♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Tuesday, February 7, 2012

♥ blog kena remove ♥

Semalam terkejut opocottt tahap hantu mak lemah terjah suda...alkisah lepas ai update N3 kat SINI tetiba ai perasan yang profile pic ai tak de kat blog sekali pic then tetiba jer kuar warning ni bila ai nak login kat blogger.com.


ni maknanyer blog ai dah kena remove 




sebab duduk japan solution nyer lain sekali dari yang ader....banyak tips ai selongkar dalam gugel tadi but tak banyak membantu sebab semuanya cara mesia. Then ai  tukar country Mesia letak no hp mesia sampai code tue tapi sebab voice call umie tak perasan last ai terfikir why not kat email add tue ai letak num hp nihon...so try buat last sekali dapat juga verity code from voice call. Perhhhh lap peluh ni 1st time kena...dan ai noticed ramai yang dah kena khen. Memang confuse sangat bila arahan tak sama ngan jawapan yang kiter nak. If nak num hp jangan la letak email address kat situ...sigh. Ai dah complaint kat gugel pasal ni tunggu respond macam mana nanti.



So kat column email add tue uols letak no keitai  nihon yang lain biasa je...selalu akan received call lepas 10 second uols send number tue. Alhamdulliah dah recover balik blog kesayangan ai ni...then ader yang perasan yang blog ai not available that time. IA tengah plan nak guna domain sendiri for safely lepas ni penat nak stress macam semalam uwaaaaa!


nota ibu jari manis ai:: arigatou ketat2 pada tomodachi yang try nak solve this prob yesterday @_@. Sorry pada yang tak sempat ai BW semalam sebab ada prob ni nak view apa pun tak boley :((






Monday, February 6, 2012

♥ Ichi Nichi Newgaku ♥

Hola uols... ni cherita Jumaat lepas yang super busy tue. Kena gi shogakko /sek rendah untuk settle everything then ada taklimat sket buat parents ni . Lepas ambil Adam kat youchien terus ke shoggakko nasib baik la dekat ngan umah jalan kaki 3 minute jer ngeeee. Kali ni briefing pasal benda yang kena beli etc....


hall kosong lagi masa ni


budak makin kurang kat sini dulu ada 4 kelas now dah jadi 2 kelas jer...mari beranak hahahaha!!!!



kena lekat num rumah guna sticker kat map.....penin zzzzzz!


Yang beza sekolah kat sini ngan mesia ialah dalam dalam setiap area tue akan ada sekolah so dalam berapa KM wajib gi sekolah tue tak boleh pilih sekolah yang jauh sebab budak dari darjah 1 sampai 6 semua akan jalan kaki dalam group ngan senpai/senior so basikal tak di benarkan naik kecuali dah masuk sekolah menengah rendah. Apatah nak hantar guna keta lagi la tak boleh so system ni sangat different from Mesia. Cuma ai keciwa bila tahu english di ajar 10jam dalam setahun OMG macam mana nak improve eng if 10 jam jer di ajar dalam setahun sigh....so kena buat extra class kat umah la nanti sekali ngan BM.


antara barang yang ai beli untuk Adam masa kat sekolah...hikhik terbeli kasut dalam kelas yang rega sen yen actually kat kedai kasut leh dapat ¥380 jer..nangessss!


So since anak nak masuk sekolah ni wajib ada meja study la...so 2 malam lepas darl dah pasang meja tue...almost 3 hour nak siap kena cantum part by part. Meja ni beli kat nissen kebetulan waktu darl masuk website nissen tue ada sale 2 hour actually meja ni rega ¥15000 (RM668) but dapat ¥7040 (RM277) OMG murah kan...sebab darl selalu beli barang from nissen so dapat less ¥500 lagi so bayar just ¥6540 (RM257). Renyah giler tengok ai cuma tolong pasang drawer yang darl dah siap pasang kat meja hikhik.


berserak bilik kecik weols ngan segala jenis kayu dan papan.


Actually umah kat nihon ni semuanya kecik-kecil termasuklah bilik otel sebab tanah kat sini mahal dan terhad sebab japan kan island so jangan mimpi la boleh ada umah besar2 kat sini if ada kena bayar mahal giler. Dulu umah weols ada 4 bilik biler masa memula terjah sini terkejut nyapalah umah kecik sangat nangessss...so sepatutnya orang mesia bertuah part umah ni.


taraaaa dah siap meja study Adam cuma tak beli lagi lampu meja ngan kerusi jer....hon/book kat atas rak tue semua Adam punya...now dia suka membaca alhamdulliah ...minat dia sama ngan darl pasal alam & manusia...binatang etc..boleh layan national geographic berjam-jam taw.






nota ibu jari manis ai:: new experience lagi for us...ituew yang bagus tinggal di bumi asing ni. Syukur ngan apa yang ada alhamdulliah!













