♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Thursday, May 31, 2012

♥ الحمد لله ♥

Praise to Allah for everything, lately lega sket perasan ai tentang shogakko/sekolah adam nie. Dulu masa dia memula masuk shogakko risau juga macam mana dia nak bawa diri even before dia masuk youchien/tadika *rasa semua okasan gituew kot...over hahaha*. Ai risau dia paham ker tak sensei ajar sebab masa kat youchien sensei bukannya mengajar pun banyak ajar cara berkawan ngan bergaul ngan tomodachi/friends jer. Di sini tak der pra sekolah macam kat Mesia tue...semua start belajar bila masuk ichi nen sen/darjah satu sebab kat sini nihonjin tak nak kodomo/kids stress so theyols ikut flow yang ada.


Adam boleh cakap nihongo since umur 5 tahun before dia masuk youchien lagi then dia practice cakap everyday ngan darl so bila masuk gakko ni ai risau dia paham ker tak apa yang sensei/teacher ajar tue....boleh cakap ngan paham benda yang berbeza plus dalam nihongo yang ada beribu² words yang kena hafal dan faham tak semudah ABC macam eng & BM *seriyess tak tipu bab ni*. Since dia bawa test paper yang sensei buat kat gakko tue lega sket tengok result dia.


bukan niat nak menunjuk or RIAK yer *Allah tahu NIAT saya* setakat menunjukkan yang si Adam ni dah faham soklan & boleh focus....perasan tak cara sensei making paper pun lain from mesia.


Kat sini tak der segala jenis exam macam kat Mesia tue tapi ni test seminggu sekali yang sensei bagi hati ai berlagu riang alhamdulliah segala kekusutan dah terlerai *hamboiii ayat tak tahan hahaha*. Sebab dulu ai tengok dia macam susah nak focus dalam class taw dah berapa kali ai tegur dia bila tanya sensei plak dia kata adam ok jer dalam class. Ai sentiasa berdoa agar di cerahkan hati & fikiran *ayat apa ni???* adam dalam menerima ilmu ni, sebab NIKMAT ni kejap jer Allah boleh beri kejap juga boleh di tarik so apa yang dapat bersyukur la. Since ada masuk ichi nen sen bulan April yang lepas every day ada jer homework yang sensei kasi min 1 mix 4, memula masuk 2 minggu pertama semua arahan or homework yang kena buat sensei kasi kertas but lepas tue student kena tulis sendiri.



contoh kat sini ada cakap kena buat homework apa...tulisan cakar ayam si adam ni, yang sensei mark merah tue ada salah tulis. Fening ai tengok lagi fening nak baca ngeeee!!


Berkenan ngan bento/bekal ai memang follow list menu shogakko punya since youchien lagi ai buat gituew sebab tak nak kasi adam rasa different menu dia ngan menu tomodachi. Nasib baik juga dish orang 日本 ni semua simple² belaka masa ryori/masak pun kejap jer.


list menu shogakko untuk sebulan. banyak **** kat ataih kepala nak baca ni ngeee!



nak elak sang isteri fening sebab memanjang terkebil² nak cara kanji tue darl buat list ni siap bergambar lagi...ureshii ありがとう ketat² darl sebab mudahkan keja ai cuma search recipe jer if tataw nak ryori macam mana. 


Menu shogakko ni tak payah buat bento kawaii² macam kat youchien dah, lega sangat tak payah ai menjadi kreatif nak menghias bagai. Zaman kawaii ni dah berlalu since dah masuk ichi nen sen ni ai loikeeee♥♥


contoh bento adam kun waktu youchien dulu


ni plak contoh dish yang budak shogakko makan....full meals usually consist of bread (or increasingly, of rice), a main dish, and milk..ai just pay for milk, if receive a full lunch u must pay ¥7000(RM280) per month. Now ai thing the reason nihonjin makin tinggi ialah MILK hikhikhik.


Banyak betul experience yang ai lalui kat sini, so excited wootz wootz. Ntah berapa tahun lagi untuk tinggal di sini even our target nak balik before adam masuk form 1 tapi macam kiter tahu `hanya mampu merancang Allah yang tentukan` tapi mohon di permudahkan segalanya inshallah (((o(*___*)o)))  


dah simpan everything barang adam kat youchien dulu dari uniform, kasut, set bento, book etc for us benda ni very precious, our memories in japan.  








