♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆
Showing posts with label ♥Shogakko♥. Show all posts
Showing posts with label ♥Shogakko♥. Show all posts

Monday, June 4, 2012

♥ PTA Task ♥

Assalam, ohayo minna san,

Cherita last weekend full ngan PTA (parents-teacher association) task, cian ngan kohai/junior sebab theyols dah berapa kali ajak buat makan² or BBQ.... ada yang teringin nak makan cupcake ngan burger homemade ai buat la tapi weols asal weekend jer sure ada activity kena buat. Macam last Sat & Sun pepagi memang involved ngan PTA jer, jarang mesian kat sini active join PTA ni but darl semangat suruh join...bermasyarakat katanyer ngeeee. Pagi sabtu tue weols kena cat stop mark kat atas jalan tue, but keja ni darl jer buat sebab panas tak nak kasi isteri ngan anak deman nanti *auwww suwittt la darl macam gula² kapas ni hukhuk OVER*. Satu group ada 10 orang kena di bahagi kat banyak area ada dalam 80 orang yang buat keja ni...seriyess nihonjin buat keja laju giler!



macam ni la keja nyer....cat dan kipas (o^^o) 

tetiba si adam nak berkipas satey jugak...ai buat apa??? tolong pegang payung & tengok jer hahahaha *dasar pemalas!!! pics agak blur sebab snap guna iPhone then ai zoom & edit guna instagram.....leopard tak leh tinggai suka ketat² auwww*



Around pukul 11am gituew dah setel semuanya...but ai & adam balik umah dulu sebab panas sangat hari tue *puteri lilin katakan...matilah kena lahar berjemaah nanti ngeeee*

dapat UPAH green tea yang tak berapa nak sedap ngeh ngeh ngeh.


Hari Ahad plak pukul 7.30am weols dah round area rumah yang kena weols collect sampah macam, botol, tin, kotak etc....setiap sorang kena collect kat 4 buah rumah then kena bawa gi tempat buang sampah besar kat situ ada orang tunggu ambil plak. Memula ingat nak jalan kaki jer sekali round bapak punya banyak sampah theyols buang tue so kena ambil kena keta la....nasib baik lah bukan sampah basah tue.


dapat map ni weols just collect kat umah yang di color ijau tue jer

sebelum kuar sempat breakfast mee goreng ngan hot milo then jalan lengang kangkong dulu check sampah...nak bawa ke tempat sampah nihonjin dah penuh kat situ....sugoi/hebat sungguh theyols ni *lupa nak snap pic sampah weols kena kutip tue...tak sempat ngeee*

di tempat kejadian...memula pukul 8am orang tak ramai sangat lepas 3rd round gi nak masuk kena queue...classic kat pics tue?? ai edit guna instagram lagi ngeee♥♥


So from barang yang di buang tue nanti akan dapat duwet, dari duwet tue la theyols buat buaian or kerusi etc kat keon/taman. Rasa berbaloi sebab sekurang² ada juga sumbangan weols even tak banyak tapi membantu gituew. Tak paham kenapa budaya macam ni tak der kat mesia....PTA or PIBG kat mesia sangat buhsan just meeting setahun sekali jer without buat other activities...atau weols patut cadangan kan PIBG kena ubah sket system tue...peace!!!!











Thursday, May 31, 2012

♥ الحمد لله ♥

Praise to Allah for everything, lately lega sket perasan ai tentang shogakko/sekolah adam nie. Dulu masa dia memula masuk shogakko risau juga macam mana dia nak bawa diri even before dia masuk youchien/tadika *rasa semua okasan gituew kot...over hahaha*. Ai risau dia paham ker tak sensei ajar sebab masa kat youchien sensei bukannya mengajar pun banyak ajar cara berkawan ngan bergaul ngan tomodachi/friends jer. Di sini tak der pra sekolah macam kat Mesia tue...semua start belajar bila masuk ichi nen sen/darjah satu sebab kat sini nihonjin tak nak kodomo/kids stress so theyols ikut flow yang ada.


Adam boleh cakap nihongo since umur 5 tahun before dia masuk youchien lagi then dia practice cakap everyday ngan darl so bila masuk gakko ni ai risau dia paham ker tak apa yang sensei/teacher ajar tue....boleh cakap ngan paham benda yang berbeza plus dalam nihongo yang ada beribu² words yang kena hafal dan faham tak semudah ABC macam eng & BM *seriyess tak tipu bab ni*. Since dia bawa test paper yang sensei buat kat gakko tue lega sket tengok result dia.


bukan niat nak menunjuk or RIAK yer *Allah tahu NIAT saya* setakat menunjukkan yang si Adam ni dah faham soklan & boleh focus....perasan tak cara sensei making paper pun lain from mesia.


