♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Thursday, March 31, 2011

♥ EFFECT AFTER 11 march ♥




Sepatutnya nak tulis entry ni from last week lagi but asyik terlupa jer. Ok seperti yang kiter tahu selepas tragedi 11 March banyak kejadian berlaku lepas tue seperti kebocoran logi nuclear,gempa susulan after shock 150kali dalam masa 24 hour. Until now apa yang ai baca semalam gempa kecil masil ada hampir 30kali dalam satu hari. Semalam apa yang ai perasan jishin/EQ ada 4 kali yang gegaran nya kami rasa, berpusat di Ibarki ngan M4 atau 5. Kepala pun asyik pusing jer sometimes tue bukannya ada jishin pun maybe sebab kerap sangat jishin kat sini.


Semalam Mr Husband bawa balik pic dekat kaisha/company selepas di audit baru dapat permission untuk upload pic ni hikhikhik....letih dah pujuk sebab kaisha dia ada term yang kena follow. Lambat pun tak per janji ada. Sempati ai tengok keadaan kat dalam kaisha tue...patutla dia ajak balik Mesia dia cakap tak elok tinggal kaisha dalam keadaan gitu....ingatkan tak teruk bila tengok baru perasan banyak juga damage. Ini antara pic yang orang luar boleh tengok dalam line production lagi teruk tapi yang tue tak dapat di upload.



Mr Husband sempat senyum simpul dalam office yang berselerak itew.



ok settle pasal ni nak sambung affect yang ramai orang tak tahu, dan yang paling simpati buat penduduk yang tinggal di Chiba. Kesan yang di beri nama soil liquefaction di sebabkan kebanyakan tanah area chiba ni dia orang tambak atas laut so bila jishin kuat hari tue minyak keluar, tanah jadi lembek kira tak berapa stabil. For your information lepas jishin kuat pulau di Japan bergerak 2 meter dari kedudukan asal. Bayangkan betapa kuatnya....sebab tue ngeri sangat bila ingat balik.

ni dekat Obaiba tempat wajib kami lepak waktu jejalan kat Tokyo sambil tengok rainbow bridge penuh ngan selut...merekah sana sini...sedihnyer tengok!


Pics yang kat bawah ni yang di ambil oleh mereka yang pergi Tokyo Disneyland. If tengok video lagi takut sebab tengok best naik attraction sana sini tertiba semua benda terhenti dan bergoyang ngan kuat. But ai salute ngan nihonji ni tak der menjerit bagai sebab dia orang di latih dari kecik supaya calm if ai harus nangess sebab takut hikhikhik.



tengok macam mana effect dekat parking disneyland nasib baik kat dalam disneyland ok.


penuh ngan lumpur


tanah tak kuat tiang pun terbalik...kowaii ne


Lepas jishin kuat last 2 weeks ago until now Tokyo disneyland still close for public but ai tengok dalam website semua dah clear dan dia orang dah repair apa yang rosak,but honestly ai still fobia nak gi sana walaupun memang plan nak pergi next month nampaknya terpaksa cancel dulu. Semoga di permudahkan segalanya.




Wednesday, March 30, 2011

♥Korang Perasan Tak Bila Diri TERGEMUK?♥


Ini entry luahan hati gitew! Dah sebulan ai terasa perubahan diri yang semakin hari semakin mokmok aka GEMOK! arggghh serius stress sebab lately memng ai kuat makan sometimes sampai pukul 12am if lapar ai masak maggi(sangat tak sihat kan). Lepas balik dari cuti-cuti Mesia bulan January lepas ai selalu buat kek selang dua hari sekali tak kisahlah apa jenis kek pun sebab my hero suka giler makan kek. Macam semua tahu dalam kek banyak cholesterol tapi yang tu la sedap hikhikhik.


Sangat obvious last month waktu IDA datang visit us. We all ada snap pic waktu tue so bila upload kat FB ramai yang tegur perubahan diri sampai ada yang kata ai preggy....uwaaa case berat ni. Memang waktu tue ai stress tahap dewa dewi dah tambahan tengok sana sini ada lebihan lemak...serius macam tak percaya ini adalah diri ai.