Wednesday, May 30, 2012

♥ Kek Lapis Choco Horlicks ♥

Sepatutnya today nak buat WW tapi dah promise ngan kawan (edah,lia & fatin) nak tempek recipe kek lapis choco horlicks so layan jer la ekk...actually baru 2 kali buat...kek ni senang sangat nak buat just renyah nak melapis tue jer...since periuk kukus ai terbakar hari tue ai agak fobia bab² kukus *lap peluh* ni but terpaksa buat gak sebab TERINGIN ai plak memang jenis suka try new recipe if kena ngan tekak memang akan repeat buat 3 4 kali la if tak kena ngan selera memang sekali jer la ngeeee....darl ai jarang makan cake but kek lapis ni laju plak dia makan. Recipe ni ai ambil kat blog kaka yatie tak berapa lawa kek ai compare ngan kek kaka yatie but rasa 5 star otel gituew...ai recommend uols try la buat sekali...sekali cuba berkali² nak rasa again, again & again uwaaaa BAMOK ai nanti.


1st time try jadi tapi banyak lubang² jerawat...kira 1st time juga bikin kek yang berkukus gini



Kek Lapis Choco-Horlicks

Bahan-Bahan
(loyang ai jenis tinggi and kecik jer, tak ingat saiz apa)

250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis-Yatie letak 1/2 cwn *ai letak suku jer*
70g horlicks- Yatie letak 1/2 cwn *same*
30g serbuk koko- Yatie letak 3 sudu besar
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum *ai guna tepung gandum sebab tepung HK x de*

Cara-Cara

 1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
 2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
 3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
 4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
 5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
 6. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
7.  Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir.


2nd time try pic semalam....yang jadi bentuk luv♥ tue guna bekas pudding hahaha 


Selalunya if ai buat kek ai kurang kan sugar buat if uols buat kek lapis it`s ok manis sket sebab lepas kukus rasa manis tue kurang dan sukatan make sure sama ekkk.

So sapa kat sini yang ada instagram ekkk??? ai baru jer buat acc instagram *alahai baru tergerak hati nak guna..orang lain dah bertahun buat*  tak sampai 3 weeks but pics dah 36 hahaha jenis yang suka snap pics instagram ni sesuwei sangat la m(._.)m .

 

nama pun lady chenta so harus ada ♥♥♥♥ gituew auwwww! banyak pics food jer  (@ p @)






Nota ibu jari manis ai::all pics edit using instagram









Tuesday, May 29, 2012

♥ Proud To Be Housewife ♥

Hari ini nak citer pasal housewife bukan desperate housewives yer uols, dulu masa memula kawen umur ai baru nak masuk 23 tahun masa tue memang rasa rendah diri sangat biler jadi housewife yalah memuda lagi lepas habis konvo tak sempat keja dah kawen terperap dalam umah keja masak, kemas etc. Sedangkan my friends future study ke master etc or dah keja. Biler jumpa wife kawan² darl memang rasa kerdil bila tahu ada yang keja engineer, doctor, lecture, lawyer etc. Biler cakap kat darl nak keja dulu dia bantah sebab dia kata dia mampu tanggung lagipun not easy nanti cepat letih, then bila dia buka mukadimah pasal benda ni ai terpaksa akur. Biler preggy lagi la niat nak keja tue terbantut.  When you come across old friends and the first question mostly is, “are u working” and it is quite embarrassing for me *dulu la* When ai meet new people, the almost second question is about work, and the answer housewife then u can hear word “oh!”. That normal situation for me, who agree with me???




Now dah masuk tahun ke 8 ai be housewife ..feeling?? Most of the times ai am proud, and confident, ai am happy that ai am there for my son when he come home, ai am there as a guide and as a teacher for him, have time to be there for my friends, am my husband's best friend feel so good  sebab everything ai handle sendiri...perubahan ketara haruslah bab masak ni. Dulu memula kawen ai just master buat asam pedas jer hahah ituew pun sebab my fav dan senang...yalah dulu zaman muda harus lah study & berjimba ngan tomodachi/friends, bab masak memang my umi yang setel hukhuk dasar pemalas. Biler kawen ngan darl, dia suka sangat makan gulai/kari...biler tahu fav dia tue gulp telan ayaq lioq jer sebab rasa susah sangat nak buat kari masa tue. The best option masa tue ai beli instant curry jer, but rasa sangatlah tak sedap...seriyesss! So masa tue baru lah rajin nak beli recipe book bagai...yalah tahun 2004 mana la lagi blog masakan macam sekarang ni. So masakan ai dah improve dari hari ke hari. Sebab bab masak ni tak boleh give up bila sekali masak tak jadi kena bikin lain sampai la jadi. Kiranyer dari benda sekecil ke sebesarnyer kena handle sendiri....ai rasa kepuasan bila ada anak nampak dia membesar di depan mata sendiri...tak perlukan orang lain tolong jaga etc.


