♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Monday, October 31, 2011

♥ Trip & Parcel ♥

AsSalam buat semua....nice weather kat Oyama kejap lagi nak kuar shopping ngeee. Nak citer last week Adam ada trip gi Ibaraki ken then kena stay satu malam kat sana. Tengok kat schedules dia memang macam-macam yang theyols kena buat then ada visit Ibaraki Museum etc. Masa tengok tempat ni kat ternet cantek so dok plan nak terjah gak nanti...selalu gi Ibaraki selalu ke arah laut jer ngeee.


Adam dah 2 kali tidur ngan tomodachi alhamdulliah dia ok just ai ni bila dia naik bus then babaiii kat ai tetiba hati rasa sayu (drama queen betul khen) maybe ituew la yang ibu kiter rasa melepaskan anak2 pergi dari jagaan nya kot. Seriyess rasa nak nangess masa tu maybe sebab ai cuma ada adam sorang jer sebab tue touching lebih....orang yang ada nak lebih dari satu ni maybe sunyi tue tak rasa sangat.....doakan la ai boleh dapat baby lagi.



adam punya happy and excited nak gi si mama pula sayu....


Then lepas hantar adam gi ....sampai kat umah posmen dari Japan Post datang hantar parcel yang umi ai pos.....yatta syok taw sebab memang dok tunggu pula but terasa lambat sikit kali selalu pos 4 hari dah dapat kali ni 6 hari baru sampai...maybe sebab cuti deepavali kot. 


baguih betul umi ai ni siap balut then tulis label lagi.....ni buat ai sayang ketat2


ada laksa,ikan masin,keropok goreng,ikan bilis,sotong kering,milo 4kg dan cili besar orang kedah pangey cabai besaq.


Sikit jer khen but total kena bayar untuk post jer RM 530 mahai giler....beli barang dalam tu pow tak sampai 200 hengget. Ai suruh umi post guna kapal jer sebulan sampai la...but dia memang jenis tak suka post guna kapal dan weols tak pernah try lagi pow even tahu tersangat lah murah....maybe tunggu ai balik cuti nanti boleh post guna kapal kot. Ai tak suka ikan bilis jepun sebab tekak tak leh telan....so dah sampai stok ni baru best nak buat nasi lemak etc hukhukhuk. Macam cabai besaq ni kat sini memang tak ada jual...masa sampai tu dah bau kuat taw cabai ni...ai agak semua mesti dah rosak but alhamdulliah ada banyak juga leh guna lagi.


ada shawl juga ingatkan umi yang kasi rupanyer dari adek Celinda tersayang...tq yunk sayang ketat2 macam dia tahu jer kaka dia ni memang tak der shawl terbaru.


Dah lama rasanya tak buat laksa sebab stok laksa kering kat umah dah habis....selalu ai buat guna udon jer but lately rasa tak lalu plak...so since dah sampai stok laksa tue...today pepagi buta dah masak laksa...tak tahan dah nak makan ngeee....buat pun bahan tak cukup guna apa yang ada kat umah jer...kebetulan daun kesum yang kaka Ita pos hari ada lagi so wangi gak la kuah laksa ai....pewittt!


lepas suda mengidam nak makan laksa.....even bahan tak cukup janji ada rasa laksa suda la ngeee



nota ibu jari manis ai:: sorry uols tak sempat nak BW sekarang....InsyaAllah after lunch ai terjah umah uols na...now nak kuar bershopping dulu.....jangan noti2 yer....big hugs ♥ ♥



Saturday, October 29, 2011

♥ Belog Ai Ada Masalah View ♥

Hye uols jarang benar ai update n3 waktu weekend buat tonite tergerak hati nak view my blog kat opera then ai terkejut bila tengok blog ai jadi rupa gini.



sungguh buruk


Then tukar guna Internet Explorer plak view gini




better dari view kat Opera rite....but the problem is setting side bar ai dah jadi kat bawah sebelah kanan plak sungguh hairan sebab ai tak ubah setting etc. Then ai view guna mozila hasilnya gini.