Kat sini tak der segala jenis exam macam kat Mesia tue tapi ni test seminggu sekali yang sensei bagi hati ai berlagu riang alhamdulliah segala kekusutan dah terlerai *hamboiii ayat tak tahan hahaha*. Sebab dulu ai tengok dia macam susah nak focus dalam class taw dah berapa kali ai tegur dia bila tanya sensei plak dia kata adam ok jer dalam class. Ai sentiasa berdoa agar di cerahkan hati & fikiran *ayat apa ni???* adam dalam menerima ilmu ni, sebab NIKMAT ni kejap jer Allah boleh beri kejap juga boleh di tarik so apa yang dapat bersyukur la. Since ada masuk ichi nen sen bulan April yang lepas every day ada jer homework yang sensei kasi min 1 mix 4, memula masuk 2 minggu pertama semua arahan or homework yang kena buat sensei kasi kertas but lepas tue student kena tulis sendiri.



contoh kat sini ada cakap kena buat homework apa...tulisan cakar ayam si adam ni, yang sensei mark merah tue ada salah tulis. Fening ai tengok lagi fening nak baca ngeeee!!


Berkenan ngan bento/bekal ai memang follow list menu shogakko punya since youchien lagi ai buat gituew sebab tak nak kasi adam rasa different menu dia ngan menu tomodachi. Nasib baik juga dish orang 日本 ni semua simple² belaka masa ryori/masak pun kejap jer.


list menu shogakko untuk sebulan. banyak **** kat ataih kepala nak baca ni ngeee!



nak elak sang isteri fening sebab memanjang terkebil² nak cara kanji tue darl buat list ni siap bergambar lagi...ureshii ありがとう ketat² darl sebab mudahkan keja ai cuma search recipe jer if tataw nak ryori macam mana. 


Menu shogakko ni tak payah buat bento kawaii² macam kat youchien dah, lega sangat tak payah ai menjadi kreatif nak menghias bagai. Zaman kawaii ni dah berlalu since dah masuk ichi nen sen ni ai loikeeee♥♥


contoh bento adam kun waktu youchien dulu


ni plak contoh dish yang budak shogakko makan....full meals usually consist of bread (or increasingly, of rice), a main dish, and milk..ai just pay for milk, if receive a full lunch u must pay ¥7000(RM280) per month. Now ai thing the reason nihonjin makin tinggi ialah MILK hikhikhik.


Banyak betul experience yang ai lalui kat sini, so excited wootz wootz. Ntah berapa tahun lagi untuk tinggal di sini even our target nak balik before adam masuk form 1 tapi macam kiter tahu `hanya mampu merancang Allah yang tentukan` tapi mohon di permudahkan segalanya inshallah (((o(*___*)o)))  


dah simpan everything barang adam kat youchien dulu dari uniform, kasut, set bento, book etc for us benda ni very precious, our memories in japan.  








Tuesday, April 24, 2012

♥ PTA & お土産 ♥

Last week ada meeting PTA  (parents-teacher association) before meeting ada 1 hour slot dalam class Adam untuk tengok dia belajar. Alahai baik bonar sensei² kat sini sora tak pernah tinggi memang gituew budaya belajar kat sini. Selalu nyer ada sorang assistant sensei for each class, lepas 1 hour slot tue ada  2 slot meeting plak...fening² from 2pm-5pm *menguap  buhsan*. Every month ada sekali thyeols buat activity yang melibatkan parents inshallah if ai free leh join lagipun dah bayar ¥2000 for insurance. Jom layan video sempat record kejap ituew pun guna iPhone jer!



siler kuatkan volume if nak tengok video ni...si Adam cakap tak berapa kuat!

ai loike this song...hajimete yoroshiku!