Ada juga kawan yang luah kat ai dia actually penat keja if somi dia mampu memang dia nak jadi housewife jer tapi dia cakap kewangan tak cukup dah la tinggal kat bandar besar macam key ell tue. Sesudah subuh dia berniaga nasik lemak pukul 8am pergi keja... balik dari ofis keja kat bazar plak tengah malam balik then buat benda yang sama hari². Weekend jer mampu BERNAFAS sket...subhanallah ciannyer dengaq. Ituew la nasib manusia ni berlainan apa pun rezeki yang DIA berikan bersyukurlah. Sebab macam tahu jadi housewife ni tak der masa ofis hour bagai sebab keja always ada...working 24/7, being there for every one. Memang wajib la lepas balik keja kena masak setel anak² etc so penat tue dah jadi double. Ai salute kepada mom² yang keja tapi rajin masak ect...bukan mudah sebenarnya nak buat banyak keja dalam satu masa.


Zaman sekarang modern housewife semua nyer berpendidikan ada diploma,degree,master even PHD pun ada so rasa rendah diri tue tak perlu ada sebenarnya, sebab keja gini palahanya berlipat kali ganda setiap kali masak buat somi & anak². Jika somi mampu keja sorang apa salahnya khen....macam ai start 2007 darl bagi GAJI every month kat ai tak der la banyak sangat RM850 jer sebulan cukup nak beli something buat diri sendiri alhamdulliah bersyukur sangat. Selalunya dia bank in dalam bank terus, macam sekarang ni dia bank in terus kat bank di mesia cuma di up sket sebab dah keja kat 日本. Bezanya ofis ai kat umah dan skop keja ai masak,kemas, jaga anak etc...TOLONG JANGAN SALAH FAHAM NGAN STATEMENT AI BUAT NA BUKAN NIAT NAK MENUNJUK KER APA. Ada kawan citer somi dia kasi 2k sebulan, alhamdulliah happy for her dah rezeki khen lagipun somi dia memang dari family yang senang...bagi ai kat situ jer rezeki yang darl ai ada mampu kasi kat ai even ai tak mintak dah bersyukur sangat.


Maybe sebab dulu ai kalut nak keja so darl kasi GAJI la nak suruh bini dia ni zip mulut hahaha, dan selangkah ke 日本 pembuka jalan yang bagus jugak....di sini weols di ajar berdikari jauh dari family dan sedara mara. 日本 bukan macam mesia yang berlambak kedai makan or warung plus susah nak dapat halal food so option nyer kena masak la. IF kat Mesia nak makan daging burger or nugget boleh gi mall beli kat sini semua kena homemade sendiri dari tak reti terus jadi master hahaha. Macam cake juga tak pernah terlintas ai akan reti baking cake sendiri dulu nak makan kek gi SR beli jer tak payah susah diri baking...but biler kiter buat everything kepuasan tak ternilai sebenarnya...penat tue berbaloi. Masa terluang boleh try macam² recipe actually....so badan pun makin MEMBESAQ jugak uwaaaa nangess bab tue (@ p @). But above all ai am happy!! Are u??


So kesimpulannya di sini tak kisah apa pun keja uols bersyukur & bangga la ngan diri sendiri, jangan pandang rendah ngan diri sendiri biar orang judge kiter macam mana asal kiter tahu apa yang kiter buat. Ok sekian sahaja karangan bahasa melayu surirumah kali ni ngeeeee. DUSH!









Monday, May 28, 2012

♥ Cherita Lunch With Hanis ♥

Semalam Hanis, Mi & her parents sempat singgah sekejap untuk lunch & solat. Dup dap dup dap nak jumpa parents hanis ni. Alhamdulliah parents hanis sangat la sempoi & friendly. Mak hanis lemah lembut orang nyer sama ngan anaknyer tue auwwwww ai loikeeeee. Abah hanis plak sangat funny....1st words dia cakap ngan ai `somi awak macam hero hindustand la` hahahaha rasa masa tue macam nak gelak guling² sure darl kembang setaman masa tue, but bukan 1st time orang kata gituew dulu masa gi Langkawi staff kat KFC tue cakap eng bagai ngan dia ingat dia orang arab.


