♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆
Showing posts with label ♥EARTHQUAKE♥. Show all posts
Showing posts with label ♥EARTHQUAKE♥. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

♥ Genap Setahun Tragedi 11 March ♥

Tragedi 11 March 2011 masih kekal di kotak ingatan now 11 March 2012 genap sudah setahun sudah berlalu. Tragedi yang membawa 1001 makna buat mangsa yang mengalaminya. Masih takut dan fobia sungguh kuasa Allah tiada siapa yang mampu menghalang. Walaupun weols bukanlah mangsa tsunami tapi merasa jishin/earthquake yang melebihi M6.5 sangatlah menakutkan. Seumur hidup ituewlah peristiwa yang benar-benar membuat ai tergamam dan takut terketaq-ketaq sehingga merasa ituew lah hari terakhir weols di muka bumi Allah ni. Juga entry pertama yang ai type di sini sambil menangis dan tangan terketar-ketar saat dan ketika ituew masih di ingati sampai sekarang. Maybe ada yang cakap ai over acting but hakikatnya ai sangat takut. Nak baca kisah setahun yang lepas boleh terjah SINI.





Sebulan selepas jishin weols still kena tempias jishin yang lebih dari 30 kali sehari...ituew hakikatnya... 12 march 2011 di recordkan jishin melebihi 120 kali sehari ngan purata gegaran M4 and below. Ini harga yang perlu di bayar bila tinggal di negara yang mempunyai kekerapan jishin terbanyak & aktif di dunia. Adam still fobia ngan jishin maybe take time nak kembalikan semangat dia. Yes bila baca ramalan jishin kuat akan melanda Tokyo bila-bila masa dan melebihi M7 hati sangat takut sebab from Tokyo ke sini cuma 85KM jer pasti la weols merasa juga, tapi ituew cuma ramalan kuasa Allah melebihi segalanya. Ada juga sensei from Hokaido University yang buat ramalan akan jadi this December, but mengharapkan tiada kejadian yang tidak di ingini terjadi lagi. Please jangan tanya bila nak balik mesia sebab ai tak ada jawapan untuk soklan ituew sebab rezeki Allah kasi kat weols lebih di sini....pasti pulang juga ke tanah melayu for gud tapi bila ai tak pasti. 




Ai rasa titik tolak perubahan hidup ai terjadi lepas tragedi ini....apa yang ai boleh cakap ai menjadi diri yang lebih baik dari sebelum ni, terasa seperti Allah memberi peluang kedua untuk berubah alhamdulliah. Perubahan apa BIARLAH RAHSIA bak kata DCT ngeeee karang di kata riak plak. Sometime kesenangan atau nikmat yang Allah beri membuat kiter mudah lupa & alpa ngan keseronokan duniawi. Dan kejadian ituew menyedarkan ai nikmat ituew hanyalah sementara....ngeri bila di kenang kembali tapi ituew hanyalah di dunia di akhirat pasti lebih teruk bukan???


Bersyukur lah sekurang-kurangnya di Mesia bencana gini tak terjadi. Semoga tabah kepada yang kehilangan sedara mara & sahabat handai....yang telah tiada rest in peace. All pics credit to National Post.




nota ibu jari manis ai:: Kenangan yang tak mungkin di rasai oleh semua orang sangat menakutkan tapi menjadi berharga dan di simpan kemas oleh mereka yang melaluinya.










Thursday, August 11, 2011

♥ Genap 5 Bulan Tragedi 11 March ♥






11 August genap lima bulan tragedi 11 march 2011, sungguh tak sangka cepatnyer masa berlalu walaupun hakikatnya ai terasa macam baru semalam jer jadi....nak baca pasal pengalaman ai masa jishin/earthquake terjah link ni...pengalaman yang paling menakutkan sepanjang ai hidup even tak seteruk tomodachi yang kena tsunami.