Suasana dalam class, then Adam dah start study....bersepah jer kat meja tue ngeee



Awal bulan April hari tue weols dapat parcel untuk Adam...Rupanyer from Sekiguchi sensei *youchien sensei* kasi kad ucap omedetou/congrats sebab masuk shogakko then ada buku ngan surat ucap arigatou sudi kasi hadiah kat dia dulu. Auch terharu nyer ai....dia buat seperti kata pepatah `pecah kaca pecah gelas, sudah dapat harap balas` *ituew peribahasa ai yer ngeee* nihonjin nie memang sangat appreciate apa jer pemberian orang.  



ini lah お土産 from Sekiguchi sensei ...ありがとう












Friday, April 13, 2012

♥ Beza Sekolah Kat 日本 ♥

AsSalam di hari Jumaat yang mulia, weather sangat elok hari ni....alhamdulliah. N3 hari ni berkisar tentang gakko aka sekolah *cewahh ayat macam nak buat karangan SPM plak...ouch!* Since Adam masuk kat youchinen / kindergarten pun banyak beza ngan tadika kat Mesia then bila dia masuk shogakko / sek rendah pun sama gak. Banyak perbezaan terutama dari segi bahasa *memang la tak kan nak cakap melayu plak khen ngeee*.


Perbezaan pertama ialah kat gakko tak der uniform mean budak² ni pakai baju biasa macam negara omputih tue.  Uniform cuma ada lepas theyols masuk form 1 aka sekolah men rendah ...if uols tengok dalam Jdrama uniform yang kawaii² tue macam tue la.


Yang keduanya tak dibenarkan naik basikal, bus or motor gi gakko even di hantar oleh parents for safety, selalunya budak² ni akan ada group senpai / senior yang akan jadi ketua theyols bawa pergi dan balik ke gakko. Senpai selalunya darjah 6 but ikut gak route jalan tue. So tak boleh pilih sekolah yang jauh sebab kena jalan kaki. Situasi keta parking berderet² masa balik kat gakko macam tak Mesia tak ada kat sini. Selalunya jalan kat gakko ada time yang keta di nasihatkan kat lalu waktu sebab budak² pergi & balik.


Kat sini banyak sungguh bag yang kena beli...bag untuk bento/bekal, kasut, buku etc. But macam ni lebih sistematik gituew...kiter selalu boh dalam plastic bag rite ngeeee ??? Wajib beli umbrella juga selalu nya tinggal kat gakko if weather elok.  


antara bag yang kena beli...semua ada function nyer yang sendiri...ni half dah letak kat shogakko. Yang pic sebelah kanan tue set waktu makan....kain alas meja, handkerchief, kain lap meja lepas makan etc....wajib gosok gigi lepas makan...so kena ada cup ngan toothbrush juga.


Nasib baik la buku text kat sini semuanyer nipis² jer....



Pencil box plak selalunya kat gakko sensei dah cakap berapa batang pencil kena ada. Tak boleh bawa lebih...

kena guna pencil jenis 2B jer....dan wajib ada sebatang pencil color merah tue.


 Sebab baru ichi nen se / darjah satu so kat bag cover depan kena letak cover kuning tue....num 8 kat bawah tue untuk group jalan kaki dia....yang sebelah kanan tue alat white color fungsinya macam alarm keta bunyi...so if ada stranger yang datang rasa danger so kena tarik benda tue so akan kuar bunyi kuat. Alarm tue yang weols beli kebetulan yang shogakko kasi tak bunyi plak hari tue.




Setiap sesi class yang nak bertukar sensei or subjek ada break selama 10 minute....benda ni tak de kat Mesia rite selalunya belajar non stop kecuali waktu rehat. Then kat sini dapat susu..that why budak² sini cepat tinggi dan besar...jangan bayang orang jepun pendek² yer uols...yang pendek maybe orang tua² now thyeols lagi tinggi dari orang mesia taw. 


Kat sini if tak boleh gi gakko sebab demam etc kena kasi note or bagitahu kat group senpai so nanti senpai tu bagitahu kat sensei. Rasanya ituew jer yang ai ingat kot...ada yang kurang lagi rasanya... nanti sure ada tomodachi yang tambah kan bab ni.


Ai also have task yang kena buat untuk sebulan ni....kena buat rotation ngan okasan/mama dalam group number 8 jalan kaki tue. Setiap hari kena gi gakko tunggu theyols balik then bawa balik ngan yellow flag *auwww terasa macam jadi tour guide plak ngeee.....lambaian diva tetiba jer DUSH over oke* first experience gituew. So tak boleh lazy dah lepas ni....today is my turn wootz wootz!


yellow flag yang kawaii kihkihkih.


ready go to school. 