Best leh citer macam² ngan mak hanis ni...soft spoken sangat orangnya. Hanis plak lagi +- 2 weeks dah nak bersalin, tengok kaki dah start bengkak dah start sakit pinggang. Biasalah dah hujung² tue memang macam² rasa sakit menjelma. Semoga di permudahkan bersalin nanti yer babe insyallah. Citer bab makan actually ketaq kaki tangan nak masak semalam tue, yealah ai bukan reti masak sangat takut terkurang or terlebih rasa nanti but alhamdulliah berselera betul tengok theyols makan *ker sebab lapar??? ngeeee*


candid semua tekun menjamu selera gituew...siler abaikan suasana SEMAk kat small kitchen ai ituew...umah chomell gini la kejadiannyer ngeeee!

menu simple giler buat ayam masak merah, daging paprik, bayam masak lemak, telur dadar, pudding jagung & cupcake. Yang desert tue memang buat khas kat hanis sebab dia dah lama teringin nak makan just ai memanjang lupa nak buat kat dia.


Saja masak menu kampung sebab ai perasan selalu Hanis & Mi terjah sure ai buat nasik set² macam nasi lemak, nasi carrot, nasi limau purut, nasi ayam penyet etc so kali ni tukar selera sket....then menu pun sikit jer selalu sure ada mee goreng, bihun or laksa ai buat selain nasi cuma semalam perut sakit so buat mana yang mampu jer...sorry babe sebab tak banyak macam selalu ngeeee!!m(._.)m


anak teruna ai MENUMPANG KASIH atuk kejap...atuk rajin layan adam ekkk!! Soklan kelakar from adam `nyapa rambut atuk color ni??` ngeeee haiyooo anakku ni 

bekalan dari Mesia arigatou ketat² kaka anim (kaka kpd hanis) sudi belikan semuanyer dah la FOC katanyer untuk orang jauh di perantauan OUCHHH sungguh terharu baik sungguh hati kaka, moga di murahkan rezeki lagi IA, siap cakap sorry sebab nak letak souvenir untuk adam dah tak muat ...yang paling suka pastinyer kerepek pedas tue...fav ai taw dulu masa sek selalu beli kat koperasi sebungkus 5 kupang (50sen)  orang kedah pangey. TQ juga kat parents hanis sudi bawa sampai bag dah nak over weight dah..kerepek tue dah habis pun semalam..gulp laju giler makan ekkk!(@ p @)



last pose before theyols bertolak balik...pose MANJERRR ai ala² macam umi ai plak ngeee...haipp mak sapa nie hahaha DUSH!!(?-_-?)  si Adam dapat duwet raya arigatou nek @_@




ありがとう ketat² for everything babe terharuuuuuu ni IA kiter jumpa hujang bulan June or early July in Sendai nak tengok akachan nanti. Hugs ketat² muah muah muah muahhhhhhh *____^










Thursday, May 24, 2012

♥ Medical Check Up & Parcel ♥

AsSalam, konichiwa minna san,

Kejap jer dah masuk Thursday kan, 2 hari lepas dah sampai surat untuk suruh buat medical check up untuk ai....uwaaa rasa macam baru jer jumpa sensei check bagai hari tue ngeeee. FYI ai memang ada medical check up setahun sekali request by kaisha darl & insurance company. Kali ni dah masuk tahun ke 3 buat, kira ok la boleh juga tahu tahap kesihatan diri khennn *feeling macam duduk kat seminar kesihatan jer...DUSH oberrrr* Last year ada cherita kat SINI dan result MCU ai ....last year semua AAAAAA hocayyy!! *macam ambik exam jer gayanyer ngeeee*  


ada list hospital, form yang kena di isi, kena pilih nak buat test apa baru nanti theyols hantar detail...tak banyak hospital yang buat medical up ni weekend.


Yosh ganbare ayu, malaih bab nak kena ambil blood tue sebab ai memang fobia ngan needle & blood ni...rasa macam nak  free kick cocok kaki sensei masa tue ngeeee. Darl plak hari ni buat medical check up but dia tak payah gi hospital sensei gi kaisha dia...si adam plak semalam dah buat alhamdulliah theyols dah setel semuanyer, tinggai ai jer uwaaaaa!!!


