♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Wednesday, April 27, 2011

♥ Tangan ai kena operate? ♥


Tajuk tak boleh blah hikhikhik...nie entry khas buat kengkawan yang semalam tanya kat fesbuk pasal tangan ai yang kena operate ...why? jawapanya jeng jeng jeng !!!


Actually case ni dah lama tahun 2008 lagi tangan sebelah kiri ai ada ketumbuhan...nak kata ketumbuhan tulang tak juga sebab tak keras...dia lebih kurang macam tempat yang ada putih kat ayam tue...selalu kita potong kat area tue kan sebab lembut...arrr gitew la ibaratnya. Doctor kata namaya genglion (tak sure spelling betul ker tak). Tumbuh antara pengelangan tangan sebesar bola guli. 1st operation ai buat tahun 2008 tak ingat bulan bila then tahun 2009 ai kat japan benda tue tumbuh balik then May 2009 ai balik mesia 3 bulan untuk operation tue. Senaja tak buat kat Japan sebab ai dah rasa macam mana susah nak handle semua benda guna sebelah tangan. Operation pun ai buat kat General Hospital (GH) kat Alor Star. Ai ada pergi kat private hospital tanya kos nak remove genglion ni dan almost 5k and above so rasa sangat tak berbaloi ngan price gitew.


So ai decide buat GH...yang 1st operation tue kena tunggu 4 bulan sebelum leh buat...masa tue ok lagi sebab tinggal kat mesia. Untuk 2nd time ai balik ai jumpa balik Dr Raj dia terkejut sebab setahun tumbuh balik ...dalam hati kata mesti dia tak buang betul-betul hikhikhik. Lepas tue dia nak kasi date but bila ai kata dia tinggal kat Japan terus dia kasi date tak sampai seminggu untuk buat. Ai so lucky sebab doc tue sanggup ubah schedule...Dulu masa operate pakar bius datang jumpa ambil darah semua but untuk second time apa satu tue tak buat...yang ni ai tak sure sebab bila ai tengok nama ai tak ada dalam database dia orang sebab date operation terlalu awal dari selalu so ai tak kisah sangat janji ok.


Sepatutnya operation ni kejap jer dalam half hour dah habis tapi untuk 2nd time sampai 2 hour gara-gara jantung ai lemah...itu yang doc cakap la...tengok macam easy je remove benda ni tapi kena bius satu badan uolls...ai memang fobia bab ubat buis ni sebab lepas jaga jer sehari asyik muntah.... lemah satu badan asyik muntah...muntah dan muntah...ouchhh!


Ai dah cari pic yang tunjuk macam mana rupa tangan ai before operation tapi tak jumpa rasa ada kat mesia kot. so layan jer pic ai kat GH jer....remove benda ni bayar just RM 45 jer...beza banyak dari 5K tue kan...lagipow GH ni yang baru so selesa juga la, stay pun tak lama just sehari semalam jer.



taraaa ni la rupa tangan ai yang dibalut dengan berlapis-lapis kain bawah tangan ai doc letak papan nipis nak bagi tangan lurus...Dr Raj kata memang balut tebal dari yang 1st tue. Bila berpeluh cari lidi nak garu...rimas tuhan jer yang tahu. Kena pakai benda ni 3 weeks sebelum buka dan cuci.




yang ni pula 1st time doc suruh pakai silicon tangan ni nak bagi tangan stabil dulu tak buat benda ni...yang ni kena buat ikut ukuran tangan guna lilin if tak salah dulu...caj just RM 35 jer. Yang ni ai pakai sebulan lebih sebelum doc cakap boleh tanggal but tangan still keras tak leh gerak sebab sakit if move.


Sebab tue ai balik 3 bulan kat mesia kira waktu yang sesuai gitew nak operation dan recover ...until now ai dah tak angkat benda berat-berat takut sejarah akan berulang...ngeri tak sanggup nak kena kali ketiga dah. Sebab operation ni ai dapat merasa masuk dalam dewan bedah yang selama ni tengok dalam TV jer...serious ai cakap sejuk giler dalam tue...ketaq satu badan tak tahan ooo.