mmg sepatutnyer gini la....sebab ai selalu guna chrome so ai tak noticed benda lain bab view ni since Saba ada cakap dia tak boleh comment then side bar dah jadi sebelah kanan....masa ai check last week ok sebab ai view guna chrome kot then ai cakap kat dia ngan confident nyer but today tergerak nak view guna Opera,IE,Mozila memang lain...ai keciwa ni sebab tak paham nyapa jadi gini??? Anyone yang tahu apa sebabnya tolong bagitahu ai ekkk. Ai dah check everything semua ok tuew yang sangat tak paham...sigh.....benci nak tengok my blog plak sebab sakit hati sebab sangat buruk.....hentak kaki kuat2 ni...nangessss....!


nota ibu jari manis ai::untuk view yang berkesan sila guna chrome or mozilla untuk view blog ni TQ *____*





Friday, October 28, 2011

♥ Bahasa ROJAK ok kerrr??? ♥

AsSalam di hari Jumaat yang mulia. Tertiba rasa nak discuss isu bahasa rojak ni. If rajin baca yang ni...kat bawah nanti ai kasi pendapat:: Panjang yer n3 kali ni dan agak serius...sapa rajin baca sapa tak rajin skip jer ngeee....







Menangani isu bahasa rojak

ISTILAH bahasa rojak bukan  istilah ilmu.  Istilah ini dicipta   mereka yang prihatin akan situasi dan nasib bahasa Melayu.   Boleh dikatakan isu ini diperkatakan saban tahun di negara kita memandangkan apa yang disaran dan dicadangkan tentang isu ini tidak pernah membawa apa-apa hasil yang diharap-harapkan.
Terbaru, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyarankan agar diwujudkan semula Jawatankuasa Penyelaras dan Penyeragaman Bahasa agar memastikan semua stesen media di negara kita menggunakan bahasa yang sama untuk penonton.
Penyeragaman ini sangat penting memandangkan siaran radio dan televisyen mendapat sambutan ramai di kalangan penonton dan pendengar serta sudah semestinya bahasa memainkan peranan sangat besar untuk menyampai maklumat dan pelbagai lagi.   Beberapa kertas kerja mengenai bahasa dibentangkan dalam Seminar Bahasa dalam Penyiaran anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) baru-baru ini yang dihadiri   wakil stesen penyiaran tempatan.
Nasib bahasa kebangsaan dianggap membimbangkan ekoran   sikap kita yang tidak begitu peka tentang peranan dan masa depan bahasa sendiri.

Stesen penyiaran juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini kerana  ada rancangan membabitkan penyertaan penonton yang kebanyakannya tidak ambil kisah tentang penggunaan bahasa mereka. Penggunaan bahasa rojak yang semakin meluas terutama kiriman ucapan tahniah, selamat pagi dan sebagainya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh penonton menjadikan kita keliru dengan identiti bahasa  kita  sendiri.
Maka ramai yang merumuskan bahawa identiti bahasa kita semakin terkikis.  Lama-kelamaan bahasa rojak dianggap akan menguasai pertuturan, penulisan dan lebih malang  dalam penulisan karangan di sekolah sudah dikatakan ada penggunaan bahasa rojak di kalangan pelajar sehingga menjejaskan markah.

Menurut definisi, bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur iaitu antara bahasa ibunda dengan bahasa asing. Bagaimanapun, ramai yang mendefinisikan ia sebagai percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.
Apa pun, definisi bahasa rojak dalam konteks perbualan dan penulisan harian di negara kita boleh diperluaskan kepada pelbagai tafsiran.  Kita juga boleh menganggap percampuran antara bahasa baku dengan istilah serta penggunaan kata dalam penulisan serta pengucapan lain daripada bahasa baku adalah bahasa rojak.
Contohnya, jika kita menggunakan kata singkatan seperti ‘tak’, ‘nak’, ‘mau’,  ‘tau’, dan beberapa lagi juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak yang sebenarnya tidak boleh diucapkan dan ditulis dalam majlis dan  urusan rasmi.   Jika kita menggunakan bahasa remaja dalam pertuturan harian seperti ‘awek’, ‘cun’, ‘kantoi’, ‘cilok’, ‘otai’ dan sebagainya juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak jika disalah guna dalam urusan rasmi.  Adalah dikesalkan jika ada akhbar harian yang meletakkan kata-kata ini sebagai tajuk sesuatu berita meskipun hakikatnya penggunaan istilah tersebut sudah sebati di kalangan remaja negara kita. 

