♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Monday, April 23, 2012

♥ Dialog & Scene Tak Sesuwei Dalam CUN ♥

Sapa kat sini yang dah tengok filem CUN ??? Movie ni last year dah tayang but ai bab² ni always LATE ngeee. Malam sabtu lepas sempat tengok kejap sambil tengok f1 kat Bahrain tue, movie ni bagi ai memang lawak dan stereotaip. As anak jati Kedah rasa bangga sebab movie ni di buat kat kedah yang penuh ngan bendang aka sawah padi. Terbentang gunung keriang bagai oh rindunyer kampung ai...even tak duduk kampung tapi suasana tue ai tetap rindu. Plus loghat kedah yang pekat giler tue...credit kat faezah elai (penang) ngan kartina aziz (kedah) sebab both orang utara so mudah jer thyeols cakap kedah.




Cuma satu yang ai tak berkenan sangat ada part yang mana remy (atan) ngan faezah (tom) bercakap kuaq teruih bahasa yang bagi ai sangat kasaq! Memang ai tahu loghat utara ni bunyi macam kasaq tapi rasa dalam movie tapis la sket sebab movie ni untuk tontonan UMUM so budak² sure akan tengok juga. Bayangkan words macam BENGONG, PUNGKOQ, BODOH, BERUK, BETINA, CELAKA etc teramatlah tak sesuwei budak² dengaq sigh. Sebab apa yang terasa sangat sebab si Adam tengok jugak than dia tanya CELAKA tue apa mama??? *glup* every words yang weols tak pernah guna banyak dalam movie ni...last ai suruh dia main game jer dari kasi dia terus tengok movie ni. 


Macam kiter tahu budak² ni cepat jer belajar benda² tak elok...mengucap ai masa balik mesia dulu dengaq budak umoq 4 tahun mencarut bagai....si Adam tanya mama dia cakap apa adam tak paham la.....sebab dia tak biasa dengaq even dia cakap ngan kawan dia guna nama adam bukan hang aku! Perlu ingat drama or movie mempunyai pengaruh yang kuat ngan persekitaran kiter. Dialog dalam drama/movie selalu orang ikut but biarlah dialog yang elok. 




Dan ada 2 scene yang ai rasa kurang manis di tonjolkan kat dalam movie ni....macam kiter tahu budaya hidup kat kampung kat sama ngan bandar. Dulu masa arwah nenek ai hidup if balik kampung jangan harap boleh pakai seluar pendek sure kena tegur sebab tak manis orang tengok. Part TOM nyanyi ngan atan and the geng dia pakai seluar pendek sambil duduk terkangkang sampai nampak paha sangat tak molek. Walaupun watak tom tue macam tomboi sket tapi kena suaikan ngan keadaan kampung. Bukankah pakai jeans lagi elok dari seluar pendek gituew??? Then last scene atan & luna tue....ada ker patut perempuan lamar lelaki???? moden nyer zaman sekarang sampai perempuan jadi tak malu lamar lelaki then atan sebagai lelaki kampung tanpa segan silu peluk perempuan tanpa ikatan yang sah depan tok chah??? Ai letakkan diri ai sebagai orang kampung dan melihat movie ni sebagai orang kampung juga.....ai hanyalah ingin menegur bukan menghentam yer.....


Banyak gak manusia dalam movie ni yang pakai & makeup macam badut sarkas... makeup ntah apa² baju plak colorful bagai..seriously sangat annoying....tak tahan tengok salah satu scene vulu mata pelesu ning yang ala² ostrich tue...gelak guling² sampai nak muntah ngeeee! 


Ai tengok ramai yang review pasal movie ni but sorang pun tak tegur bab² ni *ker ai terlebih alert???*....semoden mana kiter hidup budaya & pergaulan kena la jaga. Ai tak kisah if ada yang cakap "alah kecoh la kau minah...kolot sangat" but ni adalah benda yang ai rasa perlu di tegur....semoga anak² kiter membesar ngan persekitaran yang elok inshallah. This is my personal opinion sorry if ada yang terasa *ai tak de feeling setazah yerrr*....peace no war ngeeee!














27 comments:

MizzTina said...

aiols xtgk pun citer ni..

yatie chomeyl said...

I pun suka cite ni sebab lakonan best faezah elai dgn adik remy ishak si manja tu. tp tu la, btol gak point2 yg u tulis ni

hazila said...

Akak dah lama tak tengok Malay Movie. Cinema pun dah lama tak masuk. Walaupun ada Astro First, still tak minat nak langgan. Masa org tengah giler pasal citer Ombak Rindu, akak tak effect langsung. Entahlah....

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

sungguh2..setuju sgt2...dan lg satu kdg2 cara lepa berlakon tu mcm teruk sgt la kan keadaan org kg ni...

pastu loghat lepa ckp pun tak best..yg faizah n kartina tak pa..lepa memang dah tau dah...