Gitew la serba ringkas cherita tangan ai ni hikhikhik. My advise jagalah permakanan dari sekarang sebab segala penyakit bermula dari makanan, belajar bersyukur atas kurnian yang Allah berikan sebelum di tarik sebelum waktu. Ai rasa now dah paham apa yang OKU rasa bila diri kekurangan sebab selama 2 bulan tangan sebelah kiri ai tak berfungsi sebelum sembuh. Alhamdulliah now dah ok cuma bila sejuk ada sikit rasa sakit kat tempat operate tue. Moga di permudahkan segalanya AMIN.! @_____@ !





Tuesday, April 26, 2011

♥SEM@NG@T♥


Bersarang lagi blog ai ni...so hari ni kena buat juga new n3 if not sampai ke sudah tak update hikhik. Start awal minggu lepas ai dah start buat rutin baru (ayat tak tahan hikhikhik) merajinkan diri untuk wakling dan cycling selama 2 hour. Di sebabkan Adam dah gi youchien so banyak free time dari duduk buhsan kat umah baik gi exercise tak gitew?


Memula ai start walking half km then baru naik basikal keliling Jyou Hoku uolls (sila percaya oke). Dah lama rasanya tak cycling ada dekat setahun lebih tak pegang basikal tue. 1st day memang segala urat rasa sakit yalah nampak sangat ai ni `sangat rajin exercise` now dah rasa ok. Semangat nak kurus lagi sebab jeans ai dah ketat balik huwaaaa!


Meh nak share ngan uolls basikal tua ai ni hikhik...ai naik basikal ni jer bukan basikal race tue..kira oke la dari tak der langsung ekk. Hope semangat ni tetap teguh dan jitu lepas ni sebab start summer memang panas giler plus nanti masuk bulan posa macam dah tak sesuai ai nak buat benda ni bila panas terik kan. so kena pikiq benda lain plak nak buat lepas ni *_____*! So uolls buat apa ek? gi gym ker???




kirei kan tulip tue...ai sanggup buat muka tak malu letak basikal kat citu hikhik actually ni sekolah rendah Jyou Hoku...ketidaksabaran nak gi lepak kat ladang tulip this weekend...yipeee!



Thursday, April 21, 2011

♥Cherita Bento♥


Start awal minggu ni ai dah start buat bento untuk Adam di sebabkan menu di youchien banyak daging,ayam dan pork so for safe ai bikin bento everyday kat dia ikut menu kat citu. Memang dia sorang jer bawa bento pada hari yang bukan bento tapi nasib baik ok. Kalau ikutkan bayar untuk makan kat youchien lagi murah just ¥3000 sebulan compare nak buat bento. Tapi bukan boleh buat main soal haram bab makan ni but we so lucky sebab sensei kat situ sangat concern tentang pemakanan Adam sampai call tanya nak bagi makan buah boleh tak? boleh kata whole week ni everyday sensei call cakap pasal Adam dia jatuh ka nangess ker semua sensei citer siap minta maaf sebab tak tengok betul-betul. Wow ai salute cara dia orang buat keja.


Dah 4 hari buat bento tapi seni tak dapat lagi...parah dan ai tak malu akui tangan ai tak berseni langsung bab nak mendeko food ni but now still learning.Ini antara menu bento yang ai buat, semuanya simple jer.



Dalam banyak-banyak menu ai paling suka buat onigiri sebab simple dan easy. Just take 5 minute nak buat hikhik...memang dasar pemalas kan. InsyaAllah lepas ni ai buat recipe untuk onigiri tue rasa semua mampu buat sebab teramat senang *____^.