Friday, February 3, 2012

♥ Carrot Cake & Gigi ♥

Type lelaju ni sebab lepas ni super busy nak terjah sekolah Adam nak kena setel everything before dia masuk sekolah this April. Orang lain kat Mesia masuk darjah satu, bulan January kat sini bulan 4 baru masuk lewat 4 bulan from Mesia. Baru masuk 3 hari di bulan Feb ai dah gatai tangan nak buat cake even tengah tak sihat sebab down with flu & cough but asyik nak mengidam ni tak boleh di tahan so terus bikin carrot cake....second time buat dulu dah try sekali masa celebrate 7th anniversary last year but agak sweet sebab puasa so tak leh rasa now ai buat less sugar baru puas hati.


sekeping ni jer sempat snap ai buat 2 hari lepas ngeeee.


So bulan ni ai kena stop la makan cake sebab dah buat 1 feb ahri tue...nak cantek kena displin diri tak gituew??? but ai buat setengah adunan jer...sugar ai guna 150g compare recipe asal 300gm.

Recipe American Carrot Cake  (recipe from Fida)


3 biji telur
150ml susu segar
300 gm gula halus (ai kurangkan jadi 150gm..ikut citarasa masing2 nak sweet or not)
1/2 sudu kecil garam
180gm minyak jagung
1 sudu kecil vanilla essence
285gm tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikabonat *
1 1/2 sudu kecil sebuk kulit kayu manis (tak letak sebab tak de stok)
200gm carrot di parut
150gm kacang walnut di patah2 (stok x der ai ganti ngan badam cincang)

Cream Cheese Frosting

250gm cream cheese
60gm butter
120gm icing sugar
1/2 biji lemon di parut kulinya
2 sudu besar lemon juice

Hiasan

kacang walnut di tumbuk kasar
coklat parut brown sugar

Cara-cara::

- panaskan over terlebih dahulu pada suhu 180 deg
- satukan tepung dengan bahan-bahan yang bertanda * gaul rata dan ayak
- guna mixer, pukul telur & gula sehingga kembang dan masukkan susu sedikit demi sedikit dan masukkan garam.
- masukkan minyak pukul perlahan kemudian masuk vanilla essence
- masuk adunan tepung tadi pukul hingga adunan sebati, masuk carrot, walnut.
- masuk dalam bekas pembakar bakar ada suhu 180 deg selama 50-60 minit (ikut oven masing2 ai guna 120 deg jer).

- from cream cheese topping pukul cream cheese hingga lembut masukkan butter, lemon yang di parut & lemon juice.
- pukul hingga pekat 
- sapu pada permukaan cake dan taburkan kacang,coklat parut & brown sugar sebagai hiasan.


*ai letak apa yang ada kat umah jer...parutan kulit lemon ai tak letak...then control sket bab lemon juice tue sebab nanti termasam plak...ikut la uols suka macam mana*  ai recommend  cake ni try la sebab sedap....my neighbor & Adam request lagi suruh buat....malasnya ai sebab nak kena deco etc...ngee!


Kat sini makin hari makin sejuk walaupun tempat weols tak der yuki tapi sejuknya sampai ke tulang itam taw...simpati gak kat umah orang yukinya dah sama tinggi ngan bumbung umah ada pro & kontra bab yuki ni.

nak tahu sejuk ker tak tengok pipi budak kecik ni...ada original blusher pink color mean samuii la...ni kira ok lagi ada sesetengah budak lagi teruk blusher tue ngeee.



Citer pasal Adam kun ni last week gigi kedua dia dah di cabut sebab longgar...weols tak bawa gi clinic pun sebab boleh cabut sendiri...owh ai tak seberani tue nak cabut...darl take over jadi dentist kejap ngeee!


malu nak senyum sebab gigi dah HILANG....alhamdulliah gigi dia tak der masalah masih elok...2 batang gigi ni ai simpan sebagai kenangan....maybe lepas ni nak simpan semua gigi dia kot ngeeee. Uols simpan tak gigi pertama anak uols yang di cabut tue??






nota ibu jari manis ai:: oke ai kena stop kat sini...kena bersiap nak kuar dah....later biler ai free ai terjah umah uols ekkk....sayang ketat-ketat @_@





Thursday, February 2, 2012

♥ 6 Princess Gamma Class ♥

Minna san konichiwa, hari yang sejuk bila angin dah macam nak datang typhoon ni.....samuiiiii grrrrrgrrr. Dugaan sebab weols tak cihat down with fever, flu & cough, sekarang ni memang musim tak sihat if tak der apa-apa hal better duduk kat dalam umah dari merayap kat luar. Ok citer pasal fesbuk (FB) ni rasanya semua orang dah ada khen??? Ai start ada fb pada 26 July 2008 cewahhh tetiba ingat date plak...bukan apa guna timeline semua boleh check ngeee. Masa tue tak ramai guna fb lagi so if ada orang add masa tue memang approve terus now just yang ai kenal jer...nak ada privacy katanyer...DUSH over mengalahkan retis but yang tak leh lupa gian main farmville ngan cafe world seriyesss nak  kuar umah pun susah sebab dok pikiq benda ni jer but start hujung tahun 2009 ai dah jemu so dah tak main.


