♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Friday, November 18, 2011

♥ Mai Dengaq Cheq Guna Loghat Kedah ♥





Woot Woot AsSalam di hari Jumaat yang sejuk ni....makin samuii sebab tak der matahari + berangin tak sanggup nak kuar gerrrrrr. N3 kali ini just untuk suka-suka jer. Sapa sini orang kedah??? right click cepat ngeeeee. Ai memang orang kedah dari lahir sampai dah kawen ni tak pernah kuar dari kedah....issyyy sayang sungguh nak tinggai bumi jelapang padi tue but now sekali tinggai dah beribu-ribu batu...auwwww!


Dan kat mana pun ai berada loghat kedah tetap ai guna tak caya tanya la kawan-kawan yang biasa sembang ngan ai kat phone etc....hahaha lawak sometime thyeols terikut nak cakap loghat macam ai gak. Ntahlah ai tak reti nak cakap key ell even sebelum ni ai pernah keja ngan Datuk Aza selalu out station kat Selangor ngan Johor tapi loghat kedah gak ai cakap...sampai terkebil-kebil theyols cuba paham ngeeee. Bagi tak biasa dengaq orang kedah cakap sure cakap issyyy awat kasaq sangat bahasa ni....but reality nyer ituew memang loghat weols...sama ngan loghat kat negeri-negeri lain juga. Ada beza loghat perlis, kedah dan penang. 






Words yang selalu di guna ::

lapaq(lapar), 
ayaq(air),
sua(hulur),
tibai(pukul), 
loqlaq(tak senonoh),
ciwi, 
segan(malas/malu),
cheq (saya), 
nyok(kelapa),
hangpa/depa (mereka),
tidoq(tidur),
menyebai (merajuk),
sat(sekejap, gerek(basikal),
merap (manja), 
kebuloq (lapar),
kelippoq2 (pejam celik),
menyorok (sarapan), 
cemuih (bosan), 
habaq (bagitahu),
beletiaq/pot pet pot pet hahahaha
cabai besaq (cili besar)
cabai melaka (cili padi)
qheyau (menangis)
gheti (reti)
kupang (sen)
mamai (mimpi)



Actually ada banyak lagi dan ada yang ai jarang guna tapi kebanyakan loghat kedah selalu ada Q kat belakang....kena pronouns betui-betui taw. Dulu masa arwah tok ai ada dia selalu cakap loghat kedah pekat giler. Contoh adek hang dah menyorok ka belum (adek dah sarapan ke belum). Awat hang nak pi tanjung plak (kenapa awak nak pergi penang lagi) selalu orang tua-tua sebut tanjung tu merujuk kepada sebelah pulau....sebelah tanah besar plak di sebut bagan contoh kat area butterworth, seberang perai etc. Dalam filem anak mami pun ada dialoq ni issyyyy ayaq apa ni?? manis meleciah aiiii (air apa ni manis sangat la) lori gula pecah ka or else ayaq apa ni tawaq hebiaq (air apa ni tawar giler) ?? Selalu juga orang tua-tua ni refer makan sama ngan minum ya...jangan confuse.


Mukalu nak confuse lagi dengaq ayat ni plak...awat hang dok heiwan sangat ni (heiwan...tak sure eja betui ka tak ni...refer ke bersuka ria...macam dengaq lagu ka menari ka...) selalu kena ngan arwah tok ai juga ngeee. But jenis loghat ni ikut juga dearah taw....sometime tu if pekat sangat ai pun tak berapa nak paham hihihihi.


Dulu masa terjah umah ayah angkat kat kg simon penggerang johor ....mak angkat ai suruh  tolong ambilkan lada nak letak dalam kari ni.....yes cheq ngan confident nyer pi ambil lada hitam la....lepas tu mak angkat cakap la ni bukan lada....terkebil2 mata ai masa tu...dalam hati kata nak lada ni la lada...lepas tu dia gi ambil cili padi....terus ai tepuk dahi...lepas tu ai cakap la ....mak cheq panggil lada ni cabai ngeeee...lepas tu dok pakat gelak berjemaah.


