♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Wednesday, December 28, 2011

♥ Kenangan/Coretan Tahun 2011 with LoVe ♥

Lagi 3 hari akan melangkah ke tahun baru so wish uols happy new year kat sini esok dah start Fuku Yasumi /  winter holiday selama seminggu so maybe blog ai pun akan yasumi sekali lalalala. Tak de nak jejalan mana sangat sebab samuii/sejuk kat sana sini but maybe akan turun Tokyo & Yokohama kejap tengok keadaan si Adam yang tetiba demam plak start hari selasa lepas tak ok2 ni....if dia ok boleh terjah if not duduk diam2 dalam umah jer la *___~


Ok jom tengok kenangan ai sepanjang tahun 2011.

1) January 

main yuki @ Nikko skijou


10 days cuti-cuti Mesia 


2)March

Nyuen Shiki @ Umegahara Youchien for da 1st time


haru/spring....nano hana, tulip & sakura


3)June

natsu/summer @ Tokto Disneyland


4)August 

Bodou Gari

5)November 

aki/autumn @Nikko


gerhana bulan


6) Jumpa geng blogger nihon for da 1st time

Ida, Murni, Hanis, Iryd & Lia...hugs ketat2 uols


7) aktiviti youchien adam sepanjang 9 bulan.




Ikutkan banyak lagi but ai ambil yang penting2 jer kang berjela2 plak pics tempek buhsan uols nak tengok ngeeee.... so wish uols happy holiday k....have a safe trip pada tomodachi yang nak gi jejalan jauh2 tue. @_@






Monday, December 26, 2011

♥ Xmas Sale @ Sano Outlet ♥

AsSalam uols ada yang rindu ai tak??? 5 hari sepi dari mengupdate new n3 apatah nak BW sebab tetiba mood nak berblog ke angkasa suda...penyakit M datang suda sigh. But today gagahkan jejari menaip gak becoz lagi 2 hari dah start fuyu yasumi/ cuti musim sejuk so until 9/1/12 next year takut belog ai yasumi gak ngeee.


Ni cherita last Sunday masa Xmas, pepegi semangat nak gi shopping ni kat Sano Premium Outlet sebab dah check ada Xmas sale kat sana. Pukul 10.30am dah sampai ituew pun ada nihonjin yang lagi awal siap ada yang dah borong macam-macam nak balik dah...weols baru jer sampai. Target kali ni memang nak cari kasut kat darl sebab dia sekarang gi kaisha jalan kaki so perlukan kasut tu khas untuk walking. Selalu kasut untuk walking ini ringan compare kasut biasa. Nasib baik ada parking yang dekat ngan outlet adidas tue. Memula memang terjah situ dulu. 1 word `lucky` memang ada sale giler-giler kat situ so kat situ ada part price down memang down sungguh la ngeee....darl dapat kasut dia but ai berkenan plak so rembat 1 last untuk adam pun beli... kasut darl ¥1200 kasut ai ¥500 & adam ¥500 but bila bayar kasut darl dia kasi sale lagi so dapat ¥950 jer total 3 pasang just ¥ 1850 (RM75) OMG fengsan sebab murah sangat mana nak dapat ni selalu paling murah sepasang pun rega ¥2450 (RM99) if ada sale pun . But yang ni memang limited la kira sapa cepat dia dapat....dah macam semuat kat area tue.  Dalam masa 45 minit rak kat situ dah lincin. Alhamdulliah ituew di namakan rezeki ...ai tengok ada nihonjin rembat sampai 8 pasang hahaha maybe ada saiz untuk dia kot. 


hasil UMPAN hari tue...nak cari kasut jer alih-alih rembat benda lain sama ngeee


Kat sini banyak juga yang buat sale macam Levis sale 80% so rembat jeans plak ngeeee kat coach 50%, Gucci 20%, Prada 30%, GAP 40%. Berbinau biji mata tengok sale sana ni. Cari fuku bukuro kat sini tak der jual pun but kat supa/mall dah start jual. Start pukul 11.30am umat manusia dah ramai so lepas dah puas tawaf beli apa yang patut weols balik cari makan plak.


budak kecik yang tahan sejuk....samuii giler semalam sebab angin kuat sangat


Kali ini weols decide lunch kat kedai nasi campur jepun sebab if terjah kedai Pakistan nanti darl makan banyak sangat sebab dia on diet ngeee.


menu yang sihat...tak der benda bergoreng kat sini semua rebus @_@

lincin ....ngeeee nampak sangat lapaq khen!