 Sasaran utama perbincangan orang ramai tentang kekuatan pengaruh bahasa rojak jika dikaitkan dengan media massa adalah penglibatan orang ramai dalam khidmat SMS yang terpapar di skrin televisyen.  Di sinilah kita dapat melihat pelbagai istilah baru diketengahkan kepada khalayak sehingga ada yang membawa masuk istilah  ini ke dalam urusan rasmi.  Datuk Seri Dr Rais Yatim pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai sikap orang kita yang gemar bercakap separuh belut separuh ular. Pencinta bahasa lain turut menyatakan rasa tidak puas hati kerana kualiti bahasa kebangsaan semakin merosot penggunaannya dan mereka membayangkan apa yang bakal terjadi sepuluh atau dua puluh tahun akan datang jika usaha menanganinya tidak dilakukan dari sekarang.   Punca utama berlakunya penggunaan bahasa rojak adalah sikap kita sendiri yang mementingkan bahasa asing daripada bahasa sendiri.  Kemasukan istilah asing yang dianggap lebih sesuai dan dapat mengangkat imej penuturnya terutama bagi masyarakat bandar memburukkan lagi keadaan.

Perubahan zaman selalunya menempiaskan istilah baru yang diguna pakai dalam pelbagai bidang.  Ada yang menganggap sesiapa yang tidak pandai menyesuaikan diri atau tidak boleh menggunakan dan   memahami istilah baru terutama dari luar adalah mereka yang  ketinggalan zaman.
Kita sebenarnya bukan tidak boleh menggunakan bahasa sendiri.  Contohnya, jika kita mengadakan kempen tentang bahasa, Minggu Bahasa atau Bulan Bahasa, sesiapa pun akan berusaha dan bercakap dengan bahasa yang betul dan berusaha menggunakan bahasa sendiri sepenuhnya.
Apabila selesai kempen, bahasa rojak muncul semula dan apa yang dilaung-laungkan atau dipraktikkan semasa kempen lenyap begitu saja.
Bagaimanapun, adalah merugikan masa dan wang jika kita berkempen tentang sesuatu yang sebenarnya menjadi milik kita zaman berzaman dan sesuatu yang dilaung-laungkan itu sebenarnya boleh kita lakukan sendiri tanpa didesak dan dipandu arah oleh sesiapa.
Ironinya, jika kita tahu sampah itu tidak elok, kita tidak akan menyimpan sampah dan membuangnya di merata-rata tempat.  Dalam bahasa pun, jika kita tahu ada ‘sampah’, kita tidak boleh menyimpannya tetapi hendaklah dibuang.

Pihak yang memperlekeh atau memandang rendah kepada bahasa Melayu semestinya melihat keupayaan bahasa Melayu bukan hanya di negara kita saja kerana  bahasa Melayu dituturkan lebih kurang 300 juta penduduk  di dunia.    Bagi bangsa Melayu, jika mereka lebih gemar menggunakan bahasa rojak, jelaslah   mereka memperlekeh bahasa sendiri.  Bagi orang India dan Cina misalnya, apabila mereka lebih gemar berbahasa Inggeris dalam pertuturan, bermakna mereka tidak yakin akan keupayaan bahasa Melayu meskipun di sekolah, mereka mesti belajar dan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu.
Orang Indonesia pula memandang kita sebagai masyarakat yang tidak mempunyai pendirian teguh dalam bahasa sendiri.  Kerana itulah ada antara mereka yang belajar bercakap Inggeris terlebih dulu sebelum datang ke negara kita kerana  bagi mereka, orang kita lebih banyak bercakap Inggeris daripada menggunakan bahasa sendiri.
Media sangat penting membentuk masyarakat tidak kira golongan untuk menangani bahasa rojak.  Meskipun tidak boleh dibendung seratus-peratus, tetapi usaha mengawal bagi sesetengah rancangan yang nyata menggunakan bahasa rojak sangat perlu.