Malam semalam ai dapat parcel dari kaka Ira nun di Yokohama, di terbangkan khas from tanjung dawai ikan bilis & ikan talang....bab ikan kering etc ni hat terbaekkk memang mai from situew *sorry terkuaq dah loghat kedah ai ngeee* ありがとう ketat-ketat kaka ira, orang nak bayar tak mau....tomodachi ai semua jenis baik hati taw...terharu dapat kenal even tak pernah jumpa pun dah macam sedara sendiri  (-_-) 


gumbira nyer hati ai...lebey dari dapat coach gituew auwwww



Actually dah lama mengidam nak buat gulai ikan talang ngan nenes but stok ikan talang dah habis *ai ni memang selera orang kampung yer...tak malu nak mengaku* finally dah sampai ikan ni so boleh bikin nanti lalalalala!!!



nota ibu jari manis ai:: nervous nyer nak masak kat parents hanis nanti...uwaaaa dah la ai ni tak reti masak...*lap peluh* m(._.)m 
[BARU PERASAN LUPA NAK LETAK WM KAT PICS TUE, ABAIKAN JER SEBAB MALAS NAK EDIT NGEEE]










Wednesday, May 23, 2012

♥ WW (13) :: kurus or bamok?? ♥

49.5kg  (@ p @)








Monday, May 21, 2012

♥ Second Hand ♥

Salam di hari Isnin yang special, apa yang special??? sebab pagi tadi ada gerhana matahari, gerhana penuh pukul 7.34am kanto area. Subhanallah sangat indah yang cerah tetiba gelap dan cerah balik, sangat bertuah...katanya akan jadi lagi 300 tahun di 日本 *ntah ada ntah tak dunia ni*


Last weekend memang busy ngan PTA event, sayang sangat tak sempat nak jumpa k.ita waktu theyols jejalan Tochigi last weekend sadis betul la. Then weols start kemaskan barang² mana yang hendak di jual dan buang. Kat sini banyak second hand shop untuk beli dan jual barang², selalu gak weols jual barang walaupun tak banyak mana pun asal ada space untuk simpan barang lain. Contoh baju,  nihonjin punya budaya pakai 3-4 kali then tyeols jual sebab space tak der nak simpan banyak² that why fashion kat sini senang berkembang sebab nihonjin suka try & beli. Kiter plak suka pakai sampai terkoyak baru buang ngeeeee *yang terkoyak tue yang sedap pakai katanyer*.


antara barang yang weols jual.


Weols gi 2 kedai second hand....satu OFF HOUSE untuk jual baju & kasut...2 pasang kasut adidas darl ngan adam...yang darl baru 2 kali pakai yang adidas putih ada tue plak tak pernah adam pakai lagi sebab saiz kecil 19 cm now dia pakai 20 cm. Untuk kasut adidas darl dapat ¥1500 (RM54) then adidas adam plak ¥500 (RM20) nangessss bila tengok rega tue...beli mahai tapi jual dapat banyak tue jer, nasib la....ituew tak masuk baju yang sehelai theyols ambil 30yen jer uwaaaa hentak kaki nangesss lagik. Ituew yang sakit hati nak jual selalu weols buang jer hahahaha DUSH!


Lepas tue singgah ke BOOK OFF ni kedai second hand jual buku, barangan electrik etc...darl gi jual lappy tohiba, hp softbank ngan barang computer yang lain....lupa nak tanya dapat berapa yang tue sebab ai tunggu dalam keta jer waktu tue. Selalu second hand shop ni theyols beli ngan rega murah then jual mahal contoh kasut darl tue weols gi tengok theyols jual ngan rega ¥3100 (RM122) taw untung half kat situ jer....hentak kaki (。-_-。). Rumah kat sini amat chomell nak letak barang banyak² macam tak mesia mimpi siang hari jer la ngeee (@ p @)








Thursday, May 17, 2012

♥ SEBAK gara² KOIZORA & APRIL BRIDE ♥

Cherita last week ai marathon tengok drama Koizora *恋空 / Sky of Love*  & movie April Bride * 余命1ヶ月の花嫁 / Yomei Ikkagetsu no Hanayome* dua cherita ni sangat la memberi erti mendalam bila ai tengok...air mata tak reti nak stop...dah la ai ni hati senipis tisu uwaaaaa sobs!!


darl cakap lepaih ni kena pindah duduk tepi kilang tisu la....uwaaaa hentak kaki...kijammmm taw *____^