Thursday, April 12, 2012

♥ Nyugaku Shiki ♥

Alhamdulliah hari Selasa lepas Adam secara rasmi dah masuk shogakko/sek rendah now dia dah ichi nen se / darjah satu. Hari ni baru 2 hari dia gi shogakko, nampaknya dia seronok gi shogakko walaupun dia rindu tomodachi youchien dulu. But dalam class dia ada 3 orang yang from youchien yang sama. Simple sangat majlis nya, b4 masuk dalam hall weols kena terjah class dia dulu kenal ngan sensei/teacher then letak buku etc kat situ. Untuk ichi nen se cuma ada 2 class jer...dalam satu class ada 34 orang mean total just 68 orang jer...sikit khen?? if kat Mesia mau ada 5 class.


untuk event  ni weols kena beli set baju ni yang rega ¥7000 (RM256)  plus kasut hitam tu ¥3000 (RM113) pakai just half day jer....rugi giler...sapa yang ada lelaki nak masuk shogakko next year mintak kat ai jer baju ni na...rugi beli mahai2 pakai kejap jer....but smart ekkk hahahaha *mati la dok bebel bukan2 dan lagi puji ngeee*


 suasana dalam class....nasib baik Adam punya meja depan sekali betul2 depan sensei ngee...lucky dia tahu nihongo so dia tak perlu attend extra class nihongo for foreigners. Before this sensei memang ada kasi test macam-macam kat dia nak tahu level dia kat mana. Alhamdulliah dia pass. 


my kakkoi boy auwww!

with classmate & sensei

Adam kun tomodachi from Umegahara Youchien now @ Oyama Jjou Hoku shogakko & okasan yang skinny kecuali ai yang bamok....hentak kaki nangessss. 




Yang pasti rutin harian ai pun dah change sebab lepas subuh kena buat bento kat Adam & darl then si adam ni gi shogakko kul 7.30am. Terasa anak dah besar sangat baru nak masuk 3 series anak dah umur 7 tahun but my friend yang same age ngan ai anak dia dah umur 11 tahun tue lagi best sebab kawen lepas SPM. Tak rugi kawen muda ngeeee. 





nota ibu jari manis ai:: busy sket hari ni....sorry uols yang terjah sini tak sempat nak BW la...inshaAllah petang2 sket ai free ai buat lawatan rasmi kat umah uols na....!!! sayang ketat2 ♥













Wednesday, February 15, 2012

♥ Bag Sekolah Mahai ♥

Hola uols...lately mood nak berblog tak ada dalam diri , seriyess dah jadi buhsan dulu selalu dalam sehari 5-4 kali ai masuk blog now sehari pun susah ...owh mood tolong kembali kepada diri ku ini auch! Hentak kaki......So nak type laju2 ni nak cherita pasal beg sekolah since this April Adam nak masuk shogakko/sek rendah. Kat sini uniform sekolah tak ada macam kat Mesia tue cuma pakai baju biasa jer, just bag sekolah memang kena beli khas dan sedia maklum bag sekolah kat sini mahal giler.


bag sekolah Adam


If kat supa/mall yang jual bag sekolah ni selalunya paling murah ¥19000(RM734) - ¥59000 (RM2279) sila la pitam tengok rega gituew....gulp boleh dapat handbag coach seketul taw. Seriyess tak tipu last week terjah Jusco ada yang bag sampai 6man...issyyy berpeluh tengok rega gituew. Salah satu faktor mahal sebab kualiti bag tue.... selalunya budak2 sini beli sekali jer tahan sampai 6 tahun if rosak ada warranty for 6 years maybe tue faktor mahal. But ai ni kira bernasib baik sebab darl ni memang suka survey or beli barang kat ternet kebetulan last year waktu natsu/summer dekat website yang jual sekolah ni ada buat sale 50%-80% selama 2 hari so darl decide nak beli. Masa tue ai cakap kenapa beli awal sangat sebab ni baru bulan August next year bulan April baru nak masuk bila ai tengok rega from ¥35000(RM1351) jadi ¥9800(RM378) terus suruh beli la.....save budget weols....part masuk shagakko ni bag la yang paling mahal nak beli. Then ai tengok kat Nitori pun ada bag yang rega ¥9800 ni kena check juga kena make sure bag yang di beli tu muat ngan fail A4 tue memang rule.



ai suka pink color buat since si Adam yang nak sekolah kena beli black color la ngeeee...dush!