Media boleh mensyaratkan hanya SMS yang menggunakan bahasa  betul saja  dipaparkan untuk khalayak.  Media juga mesti mempunyai kata sepakat dalam usaha membanteras penggunaan bahasa rojak supaya tidak timbul kekeliruan masyarakat.  Orang ramai, tidak kira sama ada golongan elit, masyarakat pertengahan atau  bawahan yang terlibat dalam rancangan televisyen terutama ketika diwawancara untuk siaran televisyen mesti  berusaha menggunakan bahasa yang betul.
Media juga perlu merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menentukan penggunaan bahasa yang betul sebelum diketengahkan kepada umum.  Dengan cara ini keseragaman dapat diwujudkan, imej bahasa dapat dipertingkat dan kekeliruan dapat dielakkan. 



Bagi pendapat ai la bahasa rojak ni zaman ai ada guna tapi tak seteruk zaman sekarang lepas ada hp dan SMS ni. Kesan yang paling ketara buat karangan bahasa melayu la habis tunggang terbalik ayat. Then wujud nyer blog ai noticed berapa yang sangat yang buat ayat menggunakan ayat yang betul (termasuk la ai jugak suka hati ubah ayat khen) kecuali yang bergelar cikgu. Dalam ai BW cuma Kak Ita dan Kak Amie selalu buat ayat yang betul sebab theyols cikgu ngeeee. Merujuk istilah rojak termasuk campurkan bahasa melayu dan english dalam satu ayat.






Dekat Japan pun tak kecuali sebab theyols suka nyanyi lagu nihongo mix ngan english juga.....ai rasa benda yang utama ialah sikap diri sendiri yang malu nak bercakap menggunakan bahasa yang betul (apa curlastt cakap BM khen eng baru WORLD)....yang kecian bila cakap BM ngan betul kena pula kutuk ngan kengkawan....Bila guna tatabahasa yang salah dalam BM orang tak gelak tapi if grammar eng tak betul orang gelak berjemaah uols ngeeee.




So maybe lepas ai akan buat n3 yang guna tatabahasa yang betul sekali dalam seminggu (boleh kerrr???). Maksudnya macam karangan BM masa SPM agaknya. Maybe agak buhsan but kena try juga nak tengok skill tatabahasa BM ai masih ok atau tak. Sebab anak ai pun cakap bahasa melayu guna ayat yang salah contoh :: mama tolong bagi buku 2 ketul tue....fengsan dengar jenuh nak perbetul if not makin teruk balik Mesia nanti. Kalau orang Japan, Korea, France etc boleh bangga ngan bahasa mereka kenapa tidak kite bukan???




kagum ai ngan mamat ni...exam dapat A1 gituew....from China.





Wednesday, October 26, 2011

♥ WW (5):: magic nyer make up ♥


speechless bila ai tengok pics theyols yang telah di make over oleh professional makeup artist. Bayangkan diri sendiri jika di makeup pasti lagi malatopp gak khen...yang penting makeup tak over macam retis mesia...opppssssss~  













nota ibu jari manis ai:: suka pic no 4...memang tak macam rupa dia la...cantekkkk~




Tuesday, October 25, 2011

♥ Diet Cara Ai ♥

Salam mina san konichiwa ...today ai nak share ngan uols cara diet ai sebab ada kawan minta share benda ni sebab dia cakap dia nampak perubahan ai daripada super chubby then back to normal. Actually ai tak ikut mana-mana petua just ai decide apa yang ai nak makan ngan benda yang ai harus BERPANTANG.