Rasa dalam loghat dalam Mesia ai kurang faham if guna loghat kelate, tganu, sabah & sarawak....yang sebelah borneo tu lagi la loghat lain benar kan...sebab dulu masa ai study batch ai banyak from sabah dan sarawak biler thyeols duduk dalam group cakap loghat negeri masing-masing ai mampu dengaq jer tak mampu nak paham ngeeee....so lepas ni boleh belajaq kot sebab bakal abang ipaq orang sarawak ngeee. So uols plak macam mana??? masih ingat ke loghat negeri masing-masing or semua dah jadi orang key ell cakap pon kena key ell la????




nota ibu jari manis ai::semua gambaq cheq cedoq(copy) kat pak cik gugel~





Thursday, November 17, 2011

♥ Kaka Ita Yang Pemes ♥

Hi uols hari ini ai nak share ngan uols antara orang mesia yang fofuler kat sini... Sebab apa ai kata fofuler...sebab kaka ni selalu ada dalam tv every week dalam rancangan variety show ini. So proud sebab kaka ni yang wakil mesia ...orang melayu beragama islam dan sorang dia jer pakai tudung auwwww.


Kaka ini banyak masuk dalam TV kat nihon cuma ai selalu tengok dia dalam Sekai Bantzuke kat NTV hari selasa jam 9 malam. Ada 20 orang foreigner yang wakil negara masing2. Rancangan ni macam theyols buat survey la...example soklan....negara manakah yang paling ramai suka makan petai??? so akan kuar result kat situ so top 1 2 3 kena jawab la....katakan mesia 1st paling ramai makan petai so kaka ni akan explain nyapa orang kiter suka bangat ngan petai.....syok taw ngeee.Maybe orang di Mesia tak kenal but almost mesian kat sini sure kenal ngan kaka ni....maybe kanto area la. 



waktu di set NTV

kaka ita with regular for sofbank CM....that guy sangat pemes kat sini...hampun namanya ai tak hingat...

ngan bobby (Nigeria) mamat ni pow pemes selalu masuk dalam variety show gak

 oppa from korea....not bad leh jadi pelakon sebab muka leh jual ni...tetiba pangey oppa...mamat ni taraf hadek jer ngan ai...nangesss!

masa ini la 1st time ai saw kaka ita on tv....eja nama marsita hikhikhik....


Bangga anak jati Johor orang jawa ni leh masuk tv kat nihon...bukan senang oooo...kaka ita ni ai tak pernah jumpa face to face lagi but setakat yang ai tahu dia sangatlah friendly like me (perasan) ...berkawin ngan nihonjin dah anak teruna ngan anak dara yang besar panjang taw....duduk kat Saitama...umie uols kenal tak ngan kaka ni (sempat lagi tanya ni ngeee). But kaka ita cakap next week dia cuti so muka dia tak dak dalam TV nanti...13 dec ada balik. Arigatou kaka ita sebab kasi permission guna all da pics. Moga terus succeed ekk...hugs ketat-ketat! 



nota ibu jari manis ai:: dengar kata Hannah Tan nak buat album kat nihon ek??? hope berjaya la...






Wednesday, November 16, 2011

♥ Otanjoubi Omedetou Adam Kun ♥



♫♪ hepi bufday to u ♫♪ 
♫♪ hepi bufday to u ♫♪
♫♪ hepi bufday 2 Adam Najmi ♫♪
♫♪ hepi bufday to u ♫♪


Alhamdulliah genap 6 tahun usia Adam hari ni 16-11-2005 - 16-11-2011
bersyukur di kurniakan Adam yang sangat bijak dan banyak mulut ni
terasa macam semalam jer baru lahirkan dia
pejam celik dah besar
mean mama makin tua...uwaaaaa


Today tak ada buat apa-apa
InsyaAllah jika diizinkan oleh NYA sabtu ni 
nak buat makan-makan sikit kat tomodachi dia
tak der la grand or meriah macam kat mesia
sebab sini umah kecik2 jer, nak jemput ramai takut tak muat plak
moga Adam membesar ngan sihat, kuat, cerdik & jadi anak yang soleh
papa & mama sayang ketat-ketat taw
be good boy oke~



rindu  sangat masa dia kecil dulu....nak letak video masa dia dok nyanyi or cakap si mama sexy plak ngeeeee.


pic last year





nota ibu jari manis ai::pasal nak private blog tue ai tak decide lagi macam mana...now hati berbelah bagi sebab ramai yang merayu jangan private...cian plak sebab ramai kawan-kawan ai kat fb pun tak der blog...InsyaAllah akan keluar result yang terbaek buat semua nanti ngeee!