Kawan nihonjin cakap bag yang rega bawah 1man ni baru 2-3 tahun jer ada selalu memang 2man above. Bila dia tahu weols dapat ¥9800 tue dia memang terkejut sebab murah ngeeee. Lepas tue darl rembat luggage  jenis plastic keras tue untuk balik mesia nanti. Luggage jenis pun mahal if beli kat supa....if kat mesia 3-4 ratus juga la....lucky weols dapat ¥8500(RM328) jer....maybe uols kat Mesia tengok rega tue macam mahal but kat sini rega standard la. Lagipun ¥100 dah rm 3.8 ...kaya balik shopping sekarang kat Mesia ngeee.


ai nak pink color habis stok last ambil white color....weols dah ader luggage jenis ni color merah.


Sebab beli luggage jenis ni sebab tahan lasak sket sebab weols memang jenis suka sumbat macam-macam...dulu luggage jenis kain sampai terkoyak la sebab over weight.


siler abaikan muka yang baru baru bangun tidur tue...pukul 6.15am @Penang airport January 2011...nak tunjuk luggage tue jer ngeeee.









nota ibu jari manis ai::tengah bz now ...later ai terjah umah uols back k....hugs ketat2!!









Monday, February 6, 2012

♥ Ichi Nichi Newgaku ♥

Hola uols... ni cherita Jumaat lepas yang super busy tue. Kena gi shogakko /sek rendah untuk settle everything then ada taklimat sket buat parents ni . Lepas ambil Adam kat youchien terus ke shoggakko nasib baik la dekat ngan umah jalan kaki 3 minute jer ngeeee. Kali ni briefing pasal benda yang kena beli etc....


hall kosong lagi masa ni


budak makin kurang kat sini dulu ada 4 kelas now dah jadi 2 kelas jer...mari beranak hahahaha!!!!



kena lekat num rumah guna sticker kat map.....penin zzzzzz!


Yang beza sekolah kat sini ngan mesia ialah dalam dalam setiap area tue akan ada sekolah so dalam berapa KM wajib gi sekolah tue tak boleh pilih sekolah yang jauh sebab budak dari darjah 1 sampai 6 semua akan jalan kaki dalam group ngan senpai/senior so basikal tak di benarkan naik kecuali dah masuk sekolah menengah rendah. Apatah nak hantar guna keta lagi la tak boleh so system ni sangat different from Mesia. Cuma ai keciwa bila tahu english di ajar 10jam dalam setahun OMG macam mana nak improve eng if 10 jam jer di ajar dalam setahun sigh....so kena buat extra class kat umah la nanti sekali ngan BM.


antara barang yang ai beli untuk Adam masa kat sekolah...hikhik terbeli kasut dalam kelas yang rega sen yen actually kat kedai kasut leh dapat ¥380 jer..nangessss!


So since anak nak masuk sekolah ni wajib ada meja study la...so 2 malam lepas darl dah pasang meja tue...almost 3 hour nak siap kena cantum part by part. Meja ni beli kat nissen kebetulan waktu darl masuk website nissen tue ada sale 2 hour actually meja ni rega ¥15000 (RM668) but dapat ¥7040 (RM277) OMG murah kan...sebab darl selalu beli barang from nissen so dapat less ¥500 lagi so bayar just ¥6540 (RM257). Renyah giler tengok ai cuma tolong pasang drawer yang darl dah siap pasang kat meja hikhik.


berserak bilik kecik weols ngan segala jenis kayu dan papan.


Actually umah kat nihon ni semuanya kecik-kecil termasuklah bilik otel sebab tanah kat sini mahal dan terhad sebab japan kan island so jangan mimpi la boleh ada umah besar2 kat sini if ada kena bayar mahal giler. Dulu umah weols ada 4 bilik biler masa memula terjah sini terkejut nyapalah umah kecik sangat nangessss...so sepatutnya orang mesia bertuah part umah ni.


taraaaa dah siap meja study Adam cuma tak beli lagi lampu meja ngan kerusi jer....hon/book kat atas rak tue semua Adam punya...now dia suka membaca alhamdulliah ...minat dia sama ngan darl pasal alam & manusia...binatang etc..boleh layan national geographic berjam-jam taw.






nota ibu jari manis ai:: new experience lagi for us...ituew yang bagus tinggal di bumi asing ni. Syukur ngan apa yang ada alhamdulliah!













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...