1- Jangan SKIP breakfast ini sangat penting
2- Lunch berserta ngan salad adalah menu wajib (makan salad dulu b4 makan nasi sebab lepas tu perut    boleh di tipu kata dah kenyang) agak2 paham?
3 - Air wajib adalah air kosong atau suam dalam kata lain kurangkan minuman yang bergula.
4 - Jika lapar boleh makan pisang ngeeee sebab pisang ada banyak serat, vitamin A & C dan kalsium.
5 - Jangan makan selepas pukul 7 / 8 pm.
6 - bersenam sekurang-kurangnya setengah jam setiap pagi.
7 - Lepas makan make sure kena buat pergerakan badan contoh exercise yang mudah selama 5 minit ...benda ni ai tengok kat TV.


Kena ingat if nak cantek kena korbankan juga sesuatu macam ai suka sangat benda berasakan cake and desert...so menu ituew memang tak ada dalam list makanan ai sekarang. If  terasa nak makan sangat ai cuma buat sebulan sekali sebab cake or desert banyak kolestrol dan gula. Dan yang pasti perut makin bolat jika makan selalu.


Kunci UTAMA adalah displin sebab ramai cakap tak boleh buat ituew dan ini....bagi ai ituew cuma alasan....nak seribu daya tak nak seribu dalih.....(tetiba ai jadi CIKGU yang garang plak....ngeeee). Uols tahu ai ni memang selalu try new recipe betapa seksa jiwa raga bila tengok geng blogger masakan tayang cake or desert...hati merota-ronta nak buat tapi akal cakap JANGAN. Sebab ituew kena tanya AKAL bukannya HATI sebab hati boleh menipu. (ya ampun melalut ke mana plak ni dushhhhhh). So itew jer tips yang amalkan...part yang paling cepat naik ialah kat muka ai.....lemak berkrim gituew ngeeee.


saja tunjuk kat muka jer....tak sanggup nak tunjuk kat paha dulu kala...sadis tengok balik....now dah boley senyum kambing lebar sampai ke telinga sebab dagu dah runcing balik ...woot woot ureshii~







Monday, October 24, 2011

♥ Rinduuuuuuuuuu ♥

Salam Monday uols....ada yang rindukan ai tak dah seminggu jer sepikan diri aka mengMC kan diri sendiri atas faktor kesihatan (cewahhh statement mengalahkan retis fofuler gituew...dush). Alhamdulliah flu and cough much better...syukur. Just ai kurangkan guna ternet tak nak saraf mata stress nanti sakit susah nak baik. So ada yang ai tertinggal story mori uols ker???


Terharu ai rasa sebab ramai yang ambil berat kat ai...PM kat fb and shout box tanya khabar etc....uols rindu??? ai lagi rindu ketat2 taw ouchhh.....tq so much uols yang sudi singgah and comment even ai tak post new n3 kat sini.....Mukadimah this week tak nak panjang macam selalu.....ngeeee


Semalam sempat window shopping ngan darl terjah satu butik ni tertarik ai ngan jaket rimau ni auwwww....but ai tak beli lagi dalam proses nak memujuk darl sebab dia tak berkenan la plak.....sigh!


macam biasa pixel pecah sebab snap guna iPhone jer...upgrade vision dekat setting pic dia jadi pelik plak uwaaaaa.


So nak tanya opinion uols...lawa tak???? ai khen memang suka benda bermotipkan kulit binatang ni ngeee. Hope nanti ada lagi if darl kasi beli. Rugi if melepas yang ni...lagipun harga not bad....tak mahal tak juga murah ngeeeee.


Nota ibu jari manis ai::InsyaAllah ada free time ai terjah umah uols plak ek....hugs ketat2 yunk!







Monday, October 17, 2011

♥ Yeahhhh Dapat A ♥

Salam monday uols...mina san konichiwa, permulaan minggu yang agak penat bagi ai sebab since last week Adam fever,cough and flu then ponteng youchien 2 hari then nasib baik masa weekend lepas dia dah ok just cough tak berapa ok. Now my turn plak berjangkit penyakit 3 serangkai tue....sigh. So bila tak sihat ni mood bukan menentu pun kejap ok kejap tetiba nak marah etc...penyakit mengada-gada sama khen ngeee....just tension sebab ai batuk sampai sakit dada ituew yang tak suka. Jarang ai batuk seteruk ni...sampai neighbor sebelah kena tidur kat living room la sebab tak tahan dengar weols dua beranak batuk (bayangkkan  kuat ker tak tue....gomen ne neighbor) .