Koizora nie drama di buat tahun 2008 but baru sekarang ai tergerak nak tengok, memula kuar movie before drama but ai start ngan drama so bila tengok movie plak ai asyik compare jer. But ai prefer koizora versi drama lagi even pelakon dalam tue tak sefofuler pelakon koizora movie! Citer start bila Hiro fall in love with mika...hiro yang pemes ngan gengster nyer sanggup berubah demi mika, sampai satu tahap theyols terlanjur dan mika preggy. Sebab theyols masih sekolah so jadi isu yang besar di sini, family mika tentang habis-habisan but hiro & mika agree nak jaga akachan tue. Kesabaran hiro yang sangat telus berubah & ingin menjaga mika akhirnya berbuah hasil bila mika otosan/ayah finally agree. Tapi di sebabkan satu kejadian mika miscarriage dan harapan nak berkeluarga ngan hiro juga musnah bila hiro minta putus. Sedangkan hiro tak nak mika tahu dia sebenarnya ada cancer *uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa*. Sangat sedih citer ni bila part hiro mati tue...drama ni pendek jer cuma 6 episode. Skit jer review nak tahu detail sila la tengok ekkkk m(._.)m.



koizora versi drama...same poster ngan movie cuma beza pelakon jer!

terserlah muka notti si hiro ni...kakkoii hanak ikan mamat ni ngeee



Movie April bride plak ai tataw nyapa dia letak april bride tue actually tajuk dalam nihongo  余命1ヶ月の花嫁 / Yomei Ikkagetsu no Hanayome bermaksud *pengantin yang hidup hanya sebulan*. FYI pilem ni ai tahu masa memula sampai 日本 April 2009...masa tue theyols buat dokumentari pasal citer ni. Actually ni movie ni base on the true story of Chie & Taro....citer tentang seorang wanita muda yang di kesan ada breast cancer di usia 24 tahun dan macam mana di melawan penyakit & kekurangan diri bila terpaksa membuang sebelah breast. Dan bertemu ngan true love nyer taro....taro yang berada di sini chie di saat² suka dan duka....seriously susah nak jumpa lelaki macam ni dalam dunia hari ni...but taro buktikan dia adalah lelaki terbaik buat chie. Cuma  dalam pilem tue theyols tak masukkan part chie & her blog....actually dalam real life chie ni antara blogger tegar dia selalu update blog tentang keadaan nyer. Ai tengok theyols tunjuk blog dia dulu dan ai juga tengok rupa sebenar chie, taro & family. Chie & Taro sangat kawaii & kakkoii kira theyols sepadan sangat. Cuma nak tempek kat sini pic sebenarnya theyols ai try search tak jumpa plak. Citer ni agak slow but last part banyak tisu habis la..........nangessssssss lagik!!! (´-`)。。。。。




taro yang sanggup BERUMAH di hospital untuk temankan chie....so lucky chie dapat bf/husband sebaik taro.




So persamaan citer ni both theyols punya partner mati....sobs!









♥ Gara² kuih lapis periuk ku terbakaq ♥

Apa macam tajuk gempak tak??? Ituew la orang cakap malang tak berbau, then ai dah merasa experience
dapur hampir terbakar.Tragedy last Tuesday petang dalam pukul 3pm gituew semangat nak buat kuih lapis, lagi semangat sebab dah beli periuk kukus sebab selama ni ai kukus guna microwave steam oven jer *excited giler hahaha*. Then sebab setiap lapis tue kena kukus around 5 minutes memula tue masa lapisan yang ketiga ai dah check air kat periuk tue still ok lagi but bila ai kukus last layer tue periuk dah start bunyi pelik taw. Tetiba jer api makin besar dan marak julang kat atas...masa tue jantung ai macam dah lari cross country rasanya. Terus ai off dapur but api still marak punya la panic + nervous sampai gi cari air sampai ke bathroom sedangkan tepi dapur tue dah ada singki, otak jadi blank kejap :((



marak macam nilah cuma beza yang ai kena kot belah tepi bukan tengah...nasib baik tak sempat sambar plastic kat atas macam tue...if not memang umah boleh terbakar la. 



Hanya Allah tahu perasan ai masa tue plus alarm asap dah bunyi `kaji desu kaji desu` *dalam BM bunyinya ala² ADA ASAP ADA ASAP* ...` try la imagine ngan api + alarm yang non stop  tue mana tak panic gituew! Dua kali simbah air baru api stop *guna baldi besar*...syukur alhamdulliah sebab takut sangat macam tue...dah la gas kat sini guna saluran macam air paip tue tak macam mesia yang guna tong gas. Tangan habis terketar², 5 minutes ai ambil masa nak bertenang terus off gas masa tue then terus call darl. Citer kat darl sora dia dah cemas semacam *mau tak nyer si bini nangess macam umah terbakaq* , lucky my darl seorang yang sangat tenang dan pandai pujuk ai...sejam juga ai take time nak back to normal. 1st time jadi macam ni so terover react la ngeee! Cian periuk tue tak sampai sebulan beli dah hampir hangus ngeeee!!!


