Ini ada menu yang tak seberapa dari ai...tengok macam ramai makan kan buat weols jer yang bedal siler la percaya ngeeee.

Ada nasi hujan panas,ayam masak merah,rendang ayam,sate,kuah kacang,nasi himpit,lemang,kek marble, kuah raya just 4 jenis dan serunding daging yang kak ita kasi hari tu.
Sate tu macam tak cukup kunyit pucat semacam...mokmok khen sebab ai tertiba jadi pemalas nak potong kecil-kecil. Semua siap masak pukul 1am ..start masak malam raya sempat berwebcam ngan family kat mesia...berbeza this year air mata tak kuar langsung last year ai ngan umi asyik nangess jer. Masuk tahun ni dah 3rd year weols kat sini 1st year tahun 2009 weols balik beraya so kira 2 tahun tak balik beraya...maksud raya berbeza bagi ai bila raya di sini...ada baju raya ker tak tak kisah so ai dah request kat darl nanti balik raya next year nak beraya sakan ngeeee.
This year juga ai buat new menu iaitu lemang hasil recipe dan tunjuk ajar Ida ratu lemang kat nihon dulu...ingat susah rupannyer simple jer...but di sebabkan ai ni 1st time masak pulut (siler pura-pura terkejut) so ai sempat call my umi tanya tips ...memula ai letak air macam masak nasi lepas umi cakap kena letak sikit jer air cepat-cepat ai buang air dlm rice cooker tue (masak lemang guna rice cooker jer uols) if not tak menjadi la lemang ai...alhamdulliah darl puji sedap...lepas ni boleh buat lagi ngeeee.
Semalam darl kasi ai 1 sampul besar memula dapat terkejut apa benda ni...bila tengok kat belakang from Kak Nieza yang tinggal kat Finland tue...jeng jeng jeng...nak tahu apa dia kasi kat ai....
♥
♥
♥
♥
♥
♥

dapat FM (hip hip horayyy) ngan kad raya...sayu jer hati baca kad raya akak...tq akak sayang ketat-ketat taw...FM from Finland, Estonia & London.
Memang ai terkejut sebab kaka nieza now kat Penang balik jaga her mom yang sakit dan lumpuh akibat stroke...simpati sungguh ngan apa yang terjadi sesungguhnya kaka nieza ni sangat tabah dan kuat. Baca kad raya ai suka part yang dia kasi FM ni sebagai tanda persahabatan weols....terharu giler alhamdulliah berguna juga dunia blog ni mempu menambah bilangan kawan yang ada...tak perlu berjumpa untuk jadi rapat. Syukur sesangat sebab ai di ketemukan ngan kawan-kawan yang sangat fabulous ...sayang uols ketat-ketat juga....ai doakan moga ibu akak cepat sembuh insyaAllah....fighting!
Cherita kad raya this year ai dapat 2 satu from kak nieza satu lagi from cik peah (nama glam dia ngee) peah ni every year kasi kad raya kat ai taw...dia juga antara kawan yang ai tak sempat nak jumpa lagi...kenal masa join fesbuk tahun 2009 ...weols KG kat Kedah dia kat Gurun ai kat Alor Star...dia ni rajin jejalan dan antara orang yang rajin beli FM kat ai juga ekkk...arigatou peah.

kad raya from peah.
Actually banyak benda nak type buat tertiba jadi malas (fengsan) nak kuar gi supa (supermarket) kejap nak cari ikan sebab teringin nak makan laksa lagi...ai khen hantu laksa ngeee.

muka budak happy boleh gi youchien balik....