Last sunday result medical checkup ai dah sampai memula nervous nak tengok result tue but darl cakap ai dapat A semua.....OMG A semua??? macam tak percaya jer sebab last year ai ada 2 B sebab kat urine tak cukup sihat kot. Then this year ai tak harap result sebaik ini sebab ngan weight ai naik tertiba jer so mesti ada yang terlebih but bila tengok result A alhamdulliah ai cukup sihat. Cuma lemak kat badan dah naik....ada part yang kurang ada yang lebih buat overall semua baik. Tak kisahla uols macam mana rupa janji SIHAT ituew benda yang paling penting.


blur lagi sebab snap guna iPhone ngeee....nampak tak A tue....suka  auwwwwww...yang white column tue result last year ....ai suka medical checkup style japan sebab detail giler tak sama ngan mesia terlalu basic....(terasa macam ambil exam jer uols ngeee)



Berdoa nak cepat sembuh sebab nak kouyou ni......asyik duduk umah jer sebab tak cihat uwaaaaaa.

kouyou last year kat Nikko 



nota ibu jari manis ai::tengah pertimbangkan nak berCUTI sebentar dari berblog sebab kesihatan tak mengizinkan kan (terasa macam saraf mata ai dah start stress aka bengkak la sebab dah start sakit right now...so tak nak worse better ai kurangkan guna ternet) maybe take time ....bila ai nak cuti tataw lagi if uols tengok blog ni tak berupdate lebih seminggu mean ai MC kan diri sendiri la ngeeeeee.Doakan ai yer....hugs ketat2 ♥♥♥









Friday, October 14, 2011

♥ Random 3 in 1 ♥

Kemalasan melanda diri tika dan saat ni.
so layan pics jer la ekk (boley gituew???)


view waktu senja....snap guna iPhone jer....kirei ne


berbulu biji mata tengok ngeeeee

Jika chimpanzee ni uols mampu bela best khen sebab dia bijak.....nnt besar kena hantar ke zoo.







Thursday, October 13, 2011

♥ Addicted ♥

Ai ni khen since kecil2 memang addicted ngan benda berkaitan ngan corak binatang macam leopard, zebra etc....termasuk juga baju bulu2 sukerrrrrrrr. Until now tak boleh diubah but since dah kawen ai jarang beli sangat sebab darl tak berapa suka. Last weekend masa shopping kat harvest walk terjumpa satu leopard print coat berbinau biji mata ai tengok cantekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk nya.




pic tak berapa clear....but seriously ai berkenan ....belek harga 4man gurai  (RM 16++) mahal la...terasa sayang plak sebab nak pakai kejap jer.....keciwaaa sebab ai dah request handbag for my bufday nanti yang harga not bad juga so cancel tak beli la bukan apa cian plak darl ai....kang ai macam selfish beli coat yang mahal gini. Ai rasa bab baju ni paling mahal pernah beli pun 2man gurai jer (RM814) sebab ai jarang beli yang mahal kecuali handbag.


tengok retis Hollywood pakai cantek khennn....but theyols pakai yang original la...cian leopard uwaaaaa.


Ai rasa if darl ai tak tegur bab2 gini harus penuh dalam umah ni corak leopard or adik beradik yang sewaktu dengannya.......*PITAM*


benda berasakan bulu dan corak binatang ai suka kecuali vavi ngan anjing jer jangan kasi kat ai yer....baju kesayangan ai yang zebra ituew dari zaman ai single sampai dah kawen still elok lagi just ketat sket now....



Uols mesti ada addicted to something juga khen???? Setengah orang tak minat jenis ni tapi ituew la citarasa masing-masing ni ...nama pun manusia.



nota ibu jari manis ai::my son down with fever and cough...poor him terpaksa ponteng youchien today...sekali dia batuk boleh dengar satu Oyama ni.