masa baru beli berkilat siap boleh buat cermin gituew *silau biji mata tengok* hahaha


after that...puas sental *sampai sakit tangan²* tak kuar gak hitam tue *ada petua nak hilangkan hitam² tue tak ekk?* hentak kaki nangesssss!!!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


api yang marak sambar aluminum border tue....yang sebelah kanan tue yang tuan umah pasang...jenuh nak bayar balik nanti...nangesss lagikkkk! (´-`)。。。。。。。。


alarm yang detect asap...almost umah kat 日本 ada system macam ni for safety....kena cari chair nak stop bunyi tue selagi dia dok detect asap ada selagi tue dia BISING ngeeee! m(._.)m


menu yang jadi lepas periuk terbakaq ialah kuih lapis tue...sepatatnyer ada 8 layer but layer yang paling bawah dah hangus so ai buang la layer tue...nasib baik tak der effect bau hangit kat kuih lapis tue if not memang buang jer la....then time kukus yang last tue sepatutnya 20 minutes tapi sempat 7 minutes jer then terus kuar api......set nasi limau purut plak nasib baik ai masak before kuih lapis if not makan luar la jawabnyer sebab ai fobia nak guna dapur hari tue!



Apa yang pasti jangan tinggalkan dapur waktu uols tengah ryori/masak if ai lambat or duduk kat tempat lain sure ada yang jadi lebih teruk kot...ibarat kata pepatah api kecil² jadi kawan besar² jadi lawan. Si Adam cakap kat ai `mama next time be careful taw, nanti umah terbakar kiter nak duduk mana` *dalam slang nihongo dia ngeeee* Kira ai bernasib baik juga sebab api tak sambar paip gas tue, syukur if not tataw nak cakap.












Wednesday, May 16, 2012

♥ WW (12) :: The Hunter ♥











Tuesday, May 15, 2012

♥ ETC card ♥

N3 yang agak kejakunan hahaha DUSH! Dah 3 years weols kat 日本 but baru 1st time buat ETC card. Apa ituew ETC card??? alah function nyer macam kad touchNgo tue la...but yang ni kena pasang vehicle device baru boleh guna...dah sama ngan SMART TAG kat Mesia. Semangat nak buat ETC sebab nak terjah Sendai *sebab 200km lebih kena guna highway la* nanti nak tengok akachan mama Hanis nanti *siler la terharu ngeeee*.


Weols jarang drive jauh² sebab tired plus darl lebih suka naik densha/train so boleh relax lagipun tak der anak kecik memang mudah guna densha....densha ni even kat kampung mana pun still ada...system yang sangat bagus dan punctual . If drive nak jejalan mana pun darl lebih suka guna jalan biasa compare ngan highway. Contoh gi Disneyland if weols tak stay kat mana² hotel memang drive la...almost 3 hours gak nak sampai ke situ sebab start kat Saitama jalan dah jammed ngeee. If tak der ETC ni nak bayar guna CASH rega tol naik jadi double taw...sangat beza ngan tol kat mesia yang fix if guna cash or kad, sebab kat sini benda berkaitan ngan manusia memang mahal.


ETC ni ada 2 types card


ETC exclusive card

These are cards that are exclusively for use on ETC systems. The card comes only with functions for settling toll fares for ETC on toll roads.


All-in-one ETC card

This is an ETC card that is combined with the functions of an ordinary credit card. This card can be used on toll roads as well as at shopping facilities* that accept credit payments




11 companies yang boleh uols apply nak buat ETC card ni.



So ETC card akan dapat ikut company mana uols apply la, macam weols memang guna AMERICAN EXPRESS, alhamdulliah card dah sampai last week.


taraaaaaaaaaaa our ETC card....so rasanya cover card setiap orang berbeza kot , ikut CC mana uols guna.




Now tinggal nak pasang vehicle device jer...kena tunggu darl free dulu sebab dia busy sangat lately, Inshallah next month or early July dah boleh terjah Sendai wootz wootz!! Excited nak tengok akachan ngan nak berjimba ngan geng Sendai *____^











Sunday, May 13, 2012

♥ Surprise Baby Shower Buat Insan Bernama Hanis ♥

Curlastt tak tajuk di atas???? wahh ingat retis jer boley buat baby shower bagai ni ngeeee...ni retis Sendai pun buat kemarin for okasan to be Hanis. Actually ni idea from pitt, after weols balik from Hitachinaka Pitt add me join discussion untuk buat surprise ni atas bantuan chenta hati hanis sendiri iaitu Mi. Pitt siap pesan jangan gatai-gatai habaq kat hanis ngeeee!! Sebab ituew n3 last Friday ai ada type Nota ibu jari manis ai::keciwa tak leh join satu event yang tomodochi buat esok!! have fun uols. Ituew actually event yang theyols buat semalam la.