Nadiah Sidek said...

dah lama tak tengok drama/filem melayu >.<. setuju juga point tu. memang tak elok perkataan-perkataan tu digunakan untuk tontonan umum

farah wahida said...

owh...xpnah tgk..huhhu..

lieyalatif said...

suke dgn review u sis pasal citer nie....tu laa, byk gak citer2 yg 'telepas' mcm nie....tak elok tuk budak2 yg tengh nak belajar bercakap.....kadang2 lagi baik bagi dieorg tgk katun dari tgk filem2 kite nie.....

Anum said...

hahaha, macam best je ceta nie
anum x pernah tgk

ijayuji said...

Salam ayu! siyeesssss citer2 melayu mmg tak tgk skrg ni, ntahlah tak tahu kenapa aura korea byk sgt kat kepala ai :D loghat2 ni mmg ai fail lerrr, walau ai pun org jawa kdg tak phm jugak apa yg dibualkan dgn org2 tua ehehe...

LYAfrina said...

lya x pnh tgk pon lg movie ni..dh lama pon keluar kan.. mybe bahasa y dia guna terlalu sempoi..smpai x sdr, bahasa y digunakan agak krg ajar.. n ntah apa2 kan

kasihredha said...

SETUJU!!!!
tak patut keluarkan kata2 kasar...sebab akan mjadi ikutan anak2.

Kamsiah yusoff said...

salam
akak tgk Cun sbb filem ni masuk ASTRO hehe...
walau tak minat maya,jeling2 jugak la bila anak2 tgk...
ya...watak faezah tu...over sgt...dressing tak sesuai...takde ank dara kg kat kedah ni pakai seluar pendek mcm tu...

Asrul "iLham" Sany said...

bg sy cite ni biasa2 je... tpi kudos untuk director sebab imej2 sinema dia cantik :D

sitiezahim said...

bagus la u tulis ayu, sbb saya rasa kat msia ni dah makin berani buat cerita yg tokok tambah benda2 yg tak sepatutnya, mcm ombak rindu tu la. saya sokong movie kasik pengaruh besar pada anak2..cthnya izzah dok argue kenapa dlm citer melayu, konon suami isteri leh pegang (sedangkan pelakon je kan)..so better saya tak pasang langsung huhuhu...

Mun said...

hmm citer ni biasa je.. mgkin bg moon x de apa yg istimewa kot..huhu

Asmara said...

pengulas yg bagus Ayu ni. kalau ada masa nak tengok jugaklah movie ni. mcm best sbb ada maya karin. ;)

Aziela said...

TQ yer Ayu sbb highlightkan. Tu pasal lah akak tak review filem nie, sebab x larat nak listkan. 200% agree with your review...

sabar dubai said...

kak ayu kite xpnh tgk filem ni..tp bile kak ayu da ulas baaeeekkkk punyeee terbantot laaa nk tgk.....ehhehee

kurus said...

adakalanya mereka nie x der sensitiviti dlm bab2 nie .. kalau ikutkan memang x sesuai ..
tapi suke tgk lakonan maya dan remy nie ;)

Munn Jaafar said...

kak ayu tegur pasai kak ayu org utara kan? sy pun perasan gk scene2 jerit2 peluk2 tu..yg mekap tebal tu pun over la..kot ye pun nk tunjuk 'kekampungan' tp tu dah melebih2..terasa tau pasai cek pun org kmpung takdak lagu tu aih..

tu yg dok mengangkang si tom tu..kalau cek kena piap sekali dh..hihi

Unknown said...

dah keluar ke movie ni ayu..haha akak ni ketinggalan sikit ceterx2 melayu ni.kalau best nk juga tgk. betul la juga bahasa org utara ni kasar sikit tapi kalau sampai memaki hamun tu tak bagus la nk buat dlm filem sebab memang tk bagus utk budakx2.

ஜ miss klanika ஜ said...

mmg tak suka sgt ceta cun nie. tak best.

Hanamiko Sakura said...

yup.. setuju sangat.. sekarang ni tak minat sungguh tengok citer melayu..

Ria said...

Ria xtgk pn cite ni..byk sgt tertinggal filem2 melayu ni..ntah macam xbape nk layan la..kak ayu, le x bg emel kak ayu kt kite..thanx ek..reeya2312@yahoo.com..

tiefazatie said...

aah..agak la..ada gak ayat2 kasar nie..tp mmg lawak je cte nie..

Liza Razak said...

saya pon tgk jugak movie ni...cuma x suka mekap dalam movie ni.overdose sgt

happyichigo♥ said...

oh teruk sgt bahasa yg mereka gunakan ni ye..sampai adam tanya ape maksud perkataan tu...bahay untuk budak2 kan..kita sama-sama menjaga bahasa dengan anak kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...