Wednesday, October 12, 2011

♥ Alahai Gigi ♥

Uiks tetiba pasal gigi pun nak buat n3 ker???? Al kisahnyer hari Isnin lepas weols kat nihon cuti sebab cuti hari sukan memula plan nak terjah Ibaraki nak gi market basah kat Oarai tu tertiba darl sakit gigi teramat sangat...actually dia start sakit gigi malam sebelum undokai/sports day kat youchien adam lagi but dia kata ok boleh tahan then malam siap dia tak boleh tidur...cian sangat if ai harus nangess bengkak biji mata nak tahan sakit kot.Yang susahnyer kat sini bila cuti hospital or clinic pun cuti gak susah nak cari yang open tak macam kat mesia, masa darl gugel cari untuk emergency terjumpa satu emergency central opposite ngan city hall yang ni buka waktu cuti jer.


biler sakit gigi semua jadi tak der mood khen....



So pepagi buta weols terjah ingat kan weols yang awal rupa2 nyer ada nihonjin yang awal dari weols ramainyer yang sakit gigi rupanyer. Darl kena turn number 3 setiap patients ambil masa 40 minit so bayangkan berapa lama weols kat situ termasuk time darl lagi. Masa darl masuk jumpa sensei ai ngan adam tak masuk sekali sebab ai ni bab2 jumpa doc gigi memang gerun since kecil lagi ngeeeee. Biler darl kuar dia citer sensei x-ray gigi then nampak 1 saraf yang bengak teruk sebab ituew darl menderita sakit sampai ke kepala etc. Then sensei dah potong saraf 1 yang sakit tue then dia cakap kena cucuk ubat kebas ngan jarum yang super panjang.....biler dia show me da pic rasa macam nak fengsan pun ader uwaaaaa......




inilah JARUM ituew....ader berani?? if kasi kat ai... tak payah bius dulu harus fengsan terus sebab takut sangat tengok jarum gini uwaaaa....tak nak sakit gigi la.




Darl ni jarang sakit taw but sekali sakit mesti teruk so kira 1st time dia guna insurance since 2009 kat sini selalunyer ai ngan adam jer.




nasib baik ada insurance bayar sikit jer....total  ¥16070 (RM 653) but kena bayar just ¥4680 (RM 190) murah kan pakai insurance gini.




But if nak kaya jadi la dentist kat Jepun sebab sini benda berkaitan ngan gigi memang super expensive.Ai memula plan nak pakai braces kat sini sebab gigi ai tak cantek (tak malu nak bagitahu ni but ada hati bila snap pic senyum kambing sampai ke telinga lagi khen....) Sebab ai dulu masa kecil penakut giler nak jumpa dentist meraung dan menagis masa duduk kat kerusi then my umi cakap lepas ni if ai sakit gigi pun tak akan bawa jumpa dentist dah...my umi memang garang (macam ai juga kot hikhikhik) then lepas tu if sakit ai telan ubat jer....gigi pun ai cabut sendiri (gigi susu).


Then bila ai cakap kat darl ai pakai braces dia tunjuk kat ai rate ni.....terduduk tengok...mak aiiiii awat mahal giler ni...if kat mesia paling murah 3K dah boleh buat khen siap boleh bayar ansuran every month gituew....tak sini insurance tak cover if tak sakit ...


oke sapa yang paham boley baca yang tak paham meh ai citer yang penting jer ek....


Fee for consultation 0 to 10.000 yen
(ai tak rasa 0 selalu mesti ada caj punya...max ¥10000 (RM407) ).
Examination fee for orthodontic diagnosis
3-10 million yen ( min RM1220 max RM 4068).

Orthodontic treatment fees
(Base price) see details below. 30-150 million yen  ( RM 12K- RM 61K)

Adjustment of wires and adjusting regular checkups.
(Required once every 1-2 months), time / 3.000  yen to 10.000 yen  (RM122 - RM407)


kira yang atas tue memang basic la nak pakai braces uwaaaaa meraung bapak punya mahal ....now dah paham kenapa ramai gegurl nihonjin yang tak kisah part gigi tak cantik ni rupanya cost nak pakai braces pun dah boleh beli keta 2nd hand sebiji uols. Paling murah 12K baik ai simpan buat benda yang penting lagi.....orang mesia bertuah dalam part ni sebab mampu pakai braces....nampaknya ai kena bersabar dulu la....adeh bilalah nak dapat gigi cantik ni...ituew la akibatnyer penakut nak jumpa dentist sangat.Uols bertuah ada gigi yang tersusun indah gituew ai sangat2 jelezzzzz uwaaaaaaa. Hentak kaki!




nota ibu jari manis ai:: dah 2 weeks tak buat WW ni....













