♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Tuesday, March 15, 2011

♥ SAAT INI ♥


Saat ni hati semakin risau sebab radioactive dah tersebar ke udara sampai ke Tokyo walaupun di katakan tak membahaya ai tetap risau. Hari ni satu hari keluar mencari beras dari supermarket,kedai siam,machine beras semua dah habis. Stok kat dalam rumah cuma tinggal untuk 2 hari saja. Harap dengan 4 bungkus mee cukup untuk 5 hari. Tak ada option lain selain kami terpaksa order from internet walaupun tahu lambat nak sampai tapi sekurang-kurangnya akan sampai juga kan....sebab services hantar barang ada tapi tak banyak macam selalu lagipun masalah utama adalah petrol yang di catu.




ini suasaan bila satu station minyak jer di buka queue sepanjang 5 KM sebab nak isi minyak tapi dengan syarat isi tak lebih dari ¥2000 jer (RM60).


Hari ni mental dan fizikal tidak sekuat selalu...ntahlah banyak benda menganggu fikiran. Hanya Allah tempat mengadu dan memohon. Ramai kawan-kawan yang call meluah rasa tak kurang juga sudi nak pos beras kat kami thanx IDA atas kebaikan hati anda itu.

Hari ni juga dapat tahu yang flight pertama dari Indonesia dah selamat bawa pulang rakyatnya dari Japan ke sana, cepat kan?...tertanya-tanya bila pula kerajaan Mesia nak buat gini....bila baca paper mesia selalu cakap rakyat selamat etc semua...ai tak tahu orang lain but embassy staff tak pernah call tanya khabar semua. Dalam website embassy pun tak ada update apa benda pun.....so rumusannya pandai-pandai la bawa diri. Sedih dengan nasib diri tapi apalah sangat jika dibandingkan ngan orang yang kehilangan segala-galanya dalam tsunami tu.

Dalam masa 5 hari ni rambut pun tak sempat nak cuci gara-gara takut nak mandi lelama dalam bathroom... mandi pun tak sampai 5 minit sebab takut gempa kuat lagi. Masak? sekadar bagi kenyang tak ada mengidam nak makan macam-macam waktu sekarang, walaupun meleleh ayaq lioq tengok menu kawan-kawan kat mesia....dalam hati bertuahnya mereka.

Ai percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya, semoga Allah terus memberi keimanan dan ketabahan menghadapi ujian dariNYA. Tidak minta lebih cuma cukup mendoakan agar segalanya akan berakhir tidak lama lagi.




19 comments:

niey_muhaini said...

berat mata yang melihat, berat lagi hati yang menanggung. walaupn kita x saling mengenali,doa sy sntiasa mngiringi mudah2an dugaan ini akan cpt berlalu..kuatkan semangat ye..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

niey::itew la di harap sangat2...terima kasih kerana sudi baca luahan hati tak seberapa ni. take care :))

Anonymous said...

salam rose..sedihnyer bila baca luahan seorang hati rakyat m'sia di sana .rupa2nya apa yang d laporkan selama tak sama. doa kak yani sentiasa mengiringi rose sekeluarga d sana..sayang rose

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

k.yani::semlm baru org embassy call rupanya nama kami tak ader dalam list so kena reg sekali lagi..actually embassy ada hantar wakil bagi makanan kat tempat kena bencana just kami termiss...tengah tgk tiket flight nak balik tapi dah sold out....doakan kami yer

rossalle said...

Ada hikmah di sebalik kejadian banyak2 kan bersabar dengan ujiannya.. Akak doakan anda semua selamat

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

terima kasih yer kak...doakan semuanya ya

Qaseh Dalia said...

hurmm baca entry sis buatkan hati sendiri risau .. di tempat org pulak tu ..sabar ye sis semoga kuatkan semangat n insyaAllah nothing happen

sitiezahim said...

salam kenal kak ayu..smoga kak ayu dan famili tabah hendaknya..mm husben saya ada ckp, kawan2 dia yg further study pon terpaksa balik Msia dgn duit sendri.flight paling awal pon sabtu ni..mmmm..:(

Anne Zuraidi said...

sis, i harap semua akan kembali spt sediakala dgn segera

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

qaseh::risau sgt risau...hanya doa peneman setia sekarang...insyaAllah tq yer

siti::salam...yes now ticket semua sold out paling cepat hjng bln ni....nuclear tue makin hari makin teruk jer tgk...dah la sebelah ni jer..

anne::i hope so...super tired now...:((

Sheherazade said...

Asalamualaikum,slmt kenal

semoga tabah ye disana,take care

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

salam peri pia
insyaAllah semoga dinding iman mampu menghadapinya!
tq singgah @____^

Unknown said...

salam ziarah dan salam kenal Ayu, semoga tabah menghadapi ujian ni. teringat juga rakan-rakan setugas husband kat embassy sana...semoga ayu dan semuanya selamat dan dilindungi Allah...amin. btw saya follow yer blog ayu...:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

salam nieza terima kasih atas doa & ingatan, rupanya awak juga ada kawan di sini yer. Semoga di lindungi semuanya @________@

sitiezahim said...

taderk apa yg bule ditolong cuma kata2 semangat..semoga kak ayu dan keluarga tabah sentiasa..insyaAllah mendung akan berlalu dan akan gantikan hari2 akak dengan seribu kebahagiaan..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

that so sweet siti...thanx really appreciate..semoga hari2 mendatang akan ada sinar bahagia buat kami di sini yer....10q again *_____*

cplud miera said...

sis, sabar yer. sume ni ade hikmahnya. mira doakan akk 1 family dan sume rkyt jepun dalam lindunganNYA. amiin

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ya miera setiap benda Allah tentukan mesti bersebab...insyaAllah kami mampu lalui nya...amin atas doa :))

♥♥Cikngah♥♥ said...

berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.bersyukur berada di mesia.neway,ai sabar ye.xtau nk ckp mcm ne dh sbb cikngah x berada di tmpt ai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...