Monday, April 18, 2011

♥ Last Sakura ♥



Sabtu lepas ingatkan hujan so plan nak duduk kat umah layan movie jer tak sangka weather ok plak so tertiba mr husband cakap jom kita lunch kat koen...ai ngan blurnya cakap la nak hanami lagi ker??? then dia cakap jom la sebab sakura dah start luruh maybe next week dah habis. So ai sempat buat bihun goreng jer sebab pagi tue dah lunch nasi goreng cina. Gi pun koen dekat umah jer kat situ ada 2 side sakura pink dan putih, senaja pilih pink sebab last 2 weeks hari tu dah tengok sakura putih. Hope uolls layan pics tak seberapa ni sebab malas nak menaip panjang-panjang lagipun saraf mata asyik sakit lately. Sila abaikan muka ai yang comot itew gara-gara tak sempat nak berhias diri aka makeup....nasib baik ada spec itam kesayangan ai itew boleh juga cover line hikhikhik.











Friday, April 15, 2011

♥ Marilah Menabung ♥


Since tinggal kat Nihon ai ajar Adam supaya menabung, dan tabung bukan macam tabung ayam yang boleh pecah tue yerrr. Ai beli yang jenis tin bila penuh baru leh buka. Kali ni second time dah tabung Adam di buka. Tak der la banyak sangat duit tapi habit tue penting kita tanam kat anak-anak. Now balance even sikit memang dia taruk kat dalam tabung.


Last week dah buka tabung sebab dah full but tak kira pun sebab ingat nak bawa gi bank jer tapi nasib tak berapa baik waktu pergi tue weekend so tak boleh buat kena buat weekday jer. Rasanya ada la dalam ¥4000 lebih jer sebab banyak duit 1 yen sebab jarang guna. Adam ada 2 tabung satu yang biasa dan satu lagi yang untuk allowance kids yang bulanan dapat tue, memang yang tue dah sampai 15man memang kami tak guna langsung sebab tue duit dia.




ni la rupa tabung Adam...kalo ikutkan letak 500yen bila penuh boleh dapat 30man tapi tak ikut pun suka hati nak taruk berapa yen hikhikhik.



see penuh dengan 1 yen jer, kira buat beli mainan ngan coklat kat dia hikhikhik.


ai thing beli tabung jenis ni much better sebab if tak penuh tak rajin nak buka sebab susah kan. Ingat satu perpatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit tak gitew? *_____-!




Wednesday, April 13, 2011

♥ Macam-macam rule daaaa ♥


Petang semalam sensei class Adam datang visit kami kat umah just nak kenal lebih rapat, ni kira rule wajib dia orang visit umah student. Banyak benda dia tanya dan bagitahu, walaupun Adam baru masuk youchien 2 hari tapi macam-macam dah jadi. Sensei bagitahu yang tomodachi tanya kenapa Adam tak berdoa macam dia orang waktu makan...alah tangan ala menyembah ngan sebuat etalakimas(betui ker eja gini?) jawapannya memang ai ajar supaya sebut bismilah then memang dia follow what rule yang ai bagitahu. But actually kalau ikutkan tue bukan doa just macam ucap saya makan dulu gitew jer. But as muslim benda kecik pun kena di titik beratkan walaupun kita tinggal di negara bukan islam.


Then sensei cakap yang Adam suka gi toilet bukan dalam waktu yang di tetapkan. Rule kat sini ada 2 kali jer boleh gi toilet ai tak sure time yang sebenar....manalah anakku nak tahu yalah baru masuk 2 hari rule banyak nak kena follow so hope he can learn ASAP. Lagi satu sensei bagitahu yang tomodachi tanya lagi kenapa Adam gi toilet kena bawa air? then jawapannya ialah as muslim kena cuci segala hadas kecil dan besar dengan sempurna mean tak boleh main lap jer ngan tisu. Sensei tue cakap dia perlukan answer sebab bila bebudak lain tanya dia dah ada jawapan sebab tak nak Adam nampak lain dari dia orang sebab sebelum ni ada kes yang budak luar juga study situ ada habit lain dari nihongin kena ejek then sebab stress budak tue dah stop study kat citu. Gluppp! ada juga kes gini ek tapi nak buat macam mana perangai budak-budak memang gitu.


