♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Friday, February 18, 2011

♥SUPERMOM ♥

Zaman sekarang susah nak jumpa ibu yang sanggup beranak ramai. Bagi ai if dah lebih dari 5 orang tu dah cukup banyak. Tapi al kisahnya masa ai balik cuti Mesia hari itu ai sempat attend reunion PUTERI so sempat jumpa dengan mantan puteri penaja dulu iaitu kak ina. Terkejut ai dengar dia ada anak 8 orang yang sulung darjah 2 yang bongsu baru 2 bulan, speechless ai....

Yalah zaman sekarang semuanya mahal tapi alhamdulliah kak ina anggap anak adalah rezeki dari Allah. Kalau zaman dulu anak 8 9 orang ni biasa jer tapi kalau zaman sekarang kita melihat sebagai luar biasa. Ai memang kagum ngan kak ina ni yalah yang ai baru ada sorang anak ni pon dah pening bagai nak rak ini kan pula anak 8.

Tapi ai yakin mungkin kak ina akan melalui cabaran waktu anak-anak hendak membesar tapi bila dah besar kak ina akan hidup senang. Dia cerita keta pun kena beli yang besar dan luas yalah termasuk kak ina dan husband kira 10 orang if beli keta biasa mana muat so kena beli MPV. Itu tak termasuk part bujet untuk sekolah akan-anak dan agak mencabar waktu nak raya....beli kain sepapan buat baju raya.

Memang sesuai gelaran SUPERMOM ni sebab semua dia buat sendiri...no maid. Ai dapat bayangkan hari-hari yang dilalui oleh kak ina penuh dengan suara anak-anak. Sepatutnya kerajaan bagi la sedikit bantuan kewangan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai macam ni sebab hari ni barang semuanya mahal.

kak ina dan keluarga waktu raya last year...masa ni kak ina tengah pregnant anak ke 8.

Buat kak ina anda adalah sumber inspiration wanita hari ni.

Wednesday, February 16, 2011

♥Jika duit jauh dari langit ♥

Entry ni tak kena mengena dengan tajuk di atas...itew cuma mimpi di awal pagi jer...hikhik
Pagi ni busy sikit pergi youchien/kindergarten untuk jumpa sensei..
panjang berjela dia explain so for register kena bayar 7 man
(Rm2500) monthly pula 3man 1sen (Rm1100)...gulp!

Berpeluh ai dengar bapak segala mahal youchien kat japan ni sebab swasta punya if government murah banyak(tapi youchien mana gov buat), tapi demi pendidikan anak tersayang terpaksa redha juga. So part makan ai kena buat bento kat Adam sebab banyak tak boleh makan...kena merajinkan diri mencari recipe nak bagi budak kecik ni makan!

Duit boleh di cari dan memang ada saving untuk
education Adam. Lagi pun nihongo dia dah boleh cakap cuma kena bagi formal dan teratur ayat yang di gunakan.

Selalu dengan papa dia cakap nihongo ngan ai bahasa melayu dan english. InsyaAllah start bulan April depan...meaning ai sunyi la dari pagi sampai ke petang. Sebab youchien sini start pukul 8am habis pukul 2pm, rasa lagi panjang dari tadika kat mesia ek.



ini la rupa youchien itew...tak ramai sangat student saja pilih gitu sebab nak bagi senang sensei focus nanti hikhik.



Monday, February 14, 2011

♥ Puding Caramel ♥

Tak pernah ai buat entry pasal recipe but ada kawan request recipe ni so ai letak kat blog senang dia refer nanti. Actually senang sangat nak buat puding caramel ni, dulu masa kat mesia bila ada makan² ni antara menu wajib yang ai buat sebab kawan² suka makan :))


gambar tak berapa nice sebab taken from Iphone jer

Bahan²::

1 liter susu segar
8 biji telur
200gm gula

Bahan untuk caramel ::
200gm gula

Cara
²::

- goreng gula tanpa minyak hingga cair keperangan, kemudian tuang ke dalam bekas.
- satukan susu dan gula kemudian pukul hingga gula larut
- masukkan telur dan gaul hingga adunan menjadi sebati
- tuang adunan ke dalam bekas yang berisi caramel
- bakar pada suhu 170 menggunakan kaedah bain marie selama 30-35 minit.
- sejukkan dan sedia di makan.

taraaa senang dan simple jer bahan
² nya kan... uolls boleh control banyak mana gula yang suka...ni untuk acuan yang bulat besar yer.