Tuesday, November 15, 2011

♥ Private Blog ♥

AsSalam uols terkejut opocottt tak ngan tajuk di atas??? ting tong sekai ai pun nak opocott ngak la ngeee. Seriously benda ni ai dah fikir lama taw bab nak private blog ni atas faktor2 tertentu (kalah ayat retis ni)...tujuan utama ai berblog ni bukan nak fofuler, kejar traffic etc just setakat nak coret sesuatu buat papatan di masa depan (euwwww ayat)....ituew sebab nya follower ai tak ramai sebab ai tak amalkan ai follow u then u kena follow me back...ai follow blog yang ai rasa tertarik just lately jer ai try follow balik blogger yang follow ai ituew.


Tanya darl ok tak ai privatekan blog ni ....dia cakap depend la mana rasa ok....urmmm niat di hati dah lama nak buat ni but if ai privatekan cuma mampu invite 100 readers jer terjah sini. Alah dalam 2++ follower kat sini tak sampai 50 orang pun yang selalu comment kat blog ai ni but ai tahu ramai yang jadi silent reader dari UV yang ai tengok every day.


Tak ada reason pun just terasa nak buat jer....sometime bila blog dah makin terdedah kat luar sana boleh jadi macam-macam example pics kena curi oleh orang lain,  macam semalam ada sorang blogger tu (ai kasi nama dia T jer) DM ai kat twitter tanya ai ada gaduh ker ngan sorang blogger tu??? ai confuse bila masa la gaduh ni sebab sepanjang ai berblog ni tak pernah la ai kecik hati apatah lagi nak gaduh honestly ai enjoy taw.


Then dia citer kata dia perasan yang kawan blogger ai ni dah remove my link kat blog tue....ermmmm apa benda ni???ituew ayat pertama masa ai baca DM si T tue....alah setakat remove link pun nak jadi isu besar ke?? bila T suruh ai terjah blog tue so ai terjah la nk tengok....urmmm yes dia kawan ai ....dulu memang dia letak link ai kat blog dia now dah HILANG so what??? Benda ni terpulang kat diri masing2 nak letak link ke tidak....dan ai perasan yang ramai letak link ai kat sidebar theyols but ai tak mampu nak letak semua link tue kat blog ai sebab ramai sangat so ai hope theyols pun tak kecik hati na.....but sebagai tanda terima kasih ai selalu terjah umah theyols comment. Maybe nanti ai buat web pages referring untuk theyols....benda ni pun baru ai noticed last week bila ai terjah satu blog tu kira 1st time la but ai terkejut dia letak link ai kat umah dia... bila di tanya dia cakap selalu terjah but selalu jadi SR jer nak comment tataw nak type apa , see tak semestinya jadi royal reader baru letak link khen.....


Isu nya di sini jangan la perbesarkan isu yang remeh macam ni....ai selalu cuba positifkan otak ni tak mau fikir bukan-bukan sebab once kiter baca benda tak elok ianya akan mempengaruhi hati....setan (hambik ko ayat) ni banyak selalu jer nak menghasut suruh jadi manusia yang keji so benda ituew ai cuba sangat nak elakkan... ai seikhlasnya berkawan ngan semua orang tak kira la tua, muda, kaya, miskin, tinggi, rendah (issyyy melalut dah ni ngeee).


InsyaAllah next week ai akan decide nak private or not now dah 68/100 nak buat la....if ai nak buat uols yang nak terjah sini kena kasi email la untuk ai invite ekkk......ada ker nak baca ni??? cherita merapu jer hahahaha


So untuk uols semua....hanya kata-kata ni mewakili hati naluri ai...ouchhhh~

sayang ketat-ketat yer...







Monday, November 14, 2011

♥Edisi Kenangan Mengusik Kalbu♥

Hye uols tetiba jejari runcing montok ai tergerak nak type pasal memory zaman muda mudi dahulu kala, saat diri baru nak mengenal dunia gituew. B4  tu nak tanya zaman uols kat sekolah or kat campus ada geng tak??? ai start form 1 dah ada geng sendiri sebab dalam class weols masa ituew kebetulan cuma ada student melayu perempuan 4 orang jer yang selebaihnya classmate cina ngan geng lelaki la. So gi mana pun weols 4 orang jer...dari situ weols rapat...geng ai ni di panggil ngan gelaran GENG BLACK...ouch bunyi yang samseng jer rite. Nama tu actually geng senior lelaki yang kasi kat weols sebab geng ai ni waktu PJK selalu pakai tshirt color itam ngeeee (itam ituew menawan hocayyy) b4 ada tshirt rasmi sekolah masa itu.