Setakat ni hanya dua tue jer yang sensei cakap Adam tak sama ngan budak lain yang other side overall ok sensei dan tomodachi suka sebab dia ceria(ehemmm tue memang perangai dia hikhik). Semalam dia kasi jadual untuk aktiviti until bulan July, banyak sungguh activity luar yang dia orang buat. Ni baru kat youchien tak masuk kolah rendah plak hope my son ada semangat yang kuat untuk study kat sini. Pagi tadi Adam sakit perut plus cirit birit dalam pukul 3.45am cian dia 2 3 kali gi toilet ingatkan hari ni nak suruh cuti rupa dia cakap dah ok nak gi youchien juga.


Rasanya banyak experience yang ai dapat kat sini yang tak mungkin ada di Mesia. Cuma banyak cabaran yang kena tempuhi as muslim bila tinggal di negara yang majoriti non muslim. InsyaAllah moga segala di permudahkan olehNYA. @_____-


Adam dan sensei



Tuesday, April 12, 2011

♥ LONELY ♥

Salam semua dah lama tak menaip apa-apa kat sini. Meh nak citer petang kemarin ada lagi jishin kuat M7 kena kat Fukushima near nuclear plant tue kat Oyama kena M5 pehhh melompat selaju mungkin kuar dari umah, neighbor semua dah ada kat padang, HP half hour tak boleh guna lepas tue memang kuar amaran tsunami kat Fukushima dan Ibaraki....memang tak stop jishin walaupun dah genap sebulan tragedi 11 March. Kat tempat lain tak sure macam mana tapi kat tempat ai hari-hari kena, macam pagi tadi breakfast dalam jishin. Rasa kesian macam kami yang tinggal di 3 ken ni iaitu Fukushima,Ibaraki dan Tochigi sebab jishin if kena yang kuat kat 3 ken ni la sebab dekat dengan pusat gempa. Tak apa anggap yang ni pengalaman hidup yang tak mungkin di perolehi di tempat lain walaupun macam bad dream jer.


Ok stop citer pasal jishin masuk part my son dah gi youchien, hari ni masuk second day dia gi youchien, alahai semangat membara tengok tapi ai rasa sangat lonely plus empty without him. Maybe first time leave him alone insyaAllah lepas ni mungkin akan kurang rasa tue. Mood jadi tak menentu fikirkan dia ok ker tak kat sana. Rasanya semua ibu akan rasa benda yang sama memula hantar anak ke school ekkk?



my lil hero


Last weekend sempat berhanami kat Gongendo koen Saitama, tak der jauh mana pow sebelah ken kami jer. Kuar pukul 8am sampai pukul 9am sejam juga driver plus jamm dan traffic light. Ingatkan dah awal sampai rupanya ada lagi nihongin yang awal dari kami. Ramainya umat manusia di pagi hari. Tapi tempat ni memang cantik sangat sepajang sungai ada pokok sakura yang merimbun dan nano hana. Putih dan kuning sangat kirei.



kirei desune

breakfast nasi goreng ngan koropok goreng jer...dasar pemalas kan :-p



sakura memutih di belakang (:


satu padang tue kuning

view pukul 9.15am


actually ramai orang tengok kami masa ni tapi buat tak nampak jer hikhik :D


suda mau pulang dong!






Friday, April 8, 2011

♥ Aktiviti Sepanjang Minggu ♥

Wah dah lama dibiar blog ini bersarang, tengah malam semalam gempa kuat M7.4 sama ngan jishin yang ai kena sebulan lepas. Nasib baik dekat Tochigi kena M4 jer tapi lama almost 1 minute...risau sangat bila tengok semua dah berbunyi cuma tak jatuh jer. Dugaan dari ilahi kepada hampanya kena redha.alhamdulliah kesihatan makin baik cuma ai tak boleh duduk lama di depan pc melayan internet if not sarat mata cepat stress so bengkak dan akan sakit.This week memang busy dari hari biasa sebab my son Adam dah masuk youchien/kindergarten.


