaan gelap gelita tanpa makanan dan teramat sejuk. Pukul 11pm lebih baru berani masuk umah walaupun gempa ada lagi sebab tak tahan sejuk kat luar....masuk pun clearkan kaca kat bilik guna lampu torchlight...seriously ai tak tidur langsung malam tue sebab takut dan mana nak tidur if setiap half hour ada gempa....lagipow setiap kali gempa adam jaga sebab takut....almost 3am baru electric kembali pulih....

Bangun pagi 12 march baru tahu bertapa teruknya keadaan di jepun bila tengok kat TV....sedih ai tengok dalam sekelip mata semua benda musnah dengan kuasa air yang di namakan TSUNAMI. Kira jepun bernasib baik bina rumah yang tahan gempa..tapi bila melibatkan tsunami apa benda pow boleh musnah. Pagi tue still phone tak boleh guna tapi line internet ok....start kemas rumah...sayu haty bila barang banyak pecah...
fridge pow move ke tempat lagi...isssyy macam tak percaya ai tengok....ni antara yang sempat ai snap pic...



Nasib baik rumah ai sekangkang tikus if besar susah juga nak clear dalam one day. Di sini nak ucapkan jutaan terima kasih atas ingatan dan doa yang tidak pernah putus dari semua keluarga ,sedara mara dan kawan² semua. Semalam juga dapat call dari wisma putra sebab my mom risau tak boleh contact ai...lebih explain baru paham...buat masa sekarang gempa kecil masih ada sampai hari ni 13 march ....setiap half hour or less tapi tak kuat macam hari Jumaat hari tue but still ai takut sebab dah kena 2 kali yang kuat so jadi fobia....bertambah cuak bila warning blackout dah di kuarkan di setiap ken/negeri sesetengah ken air tak ada....sangat simpati. Sekarang masalah baru bila nuclear leak semalam....takut sangat takut sebab nuclear bukan perkara yang boleh di buat main-main...sebab tak nampak dan rasa biler kena mati terus...masyaallah sangat gerun...walaupow tempat ai dengan logi nuclear tue 200KM tepi ai tetap risau juga....moga di lindungi semuanya.

One more thing ai nak luahkan stop buat stupid joke about this disaster...tolong hormat orang yang mengalaminya. Heran bila yang buat joke tue antara pemimpin dan artis...isyyy sukar nak percaya haty orang sekarang....antara joke yang di post kat internet antaranya Japan-kejaidan tsunami yg melanda di jepun petang semalam telah meragut nyawa 2 beradik shin chan 5 dan himawari 9 bulan. Kejadian tersebut juga telah meragut 4 nyawa yang juga rakan baik.Mangsa di kenaliNobita,Sizuka,Giant dan Sinyu dan seorang lagi Doreamon. dan ni dari seorang pelakon manalah ultraman n power ranges n doreamon dlm saat2 genting tsunami di jepun... mungkin bagi mereka ni cuma lawak but not me....ai lalui dan rasai semua tue...walaupow tempat ai tak kena tsunami tapi ai rasa macam di beri peluang ke2 oleh Allah untuk hidup...jika anda tidak bersimpati cukup hanya tidak menulis benda yang bukan². Pada yang kehilangan takziah ai ucapkan sesunggunya tiada kata dapat di luahkan selain simpati atas kehilangan yang di tarik secara tiba². Pecayalah Allah itu maha adil...semoga semua di lindugi dan di permudahkan olehNYA


23 comments:

aisha said...

Sebak bace entry ni..bergenang air mata..saya pun kalut lari dukung 2 anak turun tangga terhuyung hayang tkleh imbang..mmg takut..alhamdulilla ayu dan family selamat..take care ye..moga2 kite semua sentiasa dilindungiNya...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hakikat sebenar sukar di telan kan aisha...ayu rasa area kanto mmg semua kena beza magnitude tinggi atau rendah jer kan....ya semoga di lindugi dan selamat berkemas nak berpindah...tak sempat nak jumpa...hope next time ada peluang kiter jmpa oke...TC

Aisha mimi said...

alhamdulillah..sama2 lah kita ingat mengingati..bukan kerana musibah saja kita kena ingat padaNYA..tika senang pn sama..banyakkan berdoa dekatkan diri..hanya DIA tempat kita berserah dan mohon harapan..tringt tsumani kat sini dlu jadi kat kakak aku..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

totally agree with u mimi...tsunami yang kena kat penang ngan kedah ka? kakak ang oke ker?

Aisha mimi said...

ok..tp trauma la lama..ang pn..take care!

SEPHIA said...

semoga selamat semuanya..insyaallah..:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

insyaAllah tq frenz @____@

Unknown said...

Masyaallah .. nasib baik Ai selamat .. =D

Anonymous said...

tak per rose..menangis lah sepuas2nya bila nampak hubby pulang dengan selamat...betul tu..buat org yg suka buat lawak2 tak masuk akal tu rentikan jer..tak fikir ker peraasaan org yang d timpa bencana tu..dan ahli keluarga yg risaukan mereka di sana..fikirlah sikit....rose pas ni update pasal kisah nuklear tu plak

Anonymous said...

tersentuh betul hati kak yani, terutama bila bab risaukan hubby..and nampak dia balik dgn selamat..tak per rose menangis lah sepuas2 hati masa tu biar lah org nak tengok ker aper ker..luahkan perasaan tu.

rose..kalau ada info terkini pasal nuklear tu pls update k..nak tahu gak

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Amzar::ai tue i hikhik
Confuse ek sorry ek
Sbb guna bhsa forum plak ヾ(@⌒ー⌒@)ノ

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Rasanya anon tue k.yanie rite?
Tq sebab kasi semangat bab buat joke tu
Dlm paper pow Ada masuk
Isssy x tahu apa dia owg fikir(`_´)ゞ

Anonymous said...

kak ayu~ jaga diri dan keluarga baek2 ya..? umul akan sntiasa doakan kak ayu sekeluarga disana....

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

insyaAllah ummul
doakan yang terbaik buat semua kat sini yer :))

Yati Ali said...

terharu baca sampai bergenang air mata...semoga selamat dan dilindung Allah SWT...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Amin yati atas doa hanya Allah mampu membalasnyaヾ(@⌒ー⌒@)ノ

♥♥Cikngah♥♥ said...

menangis saat membaca entry ai..ai byk2kan berdoa ye.insya-allah semuanya baik nnt

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

jgn kan cikngah nangess kiter yg tulis ni pow nangess bila ingat balik...harap sejarah tidak akan berulang lagi!

Anonymous said...

As Salam Ai...Ni first time visit ur blog. Syukur byk2 coz Ai n family selamat. Do take good care o urself n family. Be strong. We will always pray for you..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

anon::nyapa x letak nama (:
alhamdulliah keadaan makin bertambah baik
berkat doa semua dan keja kuat nihonji
tq drop here ~________^

siti said...

Semuanyer ujian dr yg maha esa...alhamdulillah ayu sekeluarga selamat...

zuwaidah said...

membaca entry ni pun dah terasa sedih, apa tah lagi yg mengalaminya sendiri. moga sentiasa dirahmati ALLAH dan dilindungi selalu hendaknya

kasihredha said...

akak baca satu2 tulisan kat atas dan tak disedari air mata akak menitis. Akak dapat merasa kan ketakutan adam dan ayu ketika itu. Dan sanggup berjalan ber km jauhnya unk berjumpa suami. Terharu sangat.
Alhamdulillah Alhamdulillah semuanya selamat .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...