Bukan apa sebab badan ai bukan jenis senang naik so bila mokmok sikit semua orang perasan terutama dekat muka,perut dan paha. Muka ai bolat giler...so kira nasib baik lepas jishin/earthquake kuat hari tue makanan kena catu dekat seminggu juga la so start hari tue ai dah displinkan diri terutama waktu makan after 8pm if lapar macam mana pun ai akan tahan tak makan just banyak minum air kosong. Urummm ai juga BERPANTANG tak akan snap my pic until ai confident yang semua kembali ke bentuk asal.


Kek pun lama tak buat cuma last week ada bikin sekali saja if tak ok juga kena start exercise or start naik basikal balik. Ai tak sure orang lain tapi ai nampak pelik bila mokmok....now ai paham istilah diet dan kenapa orang nak kurus, sebab semuanya nak cantik!



saja letak pic ni supaya dapat memotivasikan diri agar kembali ke bentuk asal. 1st pic nampak muka bujur sirih ai tue tulang muka pun terbentuk elok...last pic sebulan yang lepas....dari bujur sirih menjadi bolat seperti belon....tak der dagu runcing dah!



Sapa yang senasib ngan ai ek??? apa agaknya uolls rasa lepas tengok diri berubah dari segi fizikal...maybe ada yang tak kisah buat ai care about this. If tak control dari sekarang takut makin hari makin membesar dan bertambah bolat hikhikhik *______^.


Tuesday, March 29, 2011

♥ Gempa Di Mesia? ♥


Lepas baca paper dua tiga hari lepas yang mana ada mengatakan yang titik gempa makin hampir di Mesia lepas kejadian gempa kuat di Japan,Indonesia, Myanmar etc rasa gerun pula sebab ai dah rasa macam mana teruk dan takutknya kejadian yang di namakan earthquake ni.


Honestly ai rasa mesia tak ready dengan keadaan gini jika terjadi suatu hari nanti. Pertama ai harap akan ada pihak mencadangan pembinaan rumah dan bangunan yang tahan gempa seperti di Japan. Sebab if jadi gempa kuat habislah semua rumah kat mesia akan ranap sebab bukan tahan gempa. Contoh terdekat di Myanmar hari tue , tengok bertapa teruknya keadaan di sana. Subahanaallah sungguh takut bila di kenang kembali.



pic from mr gugel


Jika selama ni negara kita safe dari segala jenis bencana alam kecuali banjir kali ni rasanya kita tidak akan berapa aman bila melihat situasi gini akan berlaku. Percayalah setiap yang terjadi adalah dengan kehendakNYA sama ada kita bersedia atau tidak. Jika terjadi adakah kita akan jadi setabah rakyat Japan? Renung-renungkan....cuma apa yang di harapkan berdoa la agar perkara yang buruk di elekkan terjadi di Mesia InsyaAllah.



Monday, March 28, 2011

♥ VIRUS ♥

mood agak tak stabil lepas blogwalking 2 hari lepas...fobia pun ada. Al kisahnya ai BW kawan-kawan baru sampai ke satu blog tue...keluar WARING ada virus(bunyi macam keta bomba hikhik)...arggghhhh terkena la jawabnya sampai my blog pun ada virus.


Try nak remove tak boleh so nasib baik ai tanya pada yang pakar...alhamdulliah berekor-ekor virus tue dah di tangkap ngan selamatnya @___@. Ai tak sure nyapa jadi gitu maybe ada yang letak virus tue kat blog dia orang actually bukan satu blog jer kena hari tue masa ai BW ada 3 blog kena attack. Cian pun ada sebab ai pun kena gak, kira berjangkit gitu....if tak remove kat blog kiter cian orang yang BW pun kena gak.


So better pakai antivirus yang strong, just ai risau sebab selalu juga ai on9 guna iPhone then kat keitai tak ada antivirus ...so lepas ni mungkin jarang BW ke blog tue sebab ai tengok virus tue still ada. Serius gerun ingatkan hari tu macam nak buat new blog jer. But alhamdulliah semua dah settle, ai hope blogger tue perasan yang blog dia kena virus sebab nak bagitahu dah tak berani nak masuk blog tue. Terasa diri macam selfish pula....uwaaaa!



Friday, March 25, 2011

♥ Bila Big Boss Suruh Masak ♥




Sebulan lepas boss my husband kat kaisha/company minta ai masakkan kat dia orang gulai ayam (gulai tue kari la...orang utara panggil gulai :-p) kasi pedas sikit...nasi tak nak warna putih ...isyyy kata dalam hati giler demand tinggi-tinggi dia orang ni bab makan.