Apa yang boleh cakap memang best shopping waktu sale gini bukan selalu leh save duwet DUSH! hahaha insyaAllah nanti terjah Sano lagi new year nanti sebab geng Sendai katanya nak turun sana gak shopping ngeeee.  Rajin orang Sendai jumpa ai...tomodachi yang lain meh la jumpa ai gak auwwwww!





Wednesday, December 21, 2011

♥ WW (7)::雪♥















Monday, December 19, 2011

♥ Lobster ♥


Salam di hari Isnin yang makin hari makin sejuk, sampai ai dah start pakai sock 2 lapis sebab jari kaki ai tak tahan sejuk nanti akan bengkak selalu jadi time fuyu ni....menciiii taw, cepat la bulan April. Ituew la manusia bila panas minta sejuk bila dah sejuk tak tahan nak panas pula...serba tak kena DUSH!


Hari Jumaat lepas lobster yang weols order dah sampai wootz wootz!! Last month if tak salah ai weols tengok citer pasal lobster kat TV then theyols terjah gi lobster village kat ken/negeri mana ai tak ingat so kat situ la ogisan/uncle cakap pakej if nak beli lobster berapa ikut saiz actually. Selain lobster ada jual seafood  macam kani/ketam, sakana/ikan, hotate etc. Di sebabkan darl tahu sang isteri dia ni memang teringinnnnnnn (panjang harkat tue ngeee) sangat nak makan so dia order la thru internet. Memang kat situ dah pesan if nak order kena dalam 2 minggu sebab dia takut tak ada stok. Alhamdulliah rezeki weols ogisan tue reply cakap stok ada then akan pos so date 161211 tu weols yang letak suruh hantar. 


Lobster ni memang senjak azali dah mahal khen kecuali la uols tinggal kat Sabah yang mana seafood murah-murah jer...bak kata kawan ai duduk Sabah makan lobster macam makan ikan bilis jer...uwaaaa jelezzz nyer ai but tak boleh makan selalu gak sebab banyak cholesterol.


 yatta finally boleh juga makan lobster kat nihon....sorang sekor weols ambil medium saiz.


model kecil ai...memula takut nak pegang muka dah cuak but bila tengok mama pegang ok jer baru dia berani lepas tu asyik pegang jer ...sukaaaaa hahaha!


lobster ni jadi uji kaji adam....siap kira kaki berapa etc....dia memang suka bab2 gini.


Bila sampai part masak ni prob gak sebab tataw mana boleh best untuk di makan...last cari kat ternet then decide buat grilled lobster...sapu butter,letak la onion, ginger etc. Simple jer janji kat manis isi tu tak kuar...if buat benda berkuah air manis tu tak der so tak best. Benda gini ikut tekak nak makan macam mana rite???? 


siap! simple jer...tunggu nak telan jer.


Owh lalalalala senangnya dalam hati dah boleh makan lobster lepas dah ai mengidam....haaa terkejut opocottt tak ai tetiba mengidam???? Mengidam ai ni hari-hari ada ngeeee ouch! So total bayar just ¥5000 (RM 203) gurai... 5sen tu kira murah giler la kat sini sebab boleh dapat 3 ekor. Selalu if makan kat Red Lobster sekor set tu dah 5sen. Memang puas perut hati la makan meratah sampai tak tinggal sket pun....hahaha bab tue ai yang tolong habiskan sebab darl jenis ni dia kurang makan sebab dia cepat muak.....rugi ngeeee!