weols dahulu kala....13 years ago


Yang best tentang fb ni dia kiter dapat jumpa balik kengkawan lama ekkk....ureshii sangat macam ai juga finally complete sudah classmates ai. Class weols ni tak ramai gegurlz just 6 orang jer yang lain semua noty2 boboyz.. so weols gegurlz ni selalu jadi mangsa buli dan terbuli oleh geng boboyz tue hukhukhuk. If form 1 until form 3 ai ada geng black (pernah buat n3 kat SINI) start form 4 penambahan ahli group dari 4 ke 6 orang di beri nama gamma princess awwww curlastt tak nama tue??? nama ituew baru jer dapat masa type n3 ni hikhikhik. 


gamma princess now...yanti, ai, fiza, ina, liza & ida


Wah biler tengok pic sekarang masing-masing dah berubah dari segi fizikal la...but cara cakap masih sama...still giler-giler. Dalam group weols 6 orang ni 4 orang di lantik jadi prefect 98-99 kali ni pemilihan jadi prefect PELIK sket sebab di lantik di kalangan warga-warga yang AGAK noti diriku termasuk sekali....noti banyak maksud tidak bermaksu noti ituew JAHAT ekkk. Pernah sekali weols buat keja giler sebab malas nak join perhimpunan pagi so weols semubunyi diri kat dalam toilet....issyyy biler ingat balik mashaAllah buruk giler perangai. Age masa tue tahu nak try sometime new dan berseronok jer... memory tue....if orang yang duduk asrama penuh macam darl ada gak kes `FLY` weols pun tak terkecuali gak cuma beza weols tak lompat pagar part tue geng boboyz take over. Memanjang class tinggal separuh sebab theyols fly makan nasi or main dam kat kedai cina tepi sekolah ngeeee. 


Perangai buruk tue dah tak buat since masuk form 5 sebab dah nak SPM khen so kena focus but ada gak boboyz yang still noti. Dalam gamma princess Ina selalu kerap ponteng sekolah dalam seminggu 2 or 3 hari jer dia datang ngeee. Ina boleh geng ngan syed yang suka ponteng gak....(ampun uols tetiba ai teringat kes ni). Weols juga 1st class yang ada t-shirt sendiri...mat bedz tolong buatkan then weols design guna logo gamma  kat belakang ada nama weols semua....NICE!!


tshirt macam ni la...cuma beza weols punya color grey gituew...ader pic tshirt tue just tinggal kat Mesia.


Rasanya kawan waktu sekolah paling best sebab waktu tue semua tak mature lagi tak der istilah control cun or ensem hikhik. If waktu boleh di putar kembali ai nak back tahun 99 la. 


antara noti boboyz gamma class!! now semua terlebey zat...larikkkkkk




♥♥  FRIENDS FOREVER ♥♥  









Tuesday, January 31, 2012

♥ Yang H-A-R-A-M ♥

Rasanya ramai tomodachi kat nihon dah sedia maklum tentang info terbaru berkaitan ngan benda yang haram yang tak boleh di makan...last week ramai dah update special thanx to page AMIR yang update tentang app Halal Japan  kat iPhone sangat membantu then ai panjangkan kat sini plak andai ada yang mahu holiday or conference kat nihon boleh gunakan ini sebagai reference. Link tue uols yang guna iPhone & iPada boleh install sebab free...if yang tak ada iphone etc ai dah snap pics hope membantu la....snap thru iPhone so pics x berapa nak clear.


Masa memula tengok list tue ai terkejut opocottt sakit hati pun ada sebab bab air tue ai dah minum berbotol-botol baru tahu haram...sigh. (malu nak bagitahu pernah terminum sebab reality memang gituew ...tak baik tipu dosa uwaa dan ai percaya ramai kena same case macam ai ni base on comment kt fb) Darl ai study kat nihon tahun 2000-2004 then dia tahu list yang mana haram dan haram but nihonjin ni selalu update ingredient after that dia dah back for good ke Mesia. So bila weols back to nihon darl still belive list lama yang dia guna dulu yang buat weols confuse part EMULSIFIER ( 乳化剤 ) jer sebab ada yang from animals dan ada from vegetables so kat label mana letak 乳化剤 tue from apa kecuali call company yang buat tue tanya detail so bab ni ai tak salahkan darl sebab dulu waktu dia study air yang minum tue still tak haram lagi. So kesimpulannya air yang letak susu ni jangan minum la....sobs sangat...yang lain alhamdulliah tak pernah weols telan kecuali milk tea jer nangessss hentak kaki kuat-kuat.










Ini lah  60 item yang HARAM di makan nak detail about halal haram kat app tue memang ada detail. Memang sangat bagus sapa yang buat app ni...semoga Allah merahmati uols inshaAllah. Yang baik datang dariNYA yang buruk dari diri ai sendiri. Maybe ada kopitiam kat Mesia yang coffee nyer haram ai rasa same reason ngan yang ni juga kot...so be careful uols. Sharing is caring katanya ngeee @_@









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...