Tapi di sebabkan ada jishin/earthquake yang kuat last 2 weeks ago so terpaksa postpone date nak masak kat dia orang tue...harinya adalah hari ni. Awal ai bangun nak masak semua, sorang mintak masak ala kedai mamak sorang lagi mintak ala menu orang kenduri...pehhh berpeluh dengar, ini akibatnya bila tinggal kat Mesia lebih dari 3 tahun budaya makan pun dah jadi macam kita. Dia orang request sebab lama tak makan lagipun kari jepun manis tak sedap macam kari orang mesia.
Urrmmm part kari tue ai no comment la sebab tak pernah terlintas nak try makan pun even ada kari ikan dan seafood sebab still was-was ingredient yang ada dalam kari tue. Satu lagi tak nak guna beras jepun sanggup hantar kat ai beras siam hikhikhik...sakan mamat jepun ni @___@.




beras siam 5kg...4 tin air rambutan,air kelapa dan air laici...tue kira hadiah kat ai sebab masak kat dia orang hikhikhik.



Then semalam cakap kat mr husband `nak ai masak ayam masak merah,daging masak itam dan acar tak?` (dalam nada perli) yalah dia orang request menu ala kenduri kan hikhik...then dia gelak jer...`cian letih kena masak ...sorry ek` adeh ayat tue bisa buat ai cair hikhikhik.
Then pagi tadi masak simple sangat buat gulai ayam ngan nasi jer untuk 4 orang makan.



nasi

gulai ayam



Dah la pagi ni sejuk sangat malas giler nak bangun hikhik...ai tak sempat nak rasa pun sebab ai buat cukup-cukup untuk dia orang jer. Then tengah hari tadi mr husband call cakap yang big boss request nak makan lagi lepas ni....dia cakap sedap sampai kuah kari pun dia orang hirup macam minum sup jer...last tinggal tulang ayam jer....dia cakap lagi tak sempat nak bagitahu jangan makan buah pala etc yang letak dalam nasi tue dia orang dah telan semuanya tak tinggal satu pun...hahahaha yang tue memang habit dia orang. Nampaknya lepas ni ai kena warung tepi kaisha la jawabnya.


Malam ni schedule for blackout kena group no 2 mean area ai la start pukul 6.10pm until 10pm ..urmm lama la ai tak suka sebab kat sini malam sejuk giler. Semoga Allah permudahkan segalanya amin!








Thursday, March 24, 2011

♥ Keitai owh Keitai ♥



Dua tiga hari lepas keitai/hp ai buat hal
tertiba screen blank
rasa macam nak nangess jer
sebab tekan apa pow tak boleh
ai pow pura-pura merajuk ngan mr husband
then dia cakap
uiks nangess ekk
pada hal ayaq mata tak kuar lagi pow
gedik lebih
sebab ai sayang keitai tue mr husband
kasi hadiah awal last year
so sangat precious kat ai
since ai kawen almost 7 year ni
ada 3 kali dia kasi hadiah keitai
memula tahun 2005 dapat keitai from samsung
lupa jenis apa tapi sangat chomel dan kecik
tapi hilang masa letak dalam keta sebab orang curi
sedih sangat masa tue
then tahun 2007 dapat N73 from nokia
until now keitai ni elok lagi
masa sampai nihon tahun 2009 nilah keitai
yang ai guna kat sini...sayang sangat
then latest awal tahun lepas dapat iPhone
iPhone 3 jer dia kasi 2 bulan sebelum iPhone 4 keluar
nak demand lebih tak sampai hati plak
sebab mr husband selalu kasi yang canggih buat sang isteri
tapi dia pakai keitai yang murah dan biasa jer
tapi tue memang sifat dia
lebihkan isteri tapi buat diri sendiri pakai yang murah pow tak apa
owh hati ai sangat terusik bab ni
bukan tak mampu tapi tak mahu membazir katanya!




ini 2 dari 3 hadiah keitai yang ai dapat dari mr husband.


pasal screen blank tue nasib baik tak bawa gi repair lagi
sebab kat internet ada cara nak solve
alhamdulliah oke lagi ketai ai.....T____T
D@rling arigatou ♥♥♥







Wednesday, March 23, 2011

♥After shock day 13 ♥



Cepatnya masa berlalu hari ni dah masuk hari ke 13 tragedi 11 march, terasa macam semalam jer terjadi. Alhamdulliah keadaan makin bertambah baik dan terkawal.