Sebelum lobster sampai ai sempat try buat kuih seri muka sebab tengok beras pulut jepun ada sket lagi so buat sket jer takut tak jadi sebab kat umah tak ada periuk kukus but nasib baik weols ada microwave steam oven so kukus guna ituew jer....ai set 250 deg dulu untuk 20 minit then kukus pulut 25 minit guna suhu 210 deg then kukus lapisan atas 22 minit plak. Hasilnya jadi gini taraaaaaaaaaaaaaa!


alhamdulliah jadi cuma kat atas tu nampak kering khen maybe lepas ni kena tutup ngan aluminum foil...habis kejap jer heroes ai suka ruapnyer.




Ai ni nampak macam moden tapi selera tekak nak makanan kampung juga ngeeee. Ai selalu buat apam pun kukus guna steam oven ni jer. Ai selalu lupa nak beli peruik kukus bukan mahal pun sen yen gurai jer ngeeee!













Friday, December 16, 2011

♥ Tanoshimikai ♥

Semalam hari yang super busy bagi ai....pepagi dah kena terjah youchien adam ada event plak. Start dari pagi sampai ke tengah hari event yang di beri nama Youchien No Tanoshimikai. Ni macam musical drama la alhamdulliah si adam ni dah masuk 10 bulan kat youchien ni sensei puji kata dia cepat belajar dan rajin auwwww anak sapa la ituew ngeee. Ada 2 sesi majlis ni semalam dan hari ni. So layan pics jer la ekkk...malas nk bebel panjang-panjang sebab ada keja nak kena setel lepas ni.


program hari tue


di beri tugas main benda ni...apa namanyer ek...nangess tak tahu ngeee!




menjadi `MENTERI` dalam drama `telur yang boleh bercakap`

menteri-menteri kecik



drama yang ai record using iPhone...tak berapa clear sebab duduk jauh + agak blur di situ



last pose...dah habis yeahhh

habis baik si adam ni vanilla ikut papa dia if coffee macam ai harus nampak dari jauh beza from tomodachi.

last song



event start pukul 9.45am until 12pm lepas tue balik umah bersilat masak gak....memula darl ajak lunch kat luar but ai teringin nak makan nasi daun limau purut so tak jadi lepas solat zuhur terus bersilat sejam ryori kat dapur....jadi la hasilnya gini....


set nasi daun limau purut ai.....sambal tumis udang + ayam hitam berempah + acar mentah ....ai memang suka try recipe set nasi gini...memang laku la kat umah ni...wangi sangat nasi ni but beras basmati tinggal sikit so ai mix ngan beras siam.



Untuk recipe nasi daun limau perut uols boleh terjah umah k.amie or k.ita di sebabkan nasi ni guna santan so untuk lauk memang ai elak guna santan lagi sebab tak elok menambah cholesterol dalam badan banyak-banyak...if tak nak letak santan boleh ganti ngan fresh milk. 




nota ibu jari manis ai::later ai terjah umah uols ekk....now bz sket HUGS!







Wednesday, December 14, 2011

♥ WW (6):: Be Careful ♥

Be careful when uols received candy from Santa Claus etc!!! 












Tuesday, December 13, 2011

♥ Tetsudo Bunka Mura ♥

Sambungan dari n3 Short Trip To Karuizawa lepas setel shopping etc weols ke Karuizawa eki naik bus balik ke Yokogawa. Dekat eki/station Yokogawa ni ada satu tempat di panggil Tetudo (train)  Bunka (culture) Mura (village) , tunggang terbalik nak translate ke BM nanti hahaha....but ramai yang panggil ngan Poppo Town. Kat sini macam museum trains la cuma tak berapa banyak macam museum trains kat Omiya tue tapi kat sini tempatnya open dan densha/train kebanyakan yang lama-lama. Almost kids kat nihon ni suka densha maybe kat sini densha banyak giler dan banyak jenis selain banyak company ada....but yang paling besar JR la.


signboard jalan masuk ke village trains


antara densha yang di pamer kan...semua info yang ada sangat detail...nak masuk sini adult just ¥500 sorang budak umur below 7 tahun tak di kenakan bayaran.