Geng Black masa form 3


Geng black terdiri dari ai, yantie, fieza & ina...waktu tue memang ramai nak berkenalan la...nak ambil jadi adik angkat sampai terangkat2 pon ada taw....dush OVERRRR. Weols berkawan dari form 1 until form 5 alhamdulliah still same class. Geng weols pun pemes kat sekolah  hikhik....tapi yang paling ai tak lupa masa nurse datang sekolah nak kasi injection apa ntah but ai ni jenis yang takut jarum so lari masuk dalam toilet ngan harapan tak kena inject....tapi nasib malang sebab arwah tuan pengetua datang tarik ai keluar gi jumpa nurse ....masa tu nak nagess dah bukan sebab takut kat pengetua tapi takut tengok jarum yang panjang tue....semua orang dok gelak berjemaah kat ai....ada patut??? form 1 sampai form 3 still weols noti lagi but bila masuk form 4 ai ngan fieza di lantik jadi pengawas....so perangai dah kena berubah....berubah ke arah lebih baik...noti bukan bermakna jahat....noti weols pun tak pernah ponteng class taw.


Actually masa sekolah ni macam-macam ragam tau....kawan ai si yanti tue memang fanatik giler ngan zamani SLAM semua citer pasal zamani jer....sampai calon somi untuk nak pilih zamani....aduhai biler ingat balik memang nak gelak guling2 punya la. Dulu masa sekolah weols buat buku untuk salin lagu jer siap tampal pic penyanyi lagi....(uols pernah buat tak???) banyak gak la....orang lain sibuk study weols sibuk halaf lagu...issyyy buruk giler perangai khen...but ini perangai waktu form1 and 2 jer.


reunion geng black tahun 2008 ada yang berubah tak??? ai waktu ni kurus lagi hocay...now nangessss!


Bila habis SPM memang sedih lepas tu geng black dah bawa haluan masing-masing. Alhamdulliah ai dapat sambung study masa tu....tak sangka juga masa masuk UNITAR ai juga ada group sendiri terdiri dari 4 howt gurl (howt ker????) howt la sebab sweet 18 gituew...4 orang weols ni orang gelar geng model (muntah ijau)....bukan weols kasi buat theyols yang panggil kebetulan 4 orang weols ni free hair then suka berfashion....gi kuliah pakai heels 4 inci mau tak fengsan lecture tengok khen.....


geng masa kat UNITAR farah, ain, ai & aida....sweet 18...spec ijau uwaaaa style spice girl  ngeeeee.


Apa yang ingat weols selalu kena pangey masuk dalam bilik ustaz banyak kali gak la dia kasi tazkirah kat weols...ustaz weols ni sangatlah soft spoken taw....dia tak ada la nak marah ker apa just nasihat cara pemakaian hikhikhik....remaja umur 18 ni hati selalu memberontak taw...suka try benda baru...so sangat penting perngaruh kawan masa ni....1st semester apa yang boleh cakap result weols agak teruk....meraung giler then lepas tue dah janji nak study baik2 ngeee then farah kena pindah tinggal kat Melaka dan Ain plak kena tangguh sem sebab ada problem then last ai ngan aida jer sampai la weols konvo tahun 2004.



My BFF aida


Persamaan dalam geng ai ni...dalam 4 orang mulut ai paling peramah sekali...yang dua lagi mesti pendiam...alah macam dalam drama or movie la...geng yang ala2 gedizzz (dush) banyak mulut ni orang tak berapa nak suka khen....buat weols tak ambil tahu hal orang lain pon just weols jer....ramai yang cakap ai ni sombong but bila dah kenal baru la tahu ai ni terlebih peramah gituew....so jangan judge dari muka ai jer taw....muka sombong tak semestinya ai sombong....ehemmm! Ituew la antara coretan keindahan zaman muda...now semua dah berubah alhamdulliah...






nota ibu jari manis ai::theyols antara geng yang terbaek pernah ai ada....hye uols rindu ketat2 nak berjimba macam zaman muda dahulu kala ngeeeee.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...