Cuma buat masa sekarang ai kena pantang nak beli dan makan sayuran segar sebab radiation banyak dia orang jumpa dalam hourensou/bayam dan susu all product from Fukushima,Ibaraki dan Tochigi. But alhamdulliah nampak macam semua supermarket alert about this so dia orang dah stop ambil dari 3 ken/negeri ni. Macam fresh milk yang ai sempat belek banyak dia orang ambil dari Tokyo so mahal dari harga selalu but no choice asal safe untuk di minum mahal pun sanggup bayar.


Start awal minggu ni semua supa kat sini benarkan semua barang yang dibeli dalam 1 item jer, tak boleh lebih maybe sebab stok tak banyak so yang sikit kena share agar semua orang dapat beli. Ai noticed harga barang pow naik sekali ganda macam milk,egg etc tapi dekat Shi/dearah ai la yang tempat lain tak sure plak.


Lepas jishin/earthquake hari tue semua benda kena catu seperti electric,food dan petrol , nasib baik air tak kena catu if not haru juga la. Semalam call kawan kat Hitachinaka Ibaraki ingatkan dia dapat ticket balik rupanya tidak, kecian sebab tempat dia kena teruk juga dan ai heran macam mana nama dia tercicir dalam list tue sedangkan all Malaysian yang tinggal kat Ibaraki dah balik. Nasib baik dia tak kisah sangat maybe sebab dia lelaki T_____T.


Lately jishin dah kerap jadi start kemarin sampai pagi ni. Pagi ni bangun awal gara-gara jishin kuat 4 kali dalam masa 10 minit. Memula nak buat biasa jer tapi bila si Adam lompat atas ai sebab takut tue yang terjaga terus. Kuat sebab pusat gempa dekat Fukushima or Ibaraki dengar bunyi berombak sebelum sampai, ai takut dengar sebab ai tahu if bunyi macam tue mesti jishin kuat.TV pun ai tak letak kat atas sebab bila jishin dia bergoyang teruk takut jatuh macam hari tue. Pinggan mangkuk pun ai nak tukar pakai plastic sebab hari tu gegar banyak yang pecah...biar tak elok asal selamat...tak gitew?


So guys please never stop pray for us ok!


Nak share ngan kawan-kawan pics yang kawan snap last week dekat Hitachinaka credit to Mr Pai for beautiful pictures here! ARIGATOU











Monday, March 21, 2011

♥Selamat Pulang♥




nak ucapakan selamat berangkat buat kawan² di Ibaraki
sebab esok pagi mereka akan kembali ke tanah air
flight pukul 10.30am
alhamdulliah mereka antara ken/negeri yang di pilih
nampaknya ai akan sunyi di sini sebab jiran sebelah semua pulang
walaupun rasa agak lambat proses hantar balik ni sebab
minggu ke 2 baru di suruh pulang
lagipun keadaan di sini dah agak stabil
tapi kena ikut juga sebab keputusaan government
semoga kembali dengan selamatnya
jangan lupa

PRAY FOR US!

insyaAllah Allah bless us♥♥




Thursday, March 17, 2011

♥ DUGAAN ♥





Lately banyak sangat rumor yang disebarkan oleh orang tak bertanggungjawab antaranya yang ai dapat semalam kat fb antaranya::


"berita hari ini melaporkan radioaktif dari fukushima bergerak ke Tokyo dalam tempoh beberapa jam lagi.Kerajaan Jepun sudah keluarkan amaran yang menyatakan radiasi merupakan ancaman nyawa manusia"


See? apa anda rasa jika anda berada disini? Cuma nak cakap sudah-sudahlah sebarkan rumor yang tidak berasas macam ni lagi. Kami sangat stress sekarang dan tolonglah jangan tambahkan dengan pekara yang tak berfaedah gini. Family kat Mesia risau bila dengar benda gini.


Mission mencari ticket flight buntu lagi hari ni gara-gara semua ticket fligt dah sold out yang available hujang bulan jer saja. Harap logi nuclear tu dapat di kawal dari terbakar dan temperature down.....serius ai gerun dan takut tambahan pula since semalam angin kuat.