Hakikatnya bila tinggal di Japan ni banyak natural disasters terjadi terutama setiap kali berubah musim mesti akan jadi bencana selain dari jishin....taufan,banjir,tanah runtuh,tsunami etc Namun nihonjin tak pernah panic sebab sudah di latih dari kecil. Tak berbayang bagaimana jika benda gini terjadi di mesia...moga di jauhkan selamanya.




Even dah 6 bulan berlalu namun sampai tika dan saat ni jishin tetap ada almost every weeks cuma beza jishin M kecil atau M besar jer. Now kat TV automatic akan keluar warning if ada jishin kat mana-mana tempat 5 saat sebelum kena...if keluar yang map nihon color merah mean akan ada jishin kuat lebih M5 so boleh prepare apa yang patut waktu itew...then ai pun ada install app kat iPhone untuk alert pasal jishin ni, boleh pilih M berapa nak alert alarm ni...My son Adam still fobia bila jishin datang maybe dia takut benda yang sama akan kena sekali lagi. Jangan kan dia yang kowaii/takut ai yang besar gini pun still nervous but alhadulliah setakat ini semuanya dalam lindungan Allah.


Bila tinggal di negara yang memang banyak bencana gini... diri pun makin dekat ngan Allah syukur sangat-sangat sekurang-kurangnya weols tak alpa bukan apa takut terlambat if jadi apa-apa nanti so selagi bernyawa beramal lah. Lepas 11 March memang weols dah tak beli benda kaca banyak-banyak sebab dulu gegar kuat habis pecah segala bowl, gelas etc...so now banyak plastic so sapa-sapa yang datang jangan terkejut umah ai penuh ngan benda berasaskan plastic ngeeee.





11 March mengajar ai erti berdikari,sentiasa bersyukur ngan nikmat yang ada dan jangan cepat panic...keselesaan boleh di tarik pada bila-bila masa jer. Sungguh tak terbayang jika benda ini terjadi sekali lagi, dan ai sentiasa berdoa dihindari semua ini. Benda ni actually terjadi 100 tahun sekali jer now di ramal akan ada jishin kuat di sebelah tokai pula....if terjadi macam yang weols alami ni maybe gunung berapi pun ada aktif kembali sebab area jishin itew termasuk kat fuji san/gunung fuji...gerun ooo bila fikir.


Ramai juga tanya kenapa dah tahu tempat tu penuh bencana then pilih nak tinggal di sini...jawapan ai~ hidup ini tiada pilihan yang di buat tanpa risiko so andai kat kata tinggal kat negara yang tak ada apa bencana sekali pun if dah ajal tiba akan mati juga....so tak payah la dok perli benda gitew ek....dan ai suka tak suka orang yang persoalkan benda gini....sebab orang yang persoal itew tak rasa apa yang weols rasa....dari sakitkan hati orang better duduk diam-diam jer.



nota ibu jari manis ai::super tired now ...semakin hari semakin panas kat sini...dugaan di dunia moga di tabahkan hati sepanjang bulan ramadhan ni...tengok news semalam 2 orang mati,2 koma dan 38 orang masuk hospital gara-gara panas sangat...cian part ni ai pun gerun uwaaaaaa......so mempegaruhi mood sedikit sebanyak juga....ngeeeeeeeeeeee. ....peace!



Thursday, March 31, 2011

♥ EFFECT AFTER 11 march ♥




Sepatutnya nak tulis entry ni from last week lagi but asyik terlupa jer. Ok seperti yang kiter tahu selepas tragedi 11 March banyak kejadian berlaku lepas tue seperti kebocoran logi nuclear,gempa susulan after shock 150kali dalam masa 24 hour. Until now apa yang ai baca semalam gempa kecil masil ada hampir 30kali dalam satu hari. Semalam apa yang ai perasan jishin/EQ ada 4 kali yang gegaran nya kami rasa, berpusat di Ibarki ngan M4 atau 5. Kepala pun asyik pusing jer sometimes tue bukannya ada jishin pun maybe sebab kerap sangat jishin kat sini.


