Zaman sekarang susah nak jumpa ibu yang sanggup beranak ramai. Bagi ai if dah lebih dari 5 orang tu dah cukup banyak. Tapi al kisahnya masa ai balik cuti Mesia hari itu ai sempat attend reunion PUTERI so sempat jumpa dengan mantan puteri penaja dulu iaitu kak ina. Terkejut ai dengar dia ada anak 8 orang yang sulung darjah 2 yang bongsu baru 2 bulan, speechless ai....
Yalah zaman sekarang semuanya mahal tapi alhamdulliah kak ina anggap anak adalah rezeki dari Allah. Kalau zaman dulu anak 8 9 orang ni biasa jer tapi kalau zaman sekarang kita melihat sebagai luar biasa. Ai memang kagum ngan kak ina ni yalah yang ai baru ada sorang anak ni pon dah pening bagai nak rak ini kan pula anak 8.
Tapi ai yakin mungkin kak ina akan melalui cabaran waktu anak-anak hendak membesar tapi bila dah besar kak ina akan hidup senang. Dia cerita keta pun kena beli yang besar dan luas yalah termasuk kak ina dan husband kira 10 orang if beli keta biasa mana muat so kena beli MPV. Itu tak termasuk part bujet untuk sekolah akan-anak dan agak mencabar waktu nak raya....beli kain sepapan buat baju raya.
Memang sesuai gelaran SUPERMOM ni sebab semua dia buat sendiri...no maid. Ai dapat bayangkan hari-hari yang dilalui oleh kak ina penuh dengan suara anak-anak. Sepatutnya kerajaan bagi la sedikit bantuan kewangan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai macam ni sebab hari ni barang semuanya mahal.
Buat kak ina anda adalah sumber inspiration wanita hari ni.
2 comments:
ahak.....makcik lupa lah nek.td bersihkan otak, baru ingat.hahahaha
nangesss.....:-p
Post a Comment