Cuba tabahkan hati sebaik mungkin walaupun kadang-kadang down or tewas juga...kesabaran makin tipis moga Allah kuatkan semangat ni. Jishin or earthquake still ada until now cuma beza tidak sekerap 6 hari lepas tapi semalam 3 kali tempat ai kena jishin M5, masak pun banyak kali kena stop dan tutup gas sebab jishin.


Kesihatan tidak berapa memuaskan hati bila kulit dah start gatal-gatal,batuk dan sakit pekak harap ni adalah normal bukan kerana radiation. If orang di Mesia takut ngan product from Japan ai pun gitu...takut juga nak beli sayur dan benda basah lain sama ada dia orang dah check ka belum semua tue sentiasa ada dalam kepala sekarang walaupun ai tahu gov tak akan menyusahkan rakyatnya.


Banyak kawan-kawan dah pulang ke Mesia(bertuah mereka dapat ticket flight) ada juga dah move ke arah Osaka or Nagoya menumpang rumah Malaysian di sana.Terima kasih buat bonda tercinta sebab hari-hari buat sembahyang hajat mendoakan keselamatan kami di sini.


Ai sangat bertuah mempunyai family dan friends yang sangat memahami,prihatin tidak pernah lupa tanya khabar everyday bersama kata-kata semangat dan doa. Inilah gunanya kawan masa susah alhamdulliah i`m not alone this time and i believe Allah always with me. Dear friends please pray for us.






Tuesday, March 15, 2011

♥ SAAT INI ♥


Saat ni hati semakin risau sebab radioactive dah tersebar ke udara sampai ke Tokyo walaupun di katakan tak membahaya ai tetap risau. Hari ni satu hari keluar mencari beras dari supermarket,kedai siam,machine beras semua dah habis. Stok kat dalam rumah cuma tinggal untuk 2 hari saja. Harap dengan 4 bungkus mee cukup untuk 5 hari. Tak ada option lain selain kami terpaksa order from internet walaupun tahu lambat nak sampai tapi sekurang-kurangnya akan sampai juga kan....sebab services hantar barang ada tapi tak banyak macam selalu lagipun masalah utama adalah petrol yang di catu.




ini suasaan bila satu station minyak jer di buka queue sepanjang 5 KM sebab nak isi minyak tapi dengan syarat isi tak lebih dari ¥2000 jer (RM60).


Hari ni mental dan fizikal tidak sekuat selalu...ntahlah banyak benda menganggu fikiran. Hanya Allah tempat mengadu dan memohon. Ramai kawan-kawan yang call meluah rasa tak kurang juga sudi nak pos beras kat kami thanx IDA atas kebaikan hati anda itu.

Hari ni juga dapat tahu yang flight pertama dari Indonesia dah selamat bawa pulang rakyatnya dari Japan ke sana, cepat kan?...tertanya-tanya bila pula kerajaan Mesia nak buat gini....bila baca paper mesia selalu cakap rakyat selamat etc semua...ai tak tahu orang lain but embassy staff tak pernah call tanya khabar semua. Dalam website embassy pun tak ada update apa benda pun.....so rumusannya pandai-pandai la bawa diri. Sedih dengan nasib diri tapi apalah sangat jika dibandingkan ngan orang yang kehilangan segala-galanya dalam tsunami tu.

Dalam masa 5 hari ni rambut pun tak sempat nak cuci gara-gara takut nak mandi lelama dalam bathroom... mandi pun tak sampai 5 minit sebab takut gempa kuat lagi. Masak? sekadar bagi kenyang tak ada mengidam nak makan macam-macam waktu sekarang, walaupun meleleh ayaq lioq tengok menu kawan-kawan kat mesia....dalam hati bertuahnya mereka.

Ai percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya, semoga Allah terus memberi keimanan dan ketabahan menghadapi ujian dariNYA. Tidak minta lebih cuma cukup mendoakan agar segalanya akan berakhir tidak lama lagi.




Monday, March 14, 2011

♥ AFTERSHOCK day 4 ♥

Hari ni dah masuk hari ke 4 aftershock, ada banyak benda terjadi hari ni antaranya gempa susulan yang kuat pagi tadi.... tidak sekuat 4 hari lepas tapi cukup buat kami anak beranak terketar satu badan tak fikir apa terus lari keluar umah. Gempa pun kejap tak sampai seminit.