♥ Ramai bertukar status di bulan feb ♥

selamat pengatin baru
selamat berbahagia
selamat ke anak cucu

selamat sejatera

Ramai betul kengkawan sedara mara yang memilih February sebagai tarikh penamat zaman bujang :)). Antaranya classmate ai masa kat UNITAR dulu nana dan zura. Congrats to both of them. Sukanya tengok gambar nikah dia orang yang sangat cantik dan suci itew. Teringat plak detik² nikah ai dulu hikhik...4 kali lafaz taw...gemuruh agakanya mr husband ai masa tue. Ai pun tak sempat nak soal selidik dia orang lagi...kasi dia orang honeymoond dulu :-p

susah nak cari gambar nana yang sorang dan pandang camera...maybe photographer tak upload lagi.


Nana selamat nikah pada 5 Feb 2011...manakala zura pada 11 feb 2011. Frust juga tak boleh attend nikah dan kenduri dia orang. Tak per ai doa dari jauh jer la ek...


zura...she look gorgeous rite...


Bestnya kawen zaman sekarang ada baju lawa² dan pics semuanya cantik²...hire photographer yang melatop gitew...ai nikah 7 tahun lepas bukan kata baju tak cantik cuma design sekarang lagi unik dan lawa la. Just part gambar kawen jer macam tak best sebab tak nice sebab DSLR masa tu tak ramai yang pakai dan photographer tue tak edit pow pics kawen macam orang buat sekarang :((....but ai tak pernah menyesal kawen awal sebab maybe jodoh sampai awak sebab after ai konvo 4 bulan ai terus nikah. Ai antara yang nikah awal umur baru 22 tahun (wink*wink)...nak tempek pic kawen rasa tak sesuai pulak sebab dulu ai freehair now dah bertudung :))


Next week pula my bro in law nak nikah...sedey tak boleh balik, lagi sedey dengar sora mom in law huwaaaa. Buat yang bernikah bulan ni ai doakan semoga bahagia hingga hujung nyawa...setiap hari adalah hari kiter mengenal dan belajar tentang diri pasangan kita...percayalah selepas kawin baru anda kenal true color pasangan masing
². Dugaan silih berganti bak kata lagu P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit nikan pula somi istri, tempuhi la dengan tenang dan tabah *________*.

note::
Next year tunggu anak sapa kuar dulu hikhikhik.




Saturday, February 12, 2011

♥ Almost Perfect ♥

No one is perfect but for me she is almost perfect. Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah(PAIPAS) crown princess of Brunei. Muda lagi baru umur 23 tahun tapi dah ada seorang puteri dan seorang puteri. Badan still macam anak dara (mak jelezzz tengok).
Ai suka sangat cara PAIPAS tudung sangat simple tak der selempang atau belit sana sini dan selalunya PAIPAS pakai baju berbunga tudung kosong @___@.


Simple tapi tetap anggun, cantik dan menawan. Jarang tengok orang mesia pakai tudung gini kecuali mantan Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Tuanku Azizah dan Datin seri Azizah.

Tapi if tengok kad raya yang di kirim dalam kalangan kerabat di raja Brunei almost pakai tudung gini. But bak orang kata kalo orang cantik pakai apa pun cantik (tak gitew?). Apa yang ai baca kat forum ramai orang Brunei suka PAIPAS ni sebab katanya sopan santun, sangat merendah diri dan selalu bergaul dengan rakyat jelata. PAIPAS like Lady Diana.

2 pics ni ai suka sangat sebab terserlah sifat keibuan PAIPAS, selalunya VVIP ni jarang nak bawa atau dukung anak sendiri selalu kasi pembantu buat kan...but not her...*__^


Just satu ai tak berapa berkenan sebab jurumakeup tue suka make up PAIPAS jadi mature tang kening dan lipstick suka pilih color gelap...ai rasa if pilih natural color lagi nice right sebab dia masih muda gitew!

yang pic ni macam budak belasan tahun yang masuk PLKN jer...comey

PAIPAS wit her bro jejalan beli juadah berbuka puasa kat bazar ramadhan. Siapa cakap princess tak boleh gi tempat gini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...