Ai ralat sangat tak dapat join sebab nak gi Sendai from Oyama bukan 2km or 20km but 200km lebih taw, lepas discuss ngan darl weols decide nak terjah masa hanis bersalin la nanti leh tengok akachan sama. So semua yang theyols discuss nak beli ituew ini ai tahu cuma beza ai kaki BISING jer kat situ. Then present yang Hanis dapat tue actually dalam list weols nak kasi gak but bila pitt and the geng beli weols terpaksa cari benda lain la plak...but seriously nice sangat benda tue...nanti detail sure hanis letak kat blog gak.


Gomen babe weols can`t make it this time, tak dapat nak tengok muka terkejuzzz opocott u tuew...sure kawaii ngeee. Pic ni credit to Mr Fadhil...sekeping jer sebab Pitt & Iryd tak bawa camera plak hari tue. 


the sendai geng...ala-ala retro gituew!!! Omedetou babe♥♥♥♥♥








Friday, May 11, 2012

♥ GW:: 茨城県自然博物館 ♥

Cherita last Saturday lagi after weols habis main bowling around 9.30am gituew weols decide terjah Ibaraki Nature Museum tempat ni kat bando shi border Tochigi, Saitama & Chiba semua masuk sket kat situ. During last week just Saturday jer weather sangat bagus, sunny day suhu around 25deg. Hari lain if tak 雨/hujan sure cloudy plus windy, weols if tengok  tenki yohou/weather forecast tak elok sure tak kuar umah sebab tak best nak jejalan waktu gituew. Kena tetiba turun batu macam hari tue memang terkezutt opocott sangat ngeeee. So GW yasumi/cuti tak der la jalan sakan sangat sebab weather *voley gituew???*


welcome to Ibaraki Nature Museum @.@


From 小山 nak ke tempat ni almost 45 minutes, sebab sunny memang ramai la umat manusia terjah sini weols sampai pukul 10.30am but parking almost full ituew tera museum ni buka pukul 10am. Nak queue beli ticket pun take time sebab machine and counter penuh ngan orang. Museum ni sangatlah luas terbahagi ke beberapa bahagian then ticket ikut nak masuk kat area mana...weols beli yang boleh masuk semua just bayar ¥720 for adult and for kid ¥580.


Museum ni bukan lah macam museum yang selalu weols terjah kat sini everything ada sebab tue namanya nature museum. Ai & darl 1st time terjah sini but si Adam second time sebab dulu terjah ngan youchien tomodachi. Masa memula sampai si Adam cakap ehhhh Adam dah biasa datang sini ngeeee...dia jadi tour guide weols hari tue hahaha. Just tak sempat terjah mini zoo kat situ sebab nak gi situ almost 2 km plak nak jalan sure tak ralat nak bawa keta jalan jammed dah la orang queue nak masuk parking kat sini sepanjang 3 km *pitam*. Ai recommend tempat ni for family yang nak jejalan lepas tue boleh lepak or picnic kat koen dalam tue...sangatlah besar. Better bawa bento/bekal sebab cafe kat dalam tue langsung tak der benda yang boleh di makan everything put the meat just desert jer ok. 


Adam kenal penyu kat museum jer...cian nanti mama bawa gi tganu tengok penyu real na ngeeee *_____^


dinosaurs land...banyak betul rangka yang theyols buat sendiri ngan saiz asal...sugoi!

glow in the dark room....hahaha nampak gigi jer uols....sebab ai pakai banyak color putih cepat jer nampak kat situew ngeee.


aksi jump from adam :))


antara tempat yang ada di dalam museum ni.

batu yang macam crystal tue actually from the volcano.

di koen/taman luar museum, tak banyak snap pics masa ni sebab tengah hari dan tersangat lah panas...berpeluh habis badan dah macam summer hari tue. *ai ni macam puteri lilin hahaha mati la perasan DUSH larikkkkkk*


souvenir shop wajib terjah b4 berangkat pulang! Si Adam tengok bodek otosan suruh beli hikhikhik.



Nota ibu jari manis ai::keciwa tak leh join satu event yang tomodochi buat esok!! have fun uols.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...