Ada new crisis food dan petrol. Semua supermarket dan station minyak area Oyama dah habis stok. Semalam penat mencari makanan tapi yang ada hanyalah rak kosong....nasib baik stok makanan kat umah macam beras,ayam,daging ada sampai tengah bulan ni tapi makanan basah macam seafood,sayur,telur dan roti memang sold out. Pasal pertol we lucky sebab sempat isi sebelum stok habis so kena save tak boleh drive selalu selagi situasi tak stabil. Jangankan makanan dan petrol habis bateri pun lincin...yang ni risau sebab kat Tokyo denryoku (kanto + tohoku) dah ada catuan electric...so kena prepare torchlight sebab lilin bahaya nak guna kat sini....sapa-sapa yang ada lebih bateri besar tue kasi derma kat ai boleh?




rak roti yang KOSONG

notice yang ada kat semua rak yang kosong

Semalam masa tengah mencari food ai perasan yang shikanshen/bullet train nih dah 4 hari stop atas tue...nasib baik passenger semua tak ada....memang shinkansen not available right now in our area.


perasan tak kat atas tue?

memang bullet train area kami still not available buat waktu sekrang.


Waktu menaip ni pun stil bergoyang dua tiga kali...today gegar tidak sekerap 3 hari lepas tapi still ada. Dah kuar ramalan kat tv kata akan ada gempa yang kuat dalam masa tiga hari ni...subahanallah gerun dan fobia dengar cukup buat ai tak tidur malam ni.... Hari ni logi nuclear yang ke 3 dah meletup dan di sahkan cuma hydrogen explosion, yang ni ai tengok live from tv.


yang sebelah kiri letupan logi pertama dan yang sebelah kanan logi ke 3 yang explosion hari
ni.

Doa kejadian ni akan berlalu dengan pantas...semoga Allah melindungi kami semua and please pray for us!



Sunday, March 13, 2011

♥ TRAGEDI 11 MARCH ♥



11 March 2011 tak akan luput dalam ingatan ai sampai bila² bila kami di kejutkan dengan earthquake magnitude 7.4 kat tempat ai...subahanallah masa jadi gempa kuat tu ai hanya ingat mati sambil mengucap dan adam menangis tak berhenti sebab takut. Lama rumah ai bergoyang lebih dari seminit masa tue ai tengok semua benda jatuh dan pecah....ai pasrah andai waktu tu ai di takdirkan pergi selamanya. Aftershock adam sempat cakap mama jom lari kuar dari umah nanti umah jatuh....

YES he remember when earthquake u must leave ur house coz that time ai still terkaku dan otak jadi blur kejap, tak tahu nak buat apa.
Sebelum keluar sempat pakai kain batik dan towel letak atas kepala then lari keluar....masa tu dah ramai orang kat luar.....then bomba datang cakap suruh pergi ke padang sekolah dan tak kasi duduk di rumah buat waktu tue....ai try call my husband tapi tak dapat...then try call another frenz still tak boleh haty jadi takut tertiba apa dah jadi ni?

Lepas 3 minit ai cakap jom adam kiter masuk umah kejap
sebab nak tukar baju but he was so scared then ai terpaksa leave dia kat tangga. Cepat ai masuk tukar seluar ambil winter jacket dan wallet masa tue still gegar dan ai dengar dia jerit `mama cepat gempa lagi adam takut rumah jatuh`...kalut ai lari kuar masa tue...siap terpijak kaca....sakit tak rasa sebab terlalu takut. Ai try call out tapi still tak boleh tapi masuk fb boleh so dari situ ai update status sebab semua kawan² dah start risaukan ai. Ai tak pergi padang sekolah dulu sebab risau husband yang call tak dapat dalam haty dok fikir macam² dah. Start keta then kuar...baru perasan semua tempat blackout masa tue...sampai kat traffic light junction kat umah tue ada second earthquake yang kuat...keta ai bergoyang teruk masa tue...adam start nangess balik ai dah cuak...ai stop keta tengah² junction tue then lari kuar....ai tak fikir apa yang penting kena kuar dulu....everyone stop and run...sungguh menakutkan masa tue bila tengok semua benda bergoyang macam dalam filem. Adam menangis tak berhenti ai plak dah tak tahu nak buat apa nasib baik sorang onesan tue cross jalan datang pujuk adam sekali ngan anak dia....dia cakap dalam nihongo yang ai paham `takut yer...jangan nangess tak ada apa²` siap usap kelapa adam tapi dia still non stop nangess ...lepas reda sikit ai cakap kat adam tak boleh gi kaisha/company papa naik keta sebab bahaya.....then ai drive balik kat umah dalam keadaan terketar² takut then lari pergi kat padang sekolah.

suasana kat padang sekolah yang di penuhi ramai orang.