Jom layan pics ekkk...malas nk type panjang-panjang tangan dah sejuk sebelah hikhik inilah benda terjadi selalu bila fuyu/winter malas giler! But pics kat sini weols 3 beranak banyak sebab darl angkut tripod ngeee!


densha ni macam dalam citer cartoon khen...actually function dia tolak yuki/snow .


densha yang selalu weols naik yang tulis JR tu....utsunomiya line...director semua pose ni ialah ai hahaha...if not jadi tiang bendera la heroes ai....oppps!


ada tempat yang ada tatami sekali karaoke but weols tak biasa naik lagi.


  antara view kat dalam hall.


Weols kat sini almost sejam sebab dah lewat masa sampai pun then dah start nak gelap even baru pukul 4.10pm. Di kelilingi oleh 山 (bukit) so suhu cepat down....pegang besi densha dah macam pegang ice jer...samuiii. Pukul 4.30pm weols dah balik meninggalkan Yokogawa insyaAllah ada rezeki terjah lagi.


view pukul 5.15pm moon dah nampak terasa macam pukul 9pm jer.


Masa OTW balik tu perut memang nyanyi lagu rock kuat giler memang kena cari gohan/nasi la sebab sehari tak jamah nasi rasa lain sangat. Last decide gi makan kat Pak Curry House lagi.....menambahkan lemak yang ada. Sampai kat Oyama pukul 7.30pm nasib baik owner tue tak tutup kedai lagi.


weols order nasi+curry+chicken tandori+salad then chef yang baik hati kasi weols ayam masak sayur apa ntah....kenyang giler alhamdulliah!


hasilnya selepas setengah jam....tukang perabih ialah darl ai.....uwaaa terlanggar pantang... makan lebih kul 8pm...nasib baik terpaksa if tak lapar memang ai tak makan la sebab lepas kul 8pm masa untuk perut ai rest ngeee! 




nota ibu jari manis ai:: pics banyak sangat ai cukup malas nak tempek one by one so mix gini jimat space hahahaha...uols pun bukan suka baca n3 panjang berjela kan sure layan pic ngeee ai know sebab ai pun gituew gak...dush! sebelum ai lupa to Azam tolong remove malware virus kat ur blog sebab ai nak terjah tak boleh masuk langsung sebab kuar warning malware...banyak juga yang kena malware ni balik so uols plz scan virus ekkk!








Monday, December 12, 2011

♥ Short trip to Karuizawa ♥

Minna san konichiwa...2 hari jejari runcing montot ai tak type apa-apa kat blog ni. Arigatou uols yang sudi terjah even ai tak update apa-apa pun. Last weekend hari Sabtu weols terjah Karuizawa kat Nagano ken...kali ini kira second time weols sampai Karuizawa memula terjah 22 Nov 2009 masa tu terjah naik shinkansen/bullet train kali ini darl nak drive plak almost 3 hour juga la then 1st time jejak kaki kat Gunma ken...even berjiran ngan Tochigi but weols tak pernah ke situ sebab tak banyak tempat yang boleh di terjah ngeeee...Gunma ni di kelilingi oleh gunung jer.


antara view yang sempat di snap dalam keta....


Weols bertolak pukul 7.30am then sampai kat Yokogawa eki pukul 10.30am. Di sebabkan weols tak tukar tayar fuyu/winter sebab kat tempat weols tak ada yuki ...amatlah rugi jika tukar tayar hikhikhik so weols tak boleh gi Karuizawa ngan keta  sebab naik bukit then ada ada yuki/snow kat atas tu...siap ada waring jalan lincin lagi. So weols parking keta kat Yokogawa eki then naik bus ke Karuizawa eki...actually just 8KM jer but di sebabkan perlu naik bukit yang 700 meter dari aras laut 35 minit juga baru sampai. Naik bukit ni macam gi Nikko la....ai sangat gayat naik tinggi-tinggi ni ...risau ooo!


ini bus yang weols naik....bersama model kecil ai auwww!