Semalam Mr Husband bawa balik pic dekat kaisha/company selepas di audit baru dapat permission untuk upload pic ni hikhikhik....letih dah pujuk sebab kaisha dia ada term yang kena follow. Lambat pun tak per janji ada. Sempati ai tengok keadaan kat dalam kaisha tue...patutla dia ajak balik Mesia dia cakap tak elok tinggal kaisha dalam keadaan gitu....ingatkan tak teruk bila tengok baru perasan banyak juga damage. Ini antara pic yang orang luar boleh tengok dalam line production lagi teruk tapi yang tue tak dapat di upload.



Mr Husband sempat senyum simpul dalam office yang berselerak itew.



ok settle pasal ni nak sambung affect yang ramai orang tak tahu, dan yang paling simpati buat penduduk yang tinggal di Chiba. Kesan yang di beri nama soil liquefaction di sebabkan kebanyakan tanah area chiba ni dia orang tambak atas laut so bila jishin kuat hari tue minyak keluar, tanah jadi lembek kira tak berapa stabil. For your information lepas jishin kuat pulau di Japan bergerak 2 meter dari kedudukan asal. Bayangkan betapa kuatnya....sebab tue ngeri sangat bila ingat balik.

ni dekat Obaiba tempat wajib kami lepak waktu jejalan kat Tokyo sambil tengok rainbow bridge penuh ngan selut...merekah sana sini...sedihnyer tengok!


Pics yang kat bawah ni yang di ambil oleh mereka yang pergi Tokyo Disneyland. If tengok video lagi takut sebab tengok best naik attraction sana sini tertiba semua benda terhenti dan bergoyang ngan kuat. But ai salute ngan nihonji ni tak der menjerit bagai sebab dia orang di latih dari kecik supaya calm if ai harus nangess sebab takut hikhikhik.



tengok macam mana effect dekat parking disneyland nasib baik kat dalam disneyland ok.


penuh ngan lumpur


tanah tak kuat tiang pun terbalik...kowaii ne


Lepas jishin kuat last 2 weeks ago until now Tokyo disneyland still close for public but ai tengok dalam website semua dah clear dan dia orang dah repair apa yang rosak,but honestly ai still fobia nak gi sana walaupun memang plan nak pergi next month nampaknya terpaksa cancel dulu. Semoga di permudahkan segalanya.




Wednesday, March 23, 2011

♥After shock day 13 ♥



Cepatnya masa berlalu hari ni dah masuk hari ke 13 tragedi 11 march, terasa macam semalam jer terjadi. Alhamdulliah keadaan makin bertambah baik dan terkawal.


Cuma buat masa sekarang ai kena pantang nak beli dan makan sayuran segar sebab radiation banyak dia orang jumpa dalam hourensou/bayam dan susu all product from Fukushima,Ibaraki dan Tochigi. But alhamdulliah nampak macam semua supermarket alert about this so dia orang dah stop ambil dari 3 ken/negeri ni. Macam fresh milk yang ai sempat belek banyak dia orang ambil dari Tokyo so mahal dari harga selalu but no choice asal safe untuk di minum mahal pun sanggup bayar.


Start awal minggu ni semua supa kat sini benarkan semua barang yang dibeli dalam 1 item jer, tak boleh lebih maybe sebab stok tak banyak so yang sikit kena share agar semua orang dapat beli. Ai noticed harga barang pow naik sekali ganda macam milk,egg etc tapi dekat Shi/dearah ai la yang tempat lain tak sure plak.


Lepas jishin/earthquake hari tue semua benda kena catu seperti electric,food dan petrol , nasib baik air tak kena catu if not haru juga la. Semalam call kawan kat Hitachinaka Ibaraki ingatkan dia dapat ticket balik rupanya tidak, kecian sebab tempat dia kena teruk juga dan ai heran macam mana nama dia tercicir dalam list tue sedangkan all Malaysian yang tinggal kat Ibaraki dah balik. Nasib baik dia tak kisah sangat maybe sebab dia lelaki T_____T.