Berkumpul masa tue pow gegaran susulan still ada....dan macam biasa adam nangis lagi....bertambah sejuk bila angin kuat masa tue...sebab risau mr husband so ai decide pergi kaisha dia ngan jalan kaki sejauh 4.5 KM. Adam cakap `tak apa adam larat jalan sebab adam takut nak jumpa papa`. Macam nak nanges ai masa tue....tapi tahan sebab if ai nangess adam lagi takut nanti. Dekat sejam juga kami jalan then kat jalan dah start jamm sebab semua traffic light tak berfungsi..... jumpa 7E nak singgah beli air sebab adam dahaga then masuk kat dalam kedai pow gelap gelita sambil rak makanan kat citu dah clear....dalam dok tengok nak beli air apa gempa datang lagi adam jerit jom kuar adam takut....tak apa adam tak dahaga jom jalan sebab kalo kiter stop gempa mai lagi.....tersentuh haty ai sebab dia takut sangat tak jadi beli air...then bila sampai kat kaisha my husband tengok alhamdulliah semua ok tak der yang runtuh....ai tunggu kat gate luar lama juga almost half hour...bila tengok husband naik basikal haty ai bersyukur sangat² sebab dia safe dan bila dia sampai kat kami air mata tak mampu nak tahan lagi...menangis mengalahkan adam plak....tak malu dah even ramai yang dok tengok kami masa tue.... Bila balik still semua orang kat luar uamh lagi masing² tak berani nak masuk sebab 5 minit sekali ada gempa susulan.

So kami decide tinggal dalam keta sebab si adam macam fobia nak masuk dalam umah...
my neighbors pun gitu juga...kami berkampuang dalam keta dari petang hingga ke malam dalam suasaan gelap gelita tanpa makanan dan teramat sejuk. Pukul 11pm lebih baru berani masuk umah walaupun gempa ada lagi sebab tak tahan sejuk kat luar....masuk pun clearkan kaca kat bilik guna lampu torchlight...seriously ai tak tidur langsung malam tue sebab takut dan mana nak tidur if setiap half hour ada gempa....lagipow setiap kali gempa adam jaga sebab takut....almost 3am baru electric kembali pulih....

Bangun pagi 12 march baru tahu bertapa teruknya keadaan di jepun bila tengok kat TV....sedih ai tengok dalam sekelip mata semua benda musnah dengan kuasa air yang di namakan TSUNAMI. Kira jepun bernasib baik bina rumah yang tahan gempa..tapi bila melibatkan tsunami apa benda pow boleh musnah. Pagi tue still phone tak boleh guna tapi line internet ok....start kemas rumah...sayu haty bila barang banyak pecah...
fridge pow move ke tempat lagi...isssyy macam tak percaya ai tengok....ni antara yang sempat ai snap pic...



Nasib baik rumah ai sekangkang tikus if besar susah juga nak clear dalam one day. Di sini nak ucapkan jutaan terima kasih atas ingatan dan doa yang tidak pernah putus dari semua keluarga ,sedara mara dan kawan² semua. Semalam juga dapat call dari wisma putra sebab my mom risau tak boleh contact ai...lebih explain baru paham...buat masa sekarang gempa kecil masih ada sampai hari ni 13 march ....setiap half hour or less tapi tak kuat macam hari Jumaat hari tue but still ai takut sebab dah kena 2 kali yang kuat so jadi fobia....bertambah cuak bila warning blackout dah di kuarkan di setiap ken/negeri sesetengah ken air tak ada....sangat simpati. Sekarang masalah baru bila nuclear leak semalam....takut sangat takut sebab nuclear bukan perkara yang boleh di buat main-main...sebab tak nampak dan rasa biler kena mati terus...masyaallah sangat gerun...walaupow tempat ai dengan logi nuclear tue 200KM tepi ai tetap risau juga....moga di lindungi semuanya.