Tuesday, October 11, 2011

♥ Undokai ♥

Woot woot after 4 days ai rest dari berblog now ai back....ader yang rindukan ai bebel tak? Gomen ne if ada  yang comment tue yang ai tak sempat nak BW nanti bila free ai terjah umah uols na....bz sebab Adam still cuti so ada jer benda nak buat ngan dia sorang ni. Undokai / sports day ni dah berlangsung Ahad lepas but today baru la rajin nak upload.....cuti 4 hari masa last friday ai ngan darl sempat dating kejap kat Sano Outlet....survey handbag for my bufday nanti hope ada sale macam hari weols terjah tu.


hanya sekeping pic ni ai sempat snap sebab asyik bercanda dan berdating....ouchhhh gedixxx~


Ok citer pasal undokai banyak sangat pics ai weols snap so ai memang pemalas bab2 nak tempek semua ni...nak citer panjang lebar pun jejari runcing ai ni tak tergerak plak. Event start pukul 8.45am until 2.45pm...sangat tsukareta/letih balik dari situ ai terus cari bantal. Sebab bangun pukul 6am prepare untuk bento lunch weols....sempat buat bihun goreng ngan agar2 sirap jer...pic lupa nak snap sebab masa lunch tu semua lapar tahap dewa dewi dah....but weols ada masuk dalam  Oyama Tv (feeling retis *fengsan*)....so uols layan pics jer la ekkkkk.


kena ada kertas ni kat keta if not tak boleh parking.


meriah uols tengok kids ni perform 


darl buat volunteer...ada 3 part dia terlibat...cian darl dah la sakit gigi hari tu.....


 nilah costume yang weols kena buat last week lawa khen.....tema ala2 dragon ball gituew


 arigatou Yaguchi sensei sebab beri kepercayaan kat Adam untuk kasi omiyage kat obasan dan ogisan yang masuk games ni....sensei cakap adam happy go lucky (like me kot ngeee)


my task kena dance ngan adam practice benda lain kuar benda lain...actually malu nak tunjuk pics ni sebab ai comot sangat tak sempat nak melawa pepagi sebab bz buat bento....but ai rasa makin slim la....hope ini bukan ilusi ngeee...duch OVER giler taw. 


antara omigage yang weols dapat.....darl dapat 1 box tisu ngan special omiyage sebab sudi jadi volunteer then ai dapat 1 kotak tisu sebab dance ngan Adam....yang selebihnya Adam punya...cookies tu ada yang boleh di makan adan ada yang masuk dalam tong sampah sebab ada chicken or gelatin etc. 1st KING MEDAL Adam kun 2 in 1...medal dan boleh main...kreatif betul nihonjin ni khen....(benda paling fofuler ramai dapat ialah TISUUUUUUU) ngeeee!


Bila sebuat event kat youchien ni baru ai perasan yang theyols tak der tukang kebun, tukang cuci etc so lepas habis jer undokai darl ngan geng lelaki kena tolong angkat kerusi,simpan khemah etc....apa yang penting ....KERJASAMA gituew ngeee....

Sorang nihonjin tu datang tanya ai....ni pakai KAIN atas kepala tak panas ker??? ai senyum jer sebab dia bukan orang pertama tanya gituew.....cuma cakap orang Islam perempuan wajib bertudung ....ai happy sekurang2 kehadiran ai di sedari...just beza pakcik tue berani tegur ai hikhik....maybe ai sorang yang lain dari yang lain....alhamdulliah~



nota ibu jari manis ai::n3 pendek but penuh ngan pics roni roni gituew.....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...