♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Monday, November 8, 2010

♥ Kita paling popular ♥

Ai baca nih dalam Utusan

- Rakyat Malaysia merupakan orang yang paling popular dalam carian di Internet, sementara rakyat Jepun berada di tempat tercorot, berdasarkan kaji selidik global yang menunjukkan bagaimana budaya nasional mencerminkan kelakuan secara dalam talian.

Kajian Digital Life oleh firma penyelidikan global, TNS merumuskan rakyat Malaysia memenangi pertandingan populariti Internet dengan purata 233 rakan-rakan di rangkaian sosial mereka, berbanding 68 di China dan hanya 29 di Jepun.

Penemuan itu bukan merupakan satu kejutan bagi sebuah negara terdiri daripada pelbagai budaya yang suka berkawan dan mempunyai tradisi majlis 'rumah terbuka' di mana ia terbuka untuk semua serta membawa kepada pertemuan kenalan baru.

"Cara rakyat Malaysia ialah menjemput semua orang yang anda kenali.

"Dan orang-orang yang anda akan kenali dan mempertimbangkannya sebagai rakan merupakan satu konsep yang jauh lebih luas berbanding komuniti lain," kata pelakon dan penulis Malaysia, Chacko Vadaketh yang mempunyai 1,010 rakan-rakan yang mengagumkan dalam akaun facebooknya.

Malaysia juga mempunyai satu diaspora (kumpulan perantau) profesional besar yang cuba mencari peluang-peluang di luar negara, dalam satu 'penghijrahan cendiakawan' yang menjadikan laman rangkaian sosial sangat tinggi nilainya bagi mengekalkan hubungan dengan rakan-rakan jauh.


Actually memang betul apa yang di katakan itew, orang mesia memang suker bersosial tak macam orang jepun. Dia orang sangat penting privacy sebab itew dia orang tak ramai kawan hukhukhuk :-p

Most Beautiful Memory ♥♥


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...