One more thing ai nak luahkan stop buat stupid joke about this disaster...tolong hormat orang yang mengalaminya. Heran bila yang buat joke tue antara pemimpin dan artis...isyyy sukar nak percaya haty orang sekarang....antara joke yang di post kat internet antaranya Japan-kejaidan tsunami yg melanda di jepun petang semalam telah meragut nyawa 2 beradik shin chan 5 dan himawari 9 bulan. Kejadian tersebut juga telah meragut 4 nyawa yang juga rakan baik.Mangsa di kenaliNobita,Sizuka,Giant dan Sinyu dan seorang lagi Doreamon. dan ni dari seorang pelakon manalah ultraman n power ranges n doreamon dlm saat2 genting tsunami di jepun... mungkin bagi mereka ni cuma lawak but not me....ai lalui dan rasai semua tue...walaupow tempat ai tak kena tsunami tapi ai rasa macam di beri peluang ke2 oleh Allah untuk hidup...jika anda tidak bersimpati cukup hanya tidak menulis benda yang bukan². Pada yang kehilangan takziah ai ucapkan sesunggunya tiada kata dapat di luahkan selain simpati atas kehilangan yang di tarik secara tiba². Pecayalah Allah itu maha adil...semoga semua di lindugi dan di permudahkan olehNYA


Friday, March 11, 2011

♥ GUILTY ♥


Rasa bersalah dekat my mom
sebab buat dia risau
almost 2 weeks ai tak call coz lately macam `busy`
ntah apa news yang kaur kat buletin utama semalam
pasai earthquake dan taufan
risau la dia sebab call ai tak dapat
nasib baik my sis bagitahu umi risau
then call explain about earthquake baru dia oke
actually memang 2 hary lepas ada earthquake yang agak kuat kena
then awal pagi semalam kena lagi agak lama la
a little worried but everything oke
nilah HARGA yang perlu di bayar bila tinggal di negara asing
yang penuh dengan natural disasters

UMI GOMENASAI & LUV U!




wit my luvly mom ♥ ♥...sama tak muka kami *_____*







Wednesday, March 9, 2011

♥ PSYCHO ♥


Ini berita tergempar kat Japan last week...budak perempuan umur 3 tahun hilang dekat supermarket then mom budak tue gi report police then dia orang investigation start from CCTV kat mall tue....last image menunjukan that gurl gi toilet then tak keluar-keluar.

Lepas tengok ngan teliti CCTV sorang mamat ni di syaki suspect sebab dia orang last yang nampak ikut lil gurl then keluar dengan bag galas dia nampak kembong dan berat.
Police gi tanya kat mamat psycho ni kat mana dia letak budak tue then tanpa banyak soal dia bawa gi kat tepi sungai....mamat psycho tue cakap dia ikut lil gurl tue dalam toilet sebelah tangan dia cekik leher sebelah lagi tutup mulut....then bila mati dia sumbat dalam bag...ya Allah terkedu ai dengar dunia sekarang senang sangat nak jumpa orang JAHAT.


nilah rupa PEMBUNUH kejam itew tapi ai lupa nama dia.

Mamat giler aka PEMBUNUH ni muda lagi baru 20 tahun...if tengok dari rupa yang nerd tue susah nak percaya dia buat lagipun mamat ni macam bijak dulu...dan dia pernah masuk tv berdebat ngan tokyo mayor just lately macam sensei dan tomodachi dia citer dia dah start buat hal dan selalu ponteng class. Ai admit kat Japan ni banyak case berpunca stress...yalah ada case tertiba naik densha/train then tikam orang tak berdosa... hijack bus, bakar umah etc....seriously ai gerun dengar....

Moga family lil gurl tue tabah menghadapi kehilangan yang di tarik secara tiba-tiba ni. Bila jadi gini ai dah ingatkan diri jangan biar anak gi toilet sorang-sorang sebab almost nihonjin suka anak mereka independent jarang control macam orang kiter. Buat sang pembunuh harap dapat balasan yang adil....just sedih kat japan hukuman mati boleh tentu dapat if membunuh...maybe dia kena jail 20/30 yr jer...unfair right?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...