Alhamdulliah masa weols sampai kat Yokogawa tu check scheduler bus pukul 11.05am jalan kira tak la lama sangat nak tunggu. Ticket just ¥500 sorang dan adam tak kena bayar sebab tak masuk sekolah lagi....kira total weols gi balik sorang ¥1000 jer la. Bus ada setiap sejam sekali jer ke Yokogawa-Karuizawa-Yokogawa.  Plan ke Karuizawa ni last minute actually plan sebenar nak gi market basah kat Oarai tetiba darl tukar plan ajar gi sini sebab nak tengok jam kat outlet tue.


Yang pemes kat Karuizawa ini ialah Karuizawa Prince Shopping Plaza (KPSP) kat dalam tue memang banyak outlets yang best....banyak juga outlet yang tak ada kat Sano Premium Outles ada kat situ. Berbinau lagi biji mata ai ...nasib baik dah dapat bonus musim sejuk...pewitttt! 


                  left::22 Nov 2009                        right::10 Dec 2011                                                       alahai rindunya nak badan gituew...slim la dah BAMOK uwaaaa hentak kaki...susah nak terima kenyataan diri makin KEMBANG ni!


Memang senang nak terjah sini sebab dekat ngan eki...turun tangga Karuizawa eki dah sampai KPSP. Dulu masa terjah yuki just ada kat 山 (bukit) but hari tu sepanjang jalan ada yuki....Adam syok leh main kejap ouch!


budak yang excited nak main yuki


Suhu -2 deg masa hari tu plus ngan angin yang sepoi-sepoi bahasa....samuii/sejuk giler nasik baik pakai baju tebal...! Pics tak banyak sangat sebab bz shopping jer lagipun darl pegang DSLR so wajib gambar tak banyak hahaha.


weols mulakan sesi bergambar b4 start shopping...if dah shopping memang malas nak kuar camera dah la tangan pedih giler sebab lupa pakai glove uwaaaa!


candid ada makna ni ....nak compare ngan tahun 2009

jeng 

jeng 

jeng 


persamaan ai boots & jacket ...si adam masa ni kecik lagi now dah besar...ai makin BAMOK sigh!


Ai tak beli apa sangat kat sini just heroes yang banyak memborong jeans, baju & kasut sale start from 40%-80% GAP pun banyak prince dah down giler-giler memang untung beli sekarang. But untuk ai sebab tamak nak tunggu Xmas sale juga kat Sano Outlets nanti ngeeee.


Just one problem bila terjah sini susah giler nak jumpa makanan yang boleh di makan ....even udon or soba pun tak ada...sigh keciwa weols last terpaksa masuk makan kat kedai sushi mahal tu la...cuma ada 1 jer kedai sushi kat situ. 1st time merasa sushi yang mahal dari selalu...kani/grap sushi sepinggan ¥539, kira sushi yang paling murah start ngan ¥258 paling mahal ada sushi sepinggan ¥852....glup hahaha tak puas makan tetiba rindu SUSHI RO yang murah dan sedap tue ....kedekut giler khen!


menu paling malatop boom bomm gituew unagi sushi ...perhhh tak pernah makan unagi sushi sesedap gini...dah la isi dia tebal macam makan nasi unagi jer...yang ni rega dia ¥398. Yang ni ai recommend uols try if terjah kedai sushi tue....tak menyesal order taw. 




Lepas puas shopping, makan & jalan-jalan weols balik ke Yokogawa plak sebab nak terjah Village Train kat situ....esok ai update pasal tu plak ekk!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...