Everything first time dari register sampai ke youchien. Semalam Adam ada sesi suai kenal dan dia satu-satunya orang yang masuk lewat (mean reg waktu umur 5 tahun sebab selalu orang start hantar masa umur 3 tahun) nak buat macam mana sebab masa sampai nihon tahun 2009 tak terlintas nak hantar lagi sebab dia cakap nihongo pow tak pandai lagi now alhamdulliah dah terror.



inilah sensei class adam


So kira dia sorang jer yang encho sensei/pengetua pekenal dan jemput naik atas pentas. Actually masa tue ai nervous giler takut dia nangess ker apa rupa sampai atas stage senyum sampai ke telinga siap ngan peace lagi...satu hall gelak tengok dia...issyy tak malu langsung budak ni, anak sapa ntah hikhikhik.




tengok sensei class dia pow gelak ...adeh Adam Najmi oiii, tak pernah dibuat orang!


Lepas sesi ngan kids tamat sesi with parents plak untuk pilih ketua dan AJK bagi setiap class if ada meeting apa kena attend wakil kepada parents yang lain. Rasanya first time juga buat gini sebab masa tadika kecik-kecik dulu semua ni tak ada kan. If ada pow masa masuk sekolah itu pow bukan pilih ikut class tapi keselurahan rite. Then lepas meeting kami dibawa ke class our kids kebetulan pula my son same class with my neighbor orang filipina bawah ni so nanti dia orang leh gi youchien together naik bus :-p.


Bulan ni belanja pun lebih nak masuk youchien macam nak masuk international school jer gayanya habis almost 5k dari register, pakaian+beg etc dan monthly fee. Berpeluh kira hikhik...so dah bajet for setahun untuk adam kena ada 12K. Mahal giler tapi nak buat macam mana dah gitu rulenya plus private plak. Nasib baik ada sorang jer if ramai memang pengsan nak membayar. Now ai dah paham nyapa ada kawan tak kasi anak dia masuk youchien terus ke sekolah rendah sebab kos yang tinggi.



Semalam dia orang introduce start from encho sensei sampai la ke driver bus dan tukang masak. Kira sorang pun tak tinggal...sugoi ne sebab kat mesia tak ada semua ni. Buat macam ni senang kita nak kenal ngan staff dia orang. Lepas habis aktiviti kat youchien kita orang jejalan cari sakura almost tak kembang lagi kat area Oyama ni.



2 hero yang smart...ai menupang sebelah nak snap jugak hikhik.

Sudah cukup sebulan ai diet alhamdulliah tengok mirror diri back to normal just lemak tebu bahagian muka jer susah nak di hilangkan...sapa-sapa ada petua nak slimkan bahagian muka ekk?




bezakan diri ai sebulan lepas ngan today...sentiasa pujuk diri jangan terlebih makan...alhamdulliah now i can smile.



Monday, April 4, 2011

♥ DIRI DI UJI LAGI ♥

Pendek saja entry kali ini....Dah lima hari ai tak update apa-apa kat sini but alhamdulliah ramai juga sudi singgah. Maybe ai take time nak berblog balik di sebabkan kesihatan yang sangat tidak mengizinkan untuk duduk lelama depan pc nie. Dugaan dari Allah ai terima ngan redha...orang cakap setiap musibah yang Allah turunkan bermakna Allah sayangkan kita. Dan dengan mushibah tue diri semakin dekat denganNYA, insyaAllah ai just need time to recover. Doakan yang terbaik yer kawan-kawan. .


After this jangan tertanya-tanya di mana ai sebab ai akan silence beberapa ketika. InsyaAllah bila diri makin pulih ai akan kembali berblog seperti biasa.Semoga Allah mempermudahkan segalanya!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...