Lately jishin dah kerap jadi start kemarin sampai pagi ni. Pagi ni bangun awal gara-gara jishin kuat 4 kali dalam masa 10 minit. Memula nak buat biasa jer tapi bila si Adam lompat atas ai sebab takut tue yang terjaga terus. Kuat sebab pusat gempa dekat Fukushima or Ibaraki dengar bunyi berombak sebelum sampai, ai takut dengar sebab ai tahu if bunyi macam tue mesti jishin kuat.TV pun ai tak letak kat atas sebab bila jishin dia bergoyang teruk takut jatuh macam hari tue. Pinggan mangkuk pun ai nak tukar pakai plastic sebab hari tu gegar banyak yang pecah...biar tak elok asal selamat...tak gitew?


So guys please never stop pray for us ok!


Nak share ngan kawan-kawan pics yang kawan snap last week dekat Hitachinaka credit to Mr Pai for beautiful pictures here! ARIGATOU











Thursday, March 17, 2011

♥ DUGAAN ♥





Lately banyak sangat rumor yang disebarkan oleh orang tak bertanggungjawab antaranya yang ai dapat semalam kat fb antaranya::


"berita hari ini melaporkan radioaktif dari fukushima bergerak ke Tokyo dalam tempoh beberapa jam lagi.Kerajaan Jepun sudah keluarkan amaran yang menyatakan radiasi merupakan ancaman nyawa manusia"


See? apa anda rasa jika anda berada disini? Cuma nak cakap sudah-sudahlah sebarkan rumor yang tidak berasas macam ni lagi. Kami sangat stress sekarang dan tolonglah jangan tambahkan dengan pekara yang tak berfaedah gini. Family kat Mesia risau bila dengar benda gini.


Mission mencari ticket flight buntu lagi hari ni gara-gara semua ticket fligt dah sold out yang available hujang bulan jer saja. Harap logi nuclear tu dapat di kawal dari terbakar dan temperature down.....serius ai gerun dan takut tambahan pula since semalam angin kuat.


Cuba tabahkan hati sebaik mungkin walaupun kadang-kadang down or tewas juga...kesabaran makin tipis moga Allah kuatkan semangat ni. Jishin or earthquake still ada until now cuma beza tidak sekerap 6 hari lepas tapi semalam 3 kali tempat ai kena jishin M5, masak pun banyak kali kena stop dan tutup gas sebab jishin.


Kesihatan tidak berapa memuaskan hati bila kulit dah start gatal-gatal,batuk dan sakit pekak harap ni adalah normal bukan kerana radiation. If orang di Mesia takut ngan product from Japan ai pun gitu...takut juga nak beli sayur dan benda basah lain sama ada dia orang dah check ka belum semua tue sentiasa ada dalam kepala sekarang walaupun ai tahu gov tak akan menyusahkan rakyatnya.


Banyak kawan-kawan dah pulang ke Mesia(bertuah mereka dapat ticket flight) ada juga dah move ke arah Osaka or Nagoya menumpang rumah Malaysian di sana.Terima kasih buat bonda tercinta sebab hari-hari buat sembahyang hajat mendoakan keselamatan kami di sini.


Ai sangat bertuah mempunyai family dan friends yang sangat memahami,prihatin tidak pernah lupa tanya khabar everyday bersama kata-kata semangat dan doa. Inilah gunanya kawan masa susah alhamdulliah i`m not alone this time and i believe Allah always with me. Dear friends please pray for us.






Tuesday, March 15, 2011

♥ SAAT INI ♥


Saat ni hati semakin risau sebab radioactive dah tersebar ke udara sampai ke Tokyo walaupun di katakan tak membahaya ai tetap risau. Hari ni satu hari keluar mencari beras dari supermarket,kedai siam,machine beras semua dah habis. Stok kat dalam rumah cuma tinggal untuk 2 hari saja. Harap dengan 4 bungkus mee cukup untuk 5 hari. Tak ada option lain selain kami terpaksa order from internet walaupun tahu lambat nak sampai tapi sekurang-kurangnya akan sampai juga kan....sebab services hantar barang ada tapi tak banyak macam selalu lagipun masalah utama adalah petrol yang di catu.




ini suasaan bila satu station minyak jer di buka queue sepanjang 5 KM sebab nak isi minyak tapi dengan syarat isi tak lebih dari ¥2000 jer (RM60).


Hari ni mental dan fizikal tidak sekuat selalu...ntahlah banyak benda menganggu fikiran. Hanya Allah tempat mengadu dan memohon. Ramai kawan-kawan yang call meluah rasa tak kurang juga sudi nak pos beras kat kami thanx IDA atas kebaikan hati anda itu.

Hari ni juga dapat tahu yang flight pertama dari Indonesia dah selamat bawa pulang rakyatnya dari Japan ke sana, cepat kan?...tertanya-tanya bila pula kerajaan Mesia nak buat gini....bila baca paper mesia selalu cakap rakyat selamat etc semua...ai tak tahu orang lain but embassy staff tak pernah call tanya khabar semua. Dalam website embassy pun tak ada update apa benda pun.....so rumusannya pandai-pandai la bawa diri. Sedih dengan nasib diri tapi apalah sangat jika dibandingkan ngan orang yang kehilangan segala-galanya dalam tsunami tu.

Dalam masa 5 hari ni rambut pun tak sempat nak cuci gara-gara takut nak mandi lelama dalam bathroom... mandi pun tak sampai 5 minit sebab takut gempa kuat lagi. Masak? sekadar bagi kenyang tak ada mengidam nak makan macam-macam waktu sekarang, walaupun meleleh ayaq lioq tengok menu kawan-kawan kat mesia....dalam hati bertuahnya mereka.

Ai percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya, semoga Allah terus memberi keimanan dan ketabahan menghadapi ujian dariNYA. Tidak minta lebih cuma cukup mendoakan agar segalanya akan berakhir tidak lama lagi.




Monday, March 14, 2011

♥ AFTERSHOCK day 4 ♥

Hari ni dah masuk hari ke 4 aftershock, ada banyak benda terjadi hari ni antaranya gempa susulan yang kuat pagi tadi.... tidak sekuat 4 hari lepas tapi cukup buat kami anak beranak terketar satu badan tak fikir apa terus lari keluar umah. Gempa pun kejap tak sampai seminit.


Ada new crisis food dan petrol. Semua supermarket dan station minyak area Oyama dah habis stok. Semalam penat mencari makanan tapi yang ada hanyalah rak kosong....nasib baik stok makanan kat umah macam beras,ayam,daging ada sampai tengah bulan ni tapi makanan basah macam seafood,sayur,telur dan roti memang sold out. Pasal pertol we lucky sebab sempat isi sebelum stok habis so kena save tak boleh drive selalu selagi situasi tak stabil. Jangankan makanan dan petrol habis bateri pun lincin...yang ni risau sebab kat Tokyo denryoku (kanto + tohoku) dah ada catuan electric...so kena prepare torchlight sebab lilin bahaya nak guna kat sini....sapa-sapa yang ada lebih bateri besar tue kasi derma kat ai boleh?




rak roti yang KOSONG

notice yang ada kat semua rak yang kosong

Semalam masa tengah mencari food ai perasan yang shikanshen/bullet train nih dah 4 hari stop atas tue...nasib baik passenger semua tak ada....memang shinkansen not available right now in our area.


perasan tak kat atas tue?

memang bullet train area kami still not available buat waktu sekrang.


Waktu menaip ni pun stil bergoyang dua tiga kali...today gegar tidak sekerap 3 hari lepas tapi still ada. Dah kuar ramalan kat tv kata akan ada gempa yang kuat dalam masa tiga hari ni...subahanallah gerun dan fobia dengar cukup buat ai tak tidur malam ni.... Hari ni logi nuclear yang ke 3 dah meletup dan di sahkan cuma hydrogen explosion, yang ni ai tengok live from tv.


yang sebelah kiri letupan logi pertama dan yang sebelah kanan logi ke 3 yang explosion hari
ni.

Doa kejadian ni akan berlalu dengan pantas...semoga Allah melindungi kami semua and please pray for us!



Sunday, March 13, 2011

♥ TRAGEDI 11 MARCH ♥



11 March 2011 tak akan luput dalam ingatan ai sampai bila² bila kami di kejutkan dengan earthquake magnitude 7.4 kat tempat ai...subahanallah masa jadi gempa kuat tu ai hanya ingat mati sambil mengucap dan adam menangis tak berhenti sebab takut. Lama rumah ai bergoyang lebih dari seminit masa tue ai tengok semua benda jatuh dan pecah....ai pasrah andai waktu tu ai di takdirkan pergi selamanya. Aftershock adam sempat cakap mama jom lari kuar dari umah nanti umah jatuh....

YES he remember when earthquake u must leave ur house coz that time ai still terkaku dan otak jadi blur kejap, tak tahu nak buat apa.
Sebelum keluar sempat pakai kain batik dan towel letak atas kepala then lari keluar....masa tu dah ramai orang kat luar.....then bomba datang cakap suruh pergi ke padang sekolah dan tak kasi duduk di rumah buat waktu tue....ai try call my husband tapi tak dapat...then try call another frenz still tak boleh haty jadi takut tertiba apa dah jadi ni?

Lepas 3 minit ai cakap jom adam kiter masuk umah kejap
sebab nak tukar baju but he was so scared then ai terpaksa leave dia kat tangga. Cepat ai masuk tukar seluar ambil winter jacket dan wallet masa tue still gegar dan ai dengar dia jerit `mama cepat gempa lagi adam takut rumah jatuh`...kalut ai lari kuar masa tue...siap terpijak kaca....sakit tak rasa sebab terlalu takut. Ai try call out tapi still tak boleh tapi masuk fb boleh so dari situ ai update status sebab semua kawan² dah start risaukan ai. Ai tak pergi padang sekolah dulu sebab risau husband yang call tak dapat dalam haty dok fikir macam² dah. Start keta then kuar...baru perasan semua tempat blackout masa tue...sampai kat traffic light junction kat umah tue ada second earthquake yang kuat...keta ai bergoyang teruk masa tue...adam start nangess balik ai dah cuak...ai stop keta tengah² junction tue then lari kuar....ai tak fikir apa yang penting kena kuar dulu....everyone stop and run...sungguh menakutkan masa tue bila tengok semua benda bergoyang macam dalam filem. Adam menangis tak berhenti ai plak dah tak tahu nak buat apa nasib baik sorang onesan tue cross jalan datang pujuk adam sekali ngan anak dia....dia cakap dalam nihongo yang ai paham `takut yer...jangan nangess tak ada apa²` siap usap kelapa adam tapi dia still non stop nangess ...lepas reda sikit ai cakap kat adam tak boleh gi kaisha/company papa naik keta sebab bahaya.....then ai drive balik kat umah dalam keadaan terketar² takut then lari pergi kat padang sekolah.

suasana kat padang sekolah yang di penuhi ramai orang.


Berkumpul masa tue pow gegaran susulan still ada....dan macam biasa adam nangis lagi....bertambah sejuk bila angin kuat masa tue...sebab risau mr husband so ai decide pergi kaisha dia ngan jalan kaki sejauh 4.5 KM. Adam cakap `tak apa adam larat jalan sebab adam takut nak jumpa papa`. Macam nak nanges ai masa tue....tapi tahan sebab if ai nangess adam lagi takut nanti. Dekat sejam juga kami jalan then kat jalan dah start jamm sebab semua traffic light tak berfungsi..... jumpa 7E nak singgah beli air sebab adam dahaga then masuk kat dalam kedai pow gelap gelita sambil rak makanan kat citu dah clear....dalam dok tengok nak beli air apa gempa datang lagi adam jerit jom kuar adam takut....tak apa adam tak dahaga jom jalan sebab kalo kiter stop gempa mai lagi.....tersentuh haty ai sebab dia takut sangat tak jadi beli air...then bila sampai kat kaisha my husband tengok alhamdulliah semua ok tak der yang runtuh....ai tunggu kat gate luar lama juga almost half hour...bila tengok husband naik basikal haty ai bersyukur sangat² sebab dia safe dan bila dia sampai kat kami air mata tak mampu nak tahan lagi...menangis mengalahkan adam plak....tak malu dah even ramai yang dok tengok kami masa tue.... Bila balik still semua orang kat luar uamh lagi masing² tak berani nak masuk sebab 5 minit sekali ada gempa susulan.

So kami decide tinggal dalam keta sebab si adam macam fobia nak masuk dalam umah...
my neighbors pun gitu juga...kami berkampuang dalam keta dari petang hingga ke malam dalam suasaan gelap gelita tanpa makanan dan teramat sejuk. Pukul 11pm lebih baru berani masuk umah walaupun gempa ada lagi sebab tak tahan sejuk kat luar....masuk pun clearkan kaca kat bilik guna lampu torchlight...seriously ai tak tidur langsung malam tue sebab takut dan mana nak tidur if setiap half hour ada gempa....lagipow setiap kali gempa adam jaga sebab takut....almost 3am baru electric kembali pulih....

Bangun pagi 12 march baru tahu bertapa teruknya keadaan di jepun bila tengok kat TV....sedih ai tengok dalam sekelip mata semua benda musnah dengan kuasa air yang di namakan TSUNAMI. Kira jepun bernasib baik bina rumah yang tahan gempa..tapi bila melibatkan tsunami apa benda pow boleh musnah. Pagi tue still phone tak boleh guna tapi line internet ok....start kemas rumah...sayu haty bila barang banyak pecah...
fridge pow move ke tempat lagi...isssyy macam tak percaya ai tengok....ni antara yang sempat ai snap pic...



Nasib baik rumah ai sekangkang tikus if besar susah juga nak clear dalam one day. Di sini nak ucapkan jutaan terima kasih atas ingatan dan doa yang tidak pernah putus dari semua keluarga ,sedara mara dan kawan² semua. Semalam juga dapat call dari wisma putra sebab my mom risau tak boleh contact ai...lebih explain baru paham...buat masa sekarang gempa kecil masih ada sampai hari ni 13 march ....setiap half hour or less tapi tak kuat macam hari Jumaat hari tue but still ai takut sebab dah kena 2 kali yang kuat so jadi fobia....bertambah cuak bila warning blackout dah di kuarkan di setiap ken/negeri sesetengah ken air tak ada....sangat simpati. Sekarang masalah baru bila nuclear leak semalam....takut sangat takut sebab nuclear bukan perkara yang boleh di buat main-main...sebab tak nampak dan rasa biler kena mati terus...masyaallah sangat gerun...walaupow tempat ai dengan logi nuclear tue 200KM tepi ai tetap risau juga....moga di lindungi semuanya.

One more thing ai nak luahkan stop buat stupid joke about this disaster...tolong hormat orang yang mengalaminya. Heran bila yang buat joke tue antara pemimpin dan artis...isyyy sukar nak percaya haty orang sekarang....antara joke yang di post kat internet antaranya Japan-kejaidan tsunami yg melanda di jepun petang semalam telah meragut nyawa 2 beradik shin chan 5 dan himawari 9 bulan. Kejadian tersebut juga telah meragut 4 nyawa yang juga rakan baik.Mangsa di kenaliNobita,Sizuka,Giant dan Sinyu dan seorang lagi Doreamon. dan ni dari seorang pelakon manalah ultraman n power ranges n doreamon dlm saat2 genting tsunami di jepun... mungkin bagi mereka ni cuma lawak but not me....ai lalui dan rasai semua tue...walaupow tempat ai tak kena tsunami tapi ai rasa macam di beri peluang ke2 oleh Allah untuk hidup...jika anda tidak bersimpati cukup hanya tidak menulis benda yang bukan². Pada yang kehilangan takziah ai ucapkan sesunggunya tiada kata dapat di luahkan selain simpati atas kehilangan yang di tarik secara tiba². Pecayalah Allah itu maha adil...semoga semua di lindugi dan di